BELAIT OGOS 2008 - HIMPUNAN Wanita Pusat (HAWA) Parti Pembangunan Bangsa terus mengorak langkah meningkatkan kemahiran keahliannya melalui bengkel-bengkel kemahiran untuk kaum wanita.
Pada bengkel kali ini Hawa Pusat telah menganjurkan bengkel menjahit manik, yang disertai oleh lebih sepuluh orang di kalangan ahli-ahli Hawa NDP dan beberapa orang ahli Pergerakan Puteri daerah Belait.
Bengkel telah berlangsung di Rumah Kediaman Malai Hassan bin Malai Haji Othman di Seria pada 8hb Ogos 2008 lalu.
Bengkel tersebut bertujuan untuk memberikan kaum wanita kemahiran dalam menjahit manik yang merupakan tren popular masa kini di pasangkan di baju-baju kebaya dan baju kurung untuk menambah serikan lagi pakaian wanita.
Pakaian yang di pasangkan jahitan manik yang di upahkan di kedai-kedai jahit lazimnya dikenakan bayaran upah yang mahal.
Ekoran itu, wanita NDP berhasrat untuk mempunyai kemahiran sendiri bukan saja ianya untuk keperluan persendirian malahan bagi membantu mendapatkan pendapatan sampingan sempena menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri nanti dengan mengambil upahan menjahit baju manik.
Para peserta telah ditunjukkan cara menjahit manik berbagai bentuk oleh Timbalan Ketua HAWA Pusat Dyg Halimah binti Janai, yang mempunyai pengalaman menjahit manik setelah belajar daripada seorang tukang jahit tempatan suatu ketika dulu.
Bengkel berkenaan kemudiannya telah diteruskan lagi dengan mengadakannya di Air Fresh Cafe di Lumut di rumah kediaman salah seorang ahli wanita Lumut Dayang Hajah Maimun binti Abdullah.
Seramai lebih sepuluh orang juga telah menyertai bengkel tersebut dan ianya akan dijangka diteruskan lagi untuk diadakan di daerah Tutong dan Daerah Brunei Muara.
Hawa Pusat dalam aktivitinya menjelang bulan Ramadhan nanti juga dijangka akan meneruskan projek Jejak Ehsan mengunjungi masyarakat yang memerlukan terutama di kalangan wanita NDP tanpa mengira di kawasan bandar ataupun di pendalaman.
Di samping itu Hawa NDP juga telah menerima undangan daripada Jabatan KEMAS Limbang sempena sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negari Sarawak tahun 1429H/2008 pada 17hb September 2008.
Berbagai aktiviti diadakan oleh jabatan berkenaan bersempena sambutan tersebut antaranya ialah mengadkan aktivit khas untuk kaum wanita iaitu Seminar bertajuk “Wanita dan Bulan Ramadhan di selajurkan dengan Demonstrasi membuat Kek Lapis Sarawak yang akan ditunjuk cara oleh Puan Rabiah binti Amit, Pembuat kek yang terkenal serta mempunyai buku respei yang laris dijual di pasaran pada masa ini.
Hawa Pusat akan mula mengedarkan borang-borang kepada mereka yang meminati untuk menyertai kunjungan tersebut seminggu sebelum ketibaan bulan Ramadhan ini. Majlis itu akan diadakan di perkarangan Masjid Limbang bermula daripada jam 9:00 pagi hari Rabu.
Selain daripada itu Hawa Pusat juga telah mengedarkan borang-borang penyertaan untuk mengadakan jualan gerai Ramadhan di tiga Daerah Tutong, Belait dan Brunei Muara, jika mendapat sambutan ianya dijangka akan di adakan serentak bermula pada 20hb Septerber nanti sehingga penghujung bulan Ramadhan (HSK).