Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Takziah kepada keluarga Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Setia Raja Pengiran Haji Jaya bin Pengiran Haji Rajid

LIMBARUH HIJAU 20 OKTOBER - PRESIDEN dan seluruh warga NDP mengucapkan takziah kepada keluarga Yang Amat Mulia Pengiran Setia Raja Pengiran Haji Jaya bin Pengiran Haji Rajid yang telah mangkat pada 18 Oktober 2009 baru lalu dan mendokan agar Allah SWT mencucurkan rahmat kepada Allahyarham dan menempatkannya bersama orang-orang solehin. Amin.

Sementara itu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menziarahi jenazah Yang Amat Mulia Pengiran Setia Raja Pengiran Haji Jaya bin Pengiran Haji Rajid di Kampung Sungai Tilong.

Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Allahyarham Yang Amat Mulia kembali ke rahmahtullah pada 29 Syawal 1430 bersamaan 18 Oktober kira-kira pukul 5.45 minit pagi tadi ketika berusia 83 tahun di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Semasa hayat Yang Amat Mulia, atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Allahyarham Yang Amat Mulia dikurniakan gelaran Cheteria Yang Amat Mulia Pengiran Setia Raja pada 18 Mac 1969.

Allahyarham pernah dikurniakan beberapa Bintang Kebesaran serta Pingat-pingat Kehormatan seperti Dato Laila Utama, D.K, Dato Seri Utama, D.K, D.H.P.N.B, P.H.B.S, Q.P.M, C.P.M, PJK., Pingat Perjuangan, P.K.L.P, Pingat Puspa dan Pingat Polis Diraja.

Allahyarham Yang Amat Mulia pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei pada tahun 1975 hingga 1983 sebelum menjadi Duta Besar Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Allahyarham Yang Amat Mulia dilantik menjadi ahli Majlis Mesyuarat Diraja dan ahli Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.

Allahyarham Yang Amat Mulia meninggalkan seorang balu, lapan orang anak, lebih 30 orang cucu dan enam orang cicit.
Jenazah Allahyarham Yang Amat Mulia dikebumikan di Kubah Makam Diraja.

 

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.