Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Pada Hemat Saya...H.M Ali Yusof Ketua Biro Disiplin dan Hisbah

Janji Melayu

'Janji Melayu' merupakan satu ungkapan yang lazim digunakan untuk melabel seseorang yang munkir janji.

Contohnya seseorang yang lambat datang mesyuarat atau perjumpaan dari jadual yang sudah tetapkan tanpa makluman awal hingga menyebabkan orang lain tertunggu-tunggu atau menyebabkan satu-satu majlis atau mesyuarat terpaksa di tunda sementara untuk menunggu kehadiran orang yang berjanji tadi.

Dalam keadaan ini orang menunggu tadi dalam

senyum sinis akan mengatakan, " biasalah tu...janji Melayu".

Orang Melayu yang mungkir janji tadi pun semacam tidak rasa berdosa dan dengan selamba berkata, "hehehe...sori janji Melayu".

Dan setelah itu isu lambat datang dan tidak menepati janji ini pun lenyap begitu sahaja.

Esok, lusa, minggu depan, bulan depan buat lagi. Ceritanya sama saja, 'janji melayu'.

Kita kurang periksa mengenai dengan sejarah pengunaan ungkapan tersebut. Bila mulanya ungkapan sedimikan di gunakan dan di popularkan?.

Apa yang jelas ungkapan tersebut mengaitkan perangai dan tabiat mungkir janji dengan bangsa Melayu.

Ia mengaitkan sikap 'malas ingau' untuk menepati janji dengan bangsa Melayu.

Perambahan popular ini juga sering di gunapakai walaupun sekiranya orang yang munkir janji tersebut bukan orang Melayu.

Tanpa sekelumit pun rasa malu bangsa Melayu bagaikan bangga ber 'title' kannya, sedangkan ianya mendedahkan kepincangan sikap bangsa Melayu.

Janji Melayu ini sudah berakar umbi di jiwa masyarakat Melayu sejak sekian lama dan kini membuahkan hasil yang semakin mekar dan berbau.

Tetapi disebalik kemekaran itu tersimpul sebuah kenyataan yang amat pahit iaitu maruah serta imej bangsa Melayu yang semakin gawat.

Pepatah ada mengatakan, 'Bahasa Menunjukkan Bangsa'.

Tetapi semacam ia sudah tidak pakai lagi dengan adanya ungkapan popular 'Janji Melayu'.

"Janji Melayu' tidak pernah berubah dan tetap beraja dimata, bersultan di hati kepada bangsa Melayu walau dimana mereka berada.

Janji Melayu tetap janji Melayu - tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, tak mumut di papak anai-anai.

Dalam lain perkataan 'janji menunjukkan bangsa'.

Kadang-kadang kita terfikir juga untuk apa kita terus semacam banggakan janji Melayu ini yang jelas menunjukkan kelemahan bangsa Melayu sebagai bangsa yang tidak komited dan tidak boleh di percayai?

Untuk apa kita terus mengungkapkan kelemahan kita ini?

Pada hemat saya ianya terus digunakan untuk meringan-ringankan kelemahan kita yang tidak bertanggunjawab.

Secara tidak langsung kita ikut menjadi agen penyebar serta penyubur kudis dan nanah orang Melayu ini.

Ini merupakan satu trajedi kepada usaha untuk memantapkan jati diri orang Melayu justeru ianya memerlukan jalan penyelesaian secepat mungkin.

Ia memerlukan perubahan sikap yang drastik apatah lagi ketika dunia sedang berada di alaf baru ini.

Perubahan sikap yang dimaksudkan ialah menunaikan janji yang telah di buat, menepati waktu, memikirkan perasaan orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

Sifat-sifat positif ini hendaklah ditanam dan dibajai bukan sahaja untuk memulihkan mertabat bangsa tetapi yang lebih penting supaya tidak tergolong dalam golngan munafik.

Ini berlandaskan sebagaimana yang pernah di sabdakan oleh Rasulullah SAW bahawa antara tanda-tanda munafik itu ialah apabila berjanji tidak tepat.

Mungkin ada sebilangan orang mengatakan lebih baik 'janji Melayu' daripada 'janji Arab'.

Ini kerana orang Melayu lambat-lambat pun hanya sekadar setengah jam atau kurang dari itu.

Tetapi bagi majlis orang Arab ianya akan berlanjutan sehingga dua atau tiga jam barulah ianya dapat di mulakan.

Tetapi persoalannya sekarang apakah untuk menuju kearah kesempurnaan kita hanya perlu melihat diri sendiri dan membandingkannya dengan yang lebih buruk?

Jawapannya tentu tidak.

Kita perlu melihat yang terbaik dan mencontohinya tanpa mengira dari mana ia datang.

Masyarakat Eropah terkenal dengan kepatuhan mereka terhadap janji. Jarang ada yang terlewat walau seminit pun.

Sampai bilakah janji dan hubungannya dengan bangsa Melayu akan di takrifkan sebagai suatau yang negatif?

Hanya kita selaku purih bangsa Melayu yang mampu menjawabnya.

Selagi kita tidak mengubah sikap, selagi kita bangga dengan bertitlekan Janji Melayu yang selama ini kita amalkan selagi inilah orang aka mencap kita sebagai bangsa yang hanya tahu menanam tebu di bibir mulut sahaja.

Sememangnya kita tidak mahu di cap seperti itu.

Bangsa Melayu punya maruah dan punya jati diri.

Apa yang ingin kita dengar ialah apa sahaja yang dikaitkan dengan Melayu ianya akan mencerminkan sesuatau yang positif.

Maka oleh itu sewajarnya kita memperbaiki diri.

Biarkan janji Melayu yang terkenal dengan kebohongannya berkubur dan diganti dengan Janji Melayu Alaf Baru yang tidak ada kesangsian padanya.

Apa yang ingin kita dengar juga ialah generasi Melayu yang mendatang tanpa ragu-ragu mengatakan, Kami Bangga Menjadi Orang Melayu'. Wallahu wa'alam

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.