Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

MILF, Manila sepakat

Pemisah, Kerajaan Filipina tandatangani perjanjian di KL

MANILA: Pergerakan pejuang Moro di selatan Filipina menyatakan kesediaan menandatangani perjanjian dengan kerajaan yang memberikan lebih kawalan ke atas sebahagian besar wilayah itu kepada mereka, sekali gus menggerakkan semula proses damai.

Perjanjian itu memberikan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sebuah wilayah autonomi yang mempunyai sistem perundangan, perbankan dan pendidikan, pasukan keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan sivil sendiri.


"Semua sistem itu akan ditandatangani pada perjanjian 5 Ogos ini. Penduduk mahukan keamanan di Mindanao dan kami sudah bercakap mengenainya sejak sekian lama," kata jurucakap MILF, Eid Kabalu, ketika dihubungi menerusi telefon dari markasnya di Mindanao, selatan Filipina.

Kawasan kawalan MILF yang dicadangkan kerajaan itu juga akan memiliki kuasa menghantar misi perdagangan dan menyertai pengurusan ekonomi antarabangsa, menurut deraf perjanjian yang diperoleh akhbar Philippine Daily Inquirer.

Ia dijangka ditandatangani esok di Kuala Lumpur dengan disaksikan Setiausaha Luar Filipina, Alberto Romulo dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim.

Wisma Putra dalam kenyataannya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Filipina dan MILF kerana akhirnya mencapai persetujuan untuk menandatangani perjanjian itu.

"Berikutan persetujuan kedua-dua pihak ini, rundingan damai secara rasmi akan dapat disambung semula selepas lima tahun. Malaysia akan terus membantu rundingan menerusi sekretariat dan Pasukan Pemantauan Antarabangsa bagi memastikan rundingan damai mencapai matlamatnya, iaitu keamanan berkekalan di Mindanao," kata Wisma Putra.

Cadangan itu merangkumi perkampungan dan majlis perbandaran di lapan wilayah di Mindanao, yang menyaksikan MILF melancarkan perjuangan berdarah sejak 1978.

Penguasaan nenek moyang adalah halangan terakhir bagi penyelesaian politik yang dijangka menamatkan pemberontakan selama empat dekad yang sudah meragut lebih 120,000 nyawa.

Sebaik ditandatangani, kedua-dua pihak dijangka berusaha ke arah menandatangani perjanjian damai yang akan memasukkan pelan bagi masa depan 12,000 pejuang MILF, kebanyakannya berkata, mereka enggan melucutkan senjata. � AFP

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.