Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Manila kaji semula perjanjian damai

MANILA 21 Ogos - Kerajaan Filipina hari ini memutuskan untuk mengkaji semula perjanjian damai dengan kumpulan pemisah Islam terbesar negara ini selepas pertempuran selama dua minggu di selatan Mindanao.

Keputusan itu dilihat sebagai pendirian lebih lembut daripada sebelum ini yang menyatakan ia akan dibatalkan.

Perjanjian damai berkenaan telah ditandatangani oleh pemimpin negara majoriti Kristian ini dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi mewujudkan kawasan milik penganut Islam di selatan Mindanao.

"Situasi terkini di Mindanao tidak memberikan kami pilihan selain mempertimbang dan menyelidik semula peruntukan di dalam memorandum perjanjian," kata jurucakap Presiden, Lorelei Fajardo yang sebelum ini menyatakan perjanjian tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan.

Fajardo menjelaskan, Presiden Gloria Macapagal Arroyo "sensitif" dengan bantahan pemimpin Kristian tempatan yang telah menguasai jalan-jalan raya dan menyifatkan perjanjian berkenaan sebagai satu "penjualan."

"Presiden komited terhadap keamanan. Pentadbiran ini sangat sensitif terhadap sentimen umum sementara Presiden pula komited terhadap perlembagaan.

"Beliau (Arroyo) akan berusaha membincangkan perjanjian baru yang akan merujuk kepada perlembagaan dan tidak akan membenarkan MILF memberi tekanan kepada kerajaan untuk menandatangani sebarang perjanjian, walaupun ia bertujuan mewujudkan keamanan," tambahnya.

Mahkamah Agung Filipina pada 4 Ogos lalu telah mengeluarkan arahan penangguhan sementara ke atas perjanjian melibatkan penyerahan tanah berikutan protes daripada rakyat yang diketuai oleh beberapa ahli politik yang mendapati perjanjian tersebut "tidak menurut perlembagaan."

Perkembangan ini jelas mengecewakan pejuang-pejuang MILF. Dua orang komander MILF sejak itu tidak mengendahkan arahan kepimpinan, terus mengangkat senjata.

Lebih 100,000 orang melarikan diri dari kampung halaman masing-masing sejak pertempuran itu tercetus.

Kedua-dua komander itu mengaitkan serangan tersebut dengan keputusan penangguhan oleh Mahkamah Agung dan menyifatkan kerajaan telah merangka perjanjian tersebut supaya ia gagal.

- AFP

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.