BELAIT 05 OKTOBER 2009 - BADAN PERHUBUNGAN NDP BELAIT telah menganjurkan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
Acara rumah terbuka diadakan pada hari Juma'at baru lepas di rumah Awang Haji Sulaiman bin Abd Rahman, Ketua Hal Ehwal Agama Badan Perhubungan NDP Daerah Belait.
Suasana kemeriahan berhari raya dapat dirasakan sabaik acara dimulakan disebelah tengah hari sebaik sahaja selesai sembahyang Juma'at dan berakhir sebelum masuk waktu maghrib.Ahli-ahli NDP Belait serta keluarga turut dijemput menghadiri acara tersebut termasuk beberapa ahli-ahli Majlis tertinggi dari Daerah Tutong dan Brunei Muara.