Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

MENYUSUR DESA

Menyusur Wasai Wong Kadir

LABI 09 OGOS 2008 - KEINDAHAN alam semula jadi di Wasai Wong Kadir di Mukim Labi Belait tidak menghampakan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang telah meluangkan masa untuk berkunjung ke sana pada hari Khamis baru lalu.

Kunjungan rombongan NDP ke Wasai Wong Kadir merupakan program sampingan Menyusur Desa di Rumah Panjang Mendaram Besar yang terletak berdekatan dengan kawasan peranginan yang terkenal indah dan kaya dengan cerita-cerita mistik.

Walaupun perjalanan merentasi hutan dan bukit yang

memakan masa selama kurang lebih 20 minit itu sangat meletihkan dan mencabar namun semuanya lenyap sebaik sahaja rombongan tiba di Wasai Wong Kadir yang indah itu.

Terutama sekali Naib

Presiden Tutong Awang Haji Hanafi. Walaupun sudah berusia 80 tahun namun beliau tidak kelihatan letih dan sangat mengakgumkan lagi beliau mengambil kesempatan untuk berenang-renang di tasek yang indah itu.

Begitu juga dengan Pengiran Ismail, Pengerusi Bersama Biro Pengguna. Beliau yang

berumur pertengahan 50an dan baru sembuh dari kecederaan di bahagian rusuk akibat terjatuh dari tangga semacam mendapat tenaga baru apabila melihat keindahan Wasai Wong Kadir itu.

Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk berenang-renang di wasai yang dulunya menjadi tumpuan penuntut-penuntut seni pertahanan diri.

Entah Wasai Wong Kadir itu bukan sahaja semacam mempunyai daya tarikan yang kuat malahan keindahan alam

semula jadinya bagaikan mempunyai daya pencetus ilham yang kuat.

Bayangkan dalam beberapa minit sahaja santa-santai di wasai tersebut, sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP sudah mendapat banyak ilham bagaimana wasai yang indah tersebut dan persekitarannya boleh dimajukan lagi sebagai tempat peranginan dan pelancungan yang bertaraf dunia.

Tidak di sangkalkan potensi Wasai Wong Kadir untuk di majukan sebagai kawasan pelancungan yang menarik dan bertaraf dunia belum di terokai sepenuhnya.

Lain halnya pula dengan Awang Haji Mohamad Ali, Ketua Biro Disiplin dan Hisbah. Setelah beberapa minit berendam dalam air wasai yang dingin itu, beliau semacam mendapat semula kebolehan dan bakat tersembunyinya untuk berdiang dangan.

Sebaik sahaja keluar dari kawasan wasai tersebut, beliau kelihatan sangat gembira dan mula berdiang dangan dengan kisah-kisah mistik hingga menimbulkan nostalgia kepada rakan-rakan seangkatan beliau.

Apa pun keadaannya, seperti yan di sebutkan Wasai Wong Kadir dengan keindahannya telah berjaya memukau rombongan NDP. Lawatan ke wasai tersebut setentunya merupakan kenangan manis kepada mereka semua.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.