Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

PROSES DAMAI MILF - MANILA

Malaysia Setuju Permintaan Lanjut Pasukan IMT Di Mindanao

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia bersetuju melanjutkan tugas Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Mindanao sementara menunggu keputusan Mahkamah Agung Filipina terhadap pemeteraian perjanjian antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Malaysia bersetuju dengan permintaan kerajaan Filipina dan MILF itu bagi membolehkan kedua-dua pihak itu menyelesaikan pertikaian perjanjian berhubung wilayah asal-usul itu.

Katanya pasukan IMT, yang diketuai oleh Malaysia, akan diberi tempoh lanjutan selama tiga bulan sebagai usaha menyokong rundingan damai antara kerajaan Filipina dan MILF.

"Tempoh lanjutan itu akan meredakan kebimbangan dan mengekalkan gencatan senjata serta mencegah peningkatan ketegangan di wilayah itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perjanjian antara MILF dan kerajaan Filipina sepatutnya ditandatangani pada 5 Ogos lepas tetapi ditangguhkan selepas Mahkamah Agung negara itu mengeluarkan perintah larangan sementara sehari sebelum itu bagi menghalang perjanjian awal itu daripada ditandatangani.

Malaysia telah menjadi perantara bagi memudahkan rundingan antara kerajaan Filipina dan MILF sejak tujuh tahun lepas dan menempatkan pasukan IMT di selatan negara itu sejak 2004 bagi mengawasi gencatan senjata antara tentera Manila dan MILF.

IMT, yang turut disertai pegawai tentera kanan dari Libya dan Brunei Darussalam, membentuk sebahagian daripada Jawatankuasa Koordinasi Pemberhentian Keganasan CCCH) yang bertanggungjawab mewujudkan kemanan yang ditaja oleh Malaysia.

Pasukan pemantau Malaysia seramai 41 anggota mula berundur dari selatan negara itu secara berperingkat sejak Mei lepas dan proses pengunduran itu sepatutnya selesai akhir bulan ini.

Rais berkata Malaysia menggesa kedua-dua pihak supaya menghormati gencatan senjata yang telah diasaskan dan memberi keutamaan terhadap proses kedamaian.

Malaysia juga meminta kedua-dua pihak itu menghormati peranan dan tugas yang dijalankan oleh IMT, CCCH dan Pasukan Pemantauan Tempatan," katanya.

Rais berkata Malaysia akan memainkan peranan sebagai penyelaras dan akan terus menyokong proses kedamaian seta mengetuai pasukan IMT jika kedua-dua pihak serius untuk mencapai keamanan.

"Pertempuran antara tentera dan pejuang pemisah Moro di rantau itu akan hanya membawa kepada kesusahan dan tidak boleh menyelesaikan masalah atau isu-isu utama yang dipertikaikan antara kedua-dua pihak itu," katanya.

MILF, kumpulan pemisah terbesar di Filipina, berjuang menuntut kemerdekaan wilayah yang diduduki majoriti penduduk Islam itu sejak tahuh 1978.

-- BERNAMA
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.