Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Hubungan Brunei-Sarawak semakin erat

LIMBARUH HIJAU 06 ogos 2008 - - HUBUNGAN erat yang sedia ada antara Brunei dan Sarawak bertambah kukuh lagi dengan adanya lawatan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Sarawak.

Lawatan rasmi baginda ke Sarawak tersebut juga dilihat sebagai sangat signifikan dalam usaha Brunei mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman dengan negara-negara sahabat terutama dengan negara jiran terdekat seperti yang pernah di nyatakan baginda dalam titah hari ulang tahun
ke-62 keputeraan baginda pada 15 Julai baru lalu.

Dalam titah tersebut baginda antara lain menekankan dasar luar negara yang berprinsip dan pragmatik justeru melalui pendekatan tersebut baginda melihat hubungan berbagai hala dan juga dua hala negara dengan negara-negara sahabat baik di arena serantau mahupun antarabangsa, termasuk antara Brunei dan negara-negara jiran, semakin erat dan meningkat.

Nyata titah baginda bukannya retorik semata. Belumpun sampai sebulan bertitah demikian, baginda telah menterjemahkan titah dengan berkenan membuat lawatan rasmi ke Sarawak.

Baginda Sultan memulakan lawatan rasmi dua hari ke Sarawak, Malaysia pada hari Isnin baru lalu.

Ketibaan Baginda Sultan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijunjung oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Ketua Menteri Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Pada malam nya Baginda Sultan berkenan berangkat ke persantapan negeri di Dewan Santapan Kompleks Dewan Undangan Negeri sempena lawatan rasmi baginda itu.

Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin, Tan Sri Abdul Taib, menteri kabinet negeri, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri adalah antara kenamaan serta jemputan yang hadir pada majlis jamuan tersebut.

Di hari kedua lawatan, Baginda Sultan berkenan pula berangkat menghadiri
perlumbaan Sarawak Regatta 2008 yang diadakan di Tebing Sungai Kuching.

Baginda Sultan kemudian berkenaan berangkat menyempurnakan upacara permulaan perlumbaan bagi acara Bidar 30 pengayuh lelaki.

Baginda Sultan diiringi oleh Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin dan Tan Sri Dr Haji Abdul Taib Mahmud

Setersunya baginda berkenaan berangkat melawat Pusat Peranginan Tanah Tinggi Borneo serta melawat Pameran 45 tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia di Stadium Perpaduan sebelum berangkat balik pada sebelah petang..

Baginda meluangkan masa lebih dua jam melawat kawasan peranginan tanah tinggi Borneo Highland Resort di Banjaran Padawan, kira-kira 80 km dari Kuching.

Keberangkatan Baginda Sultan diiringi Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan Negeri Datuk Michael Manyin Jawong dan Menteri Kemudahan Awam Negeri Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan serta beberapa pegawai kerajaan.

Borneo Highland Resort meliputi keluasan 2,000 hektar terletak pada ketinggian lebih 1,000 meter dari paras laut dengan suhu antara 18 dan 28 darjah Celsius.

Pengasas Borneo Highland Resort Tan Sri Lee Kim Yew berkata kawasan itu menjadi tumpuan pelancong luar dan tempatan yang cintakan alam sekitar selain untuk bermain golf sejak dibuka secara rasmi pada 2000.

Katanya Borneo Highland Resort mampu menjadi satu lagi produk pelancongan utama di Sarawak kerana

kedudukannya di kawasan hutan hujan tropika dan hampir dengan bandar raya Kuching dan mudah dihubungi menggunakan jalan darat.
 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.