Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

PERJALANAN KONGRES AGUNG TAHUNAN NDP KE-3

Isu sekuriti permakanan - Pemuda NDP risau

Yang Di Hormati

Tuan Pengerusi Tetap:

Izinkan saya (Yasdey Yahya NDP----- selaku Ketua Himpunan Pemuda NDP) bercakap sedikit sebagai menyukong usul mengenai keselamatan permakanan seperti yang di usulkan oleh Majlis Tertinggi dan disampaikan oleh Awang Gelawat bin Ukang tadi.

Jika kini, kita dapati  pihak-pihak perlaksana dasar seperti tidak meyakini wujud masaalah kemiskinan yang serius seperti yang kita ketengahkan, namun masih terdapat masalah lain yang mungkin lebih teruk akan berlaku di negara kita jika sekiranya tindakan segera mengatasinya tidak diambil.

Dunia tiba-tiba dikejutkan dengan masalah makanan yang tidak kecukupan yang pada awalnya, masaalah kekurangan makanan asasi ini dianggap remeh.

Walaupun tidak semua negara didunia ini yang terlibat, namun masalah ini tetap memberi impak yang besar kepada negara-negara lain termasuk Brunei sendiri. Bagi negara-negara dunia ketiga seperti Indonesia, India dan Filipina, mereka akan merasakan krisis makanan ini satu masalah yang amat besar.

Negara-negara ini bukan sahaja akan berdepan dengan ancaman kenaikan harga barangan import malah akan turut merasa terbeban dengan bekalan makanan yang terhad buat rakyat negaranya.

Krisis makanan ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh kenaikkan harga barang makanan utama dunia iaitu beras malah ia turut melibatkan bekalan beras yang terhad ekoran pusingan musim penuaian yang berkurangan bagi negara pengeksport utama dunia.

Pusingan musim menuai ini berkurang daripada yang asal adalah disebabkan oleh banyak faktor dan salah satu daripadanya adalah disebabkan faktor cuaca dan keadaan bentuk muka bumi yang kini lebih terdedah kepada ancaman bencana yang tidak terduga.

Krisis makanan dunia ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh peningkatan harga beras dunia malah masalah ini turut berpunca daripada kenaikkan harga minyak dunia dan masalah bekalan makanan utama rakyat yang telah dimanupulasi oleh golongan tertentu dengan tujuan tertentu.

Di dalam masalah yang berlaku ini, sudah pasti sasaran utama golongan yang memanipulasi ini ialah pada negara-negara ketiga yang pada umumnya mempunyai bekalan yang terhad serta kemampuan dan keupayaan yang minimum.

Salah satu punca utama ialah peralihan tumpuan tamanan oleh golongan petani. Banyak kes yang menunjukkan di mana pada asalnya tanah petani akan menumpukan kepada tanaman padi dan bahan makanan utama lain namun kini ia telah beralih kepada tanaman untuk kegunanan biobahan kerana pendapatan darinya lebih lumayan.

Para petani kini lebih menumpukan kepada tanaman jagung dan tebu yang mana mereka percaya akan membawa keuntungan yang lebih kerana tanaman ini digunakan untuk penghasilan bahan api dan penggunaannya semakin meningkat. Inilah antara sebab  utama penurunan keluaran makanan yang sedia ada untuk kegunaan rakyat di negara-negara ketiga.

Peralihan tanaman yang ketara ini benar-benar telah membawa satu kesan yang amat besar kepada dunia walaupun tidak semua negara menderita kerananya.

Bukan sahaja perubahan kepada jenis tanaman untuk keperluan bahan api malah dunia turut berubah di dalam peningkatan golongan kelas pertengahan/elit. Kenapa peningkatan golongan ini memberi impak yang besar? Jawapan utama ialah apabila wujud peningkatan golongan di kelas pertenghan ini, maka penurunan di kelas bawahan akan berlaku.

Apabila ia berterusan, maka golongan bawahan akan mengalami masalah besar di dalam usaha menguruskan kerja-kerja golongan bawahan seperti golongan petani. Pekerjaan ini akan ketandusan buruh dan akhirnya golongan-golongan ini menukar inisiatif tanaman asal kepada tanaman yang lebih membawa keuntungan seperti yang disebutkan diatas.

Mungkin punca ini tidak begitu ketara, namun sedikit sebanyak ia akan terus menimpakan masalah pada masa akan datang. Peningkatan golongan pertengahan ini juga telah mengubah gaya hidup termasuk tabiat pemakanan mereka yang lebih menumpukan kepada makanan berbentuk daging dan sayuran.

Kenaikan harga minyak dunia turut menyumbang kepada kekusutan masalah ini di mana minyak merupakan bahan utama yang digunakan bagi tujuan penghantaran bahan-bahan makanan ini sama ada di dalam negara mahupun untuk tujuan eksport ke luar negara. Keadaan bertambah teruk lagi apabila terdapat negara yang terlalu bergantung kepada import bahan makanan utama rakyat seperti beras dan gandum ini.

Justeru itulah kita tetap meyukong sebarang usaha Kerajaan untuk mengawal haraga makanan asas dan bahan gunaan perlu yang lain serta mempastikan bahawa bekalannya sentiasa mencukupi terutamanya bagi menghadapi bencana yang tidak terduga seperti banjir, gempa bumi ataupun seperti keadaan sekarang ini.

Memang terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah yang berlaku kini.

Kerajaan seharusnya memainkan peranan yang lebih besar di dalam memastikan rakyat mendapat keperluan yang sepatutnya. Selain itu juga, kerajaan juga harus peka kepada keperluan rakyat dan mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggalakkan rakyat kembali mencintai bumi dengan semangat “revolusi hijau” yang berterusan.

Maksud saya pihak-pihak berkenaan  haruslah mewujudkan satu suasana dan keadaan baru untuk menggalakkan rakyat lebih berbakti kepada tanah yang akan membawa kesetabilan dan menyumbang kepada keselamatan negara dari aspek ancaman Non-traditional yang sentiasa menunggu dihadapan kita.

Maka dengan ini saya menyukong sepenuhnya usul mengenai Sekuriti Peremakanan seperti yang dibentangkan tadi.

Sekian Wabillahi Taufeq Wassallamualaikum WBR.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.