Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Ahli Lembaga Penasihat bimbang mengenai isu rumah pejabat

LIMBARUH HIJAU 10 OGOS 2008 - AHLI-AHLI Lembaga Penasihat Parti Pembangunan Bangsa (NDP) turut berasa bimbang dengan masa depan perkembangan politik di negara ini berikutan langkah Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan kebenaraan bagi ranting-ranting parti menggunakan alamat rumah persendirian sebagai pejabat.

"Arahan baru ROS berhubung isu rumah persendirian di gunakan sebagai pejabat ranting parti merupakan satu lagi hambatan kepada usaha rakyat untuk memperkasa diri menjunjung titah membangun
bangsa melalui pelantar politik", tegas beberapa orang ahli Lembaga Penasihat di sesi muzakarah bersama ahli-ahli majlis Tertinggi NDP minggu lepas.

Namun demikian, mereka sependapat ianya mestilah diihat sebagai satu lagi cabaran yang perlu di hadapi dengan penuh sabar dan berhemah.

Sehubungan dengan itu mereka bersetuju dan berbangga dengan cara bertindak Badan-Badan Perhubungan NDP daerah di seluruh negara yang telah mengadakan mesyuarat masing-masing kearah mengambil ketetapan berhubung langkah-langkah yang sesuai diambil dalam menghadapi isu terbaru tersebut.

Ahli-ahli Lembaga Penasihat juga bersetuju dengan langkah mengarahkan Setiausaha Agung dan JASA agar dengan segera menjawab surat arahan tersebut dengan menyatakan kemusykilan parti jika ianya di kuatkuasakan menurut tempoh yang telah di tetapkan.

Mereka yakin pihak ROS akan memahami kebimbangan dan kedudukan NDP dalam hal ini dan akan mempertimbangkan cadangan NDP dengan sewajarnya demi mengelakkan fitnah yang
boleh menjejaskan nama baik negara yang sedang melalui proses pembaharuan politik.

Sesi muzakarah berlansgung di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong. Ianya di pengerusikan oleh Haji Abdul Rahman Yusuf, Pengerusi Tetap NDP.

Artikel berkaitan:

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.