Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Lebih Banyak Kelonggaran Untuk Rakyat Singapura Suarakan Pendapat

Oleh Zakaria Abdul Wahab

SINGAPURA, 19 Ogos (Bernama) - Singapura memutuskan untuk mengenepikan beberapa halangan yang menyekat kebebasan bersuara rakyatnya, selepas mengambil iktibar daripada perkembangan politik di beberapa negara sejak kelakangan ini, termasuk Malaysia.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata kerajaan berhasrat memberikan kebebasan kepada rakyatnya untuk mengejar arus perubahan semasa, dan menggunakan sepenuhnya kelebihan internet yang sudah menyusup masuk ke dalam masyarakat Singapura hari ini.

Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen sempena Perhimpunan Hari Kebangsaan ke-43 Singapura Isnin malam, Lee berkata buat permulaan kerajaan mungkin akan membenarkan deemonstrasi awam, namun ia dengan syarat perlu diadakan di kawasan yang ditetapkan di Speakers� Corner di Hong Lim Park di sini.

Bagaimanapun menurutnya isu berhubung kaum, bahasa dan agama masih tidak dibenarkan untuk dibincangkan kerana ia adalah perkara sensitif kepada negara berbilang kaum Singapura, dan kerajaan tidak mahu meletakkan negara dalam keadaan berisiko.

Beliau juga berkata iklan-iklan mengenai politik tidak akan dibenarkan kerana ia dilihat boleh dijadikan sebagai alat yang boleh digunakan untuk menggoncang perasaan orang ramai, dan ia tidak akan menggambarkan keadaan politik yang sebenarnya dalam negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut menyedari tentang kepentingan internet dan kesan positif serta negatif yang boleh dibawanya ke atas warga Singapura yang 80 peratus daripada mereka kini memiliki kemudahan jalur lebar.

Mengambil Malaysia sebagai contoh, Lee berkata internet kini menjadi ruang yang aktif untuk maklumat dan berurusan di Malaysia.

Beliau berkata perbahasan yang hangat dan sumbangan serius bersekali dengan bahan yang lebih meragukan dimuatkan dalam blog, laman berita alternatif misalnya Malaysiakini, dan ruangan chat.

Beliau berkata kepentingan internet di Malaysia dapat dilihat apabila personaliti politik Malaysia mula menyertai secara aktif dalam ruang siber dengan ada di antaranya berbuat demikian selepas bersara daripada politik seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ada juga yang menyertai politik selepas aktif dalam ruang siber misalnya Jeff Ooi, iaitu Anggota Parlimen Jelutong.

Beliau berkata dalam pilihan raya umum Malaysia pada Mac lepas, sejumlah besar bahan dihebahkan menerusi blog, khidmat pesanan ringkas serta YouTube dan masyarakat melayari ruang siber untuk mendapatkan apa yang mereka tidak peroleh dalam media arus perdana.

Menurutnya parti-parti politik dari pihak pembangkang berkempen secara meluas di ruang siber, begitu juga Barisan Nasional walaupun tidak sehebat pembangkang.

Bagaimanapun Lee berkata pilihan raya bukan sahaja hanya berkisar mengenai media baru, tapi ia adalah mengenai politik dalam kehidupan sebenar.

Katanya pembangkang membangkitkan banyak isu-isu hangat dalam ceramah-ceramah seperti kos hidup yang tinggi, sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lemah, dan apa yang dianggap ketidakadilan dalam dasar-dasar kerajaan.

Beliau berkata isu-isu ini dicedok oleh media baru lalu diperbesarkan, dan menurutnya keputusan pilihan raya baru-baru ini jelas menunjukkan kuasa yang dimiliki internet itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan Singapura perlu mencari jalan untuk membolehkan rakyatnya 'meluahkan perasaan' sedikit, tapi dengan cara yang selamat.

-- BERNAMA
 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.