Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Peranan masyarakat sivil membanteras rasuah

Oleh RUHANIE AHMAD

RASUAH terbahagi kepada banyak kategori. Pengganas dan penjenayah rentas sempadan kini mengamalkan rasuah sistemik yang disasarkan kepada penggubal dasar, warga birokrat, pegawai penguatkuasa dan warga kehakiman di sesebuah negara.

Rasuah jenis ini membuktikan jika jenayah ini tidak dibanteras habis-habisan ia boleh menjejaskan keselamatan negara, ekonomi dan rakyat jelata.

Di kalangan pemimpin tinggi kerajaan ada rasuah yang dikategorikan sebagai rasuah struktural. Rasuah jenis ini pernah menggegarkan Jepun sekitar 1990-an lalu.

Dalam siasah, ada rasuah politik yang sinonim dengan penagihan dadah. Oleh sebab itulah rasuah politik atau politik wang sering disebut dan diungkit-ungkit masyarakat massa. Secara umum, ada rasuah pasaran yang membabitkan pemimpin politik untuk memperolehi sumbangan secara sah atau sebaliknya.

Ada rasuah kartel elit (elite cartel corruption) yang melibatkan sesetengah pihak dengan pelbagai sumber kuasa seperti tentera, birokrasi, perniagaan dan parti politik.

Ada rasuah oligarki dan kelompok yang menjurus kepada pertarungan antara segolongan pihak yang berkuasa dengan pihak yang berpengaruh untuk menggadaikan kuasa bagi memperolehi kekayaan peribadi.

Dan ada rasuah tokoh rasmi yang memfokus kepada sesetengah pihak yang mempunyai pertalian politik untuk menghalalkan jenayah.

Ada pihak menganggap rasuah boleh dikurang atau dimansuhkan dengan wujudnya kecekapan dalam sistem penyampaian awam dan kecekapan warga perkhidmatan awam.

Maka timbullah macam-macam konsep ke arah ini seperti Bersih, Cekap, Amanah; Pelan Integriti Nasional, KPI dan NKRA. Semuanya untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam demi kepentingan rakyat.

Kesemua usaha ini memang baik. Tetapi kecekapan perkhidmatan awam yang didefinisikan sebagai kadar bandingan antara input dan output rumit untuk dipastikan secara tepat, kualitatif dan kuantitatif.

Usaha ini sukar sebab sektor awam tidak mempunyai indikator khusus seperti sektor swasta yang boleh diukur prestasinya menerusi kadar perolehan keuntungan atau berasaskan penguasaan pasarannya.

Memang wujud sistem penilaian prestasi bagi warga perkhidmatan awam. Tetapi, ini hanya menitikberatkan matlamat teknikal, pengurusan organisasi awam serta soal kenaikan gaji dan pangkat.

Mutakhir ini ada kajian mendapati pengukuran kecekapan sektor awam mulai dititikberatkan di negara-negara maju. Tetapi, usaha ini juga masih terhad.

Keputusan kajian ini mendapati negara yang mempunyai tahap kecekapan yang tinggi di dunia adalah Jepun, Luxembourg, Australia, Amerika Syarikat (AS) dan Switzerland.

Malangnya, Indeks Persepsi Rasuah (IPR) Transparency International 2006, 2007 dan 2008 mendapati tahap rasuah di negara-negara ini lebih tinggi daripada di Denmark, New Zealand, Sweden, Singapura dan Iceland yang kecekapan pentadbiran awamnya belum dikaji secara saintifik.

Oleh itu, tidak salah untuk mengatakan IPR di atas membuktikan bahawa analogi pentadbiran awam yang cekap adalah bebas dari rasuah adalah meleset.

IPR ini juga memberikan petunjuk bahawa rasuah hanya akan kurang atau tiada apabila pihak pemberinya takut merasuah dan penerimanya takut dirasuah.

Ini bermakna bahawa hanya minda yang tulus, mentaliti yang bersih dan akhlak yang murni sahaja akan menghapuskan rasuah.

Persekitaran yang menyebabkan manusia takutkan rasuah hanya akan wujud jika semua rakyat di sesebuah negara komited untuk membanterasnya.Oleh itu perlu wujud banyak masyarakat sivil mengenai pembanterasan rasuah. Organisasi sukarela ini jangan sekali-kali main politik atau ada kaitan dengan parti politik.

Jika pertubuhan membanteras rasuah ada kaitan politik, perjuangannya pasti akan digembleng ke arah politiking, bukannya untuk menghapuskan jenayah yang boleh mengancam negara.

Penyertaan masyarakat sivil diperlukan dalam pembanterasan rasuah kerana jenayah ini adalah sistemik. Oleh sebab itulah reformasi menghapuskan rasuah perlukan dukungan oleh minat serta tenaga masyarakat.

Dalam konteks ini, ada pihak mengatakan, masyarakat sivil hanya subur di sesebuah negara yang lemah. Ini mungkin benar. Tetapi, negara yang dibelenggu rasuah juga boleh jadi failed state atau negara bobrok jika tidak ada pihak berani membanteras jenayah ini secara bersungguh-sungguh.

Pada waktu yang sama, warga perkhidmatan awam perlu mengamalkan sistem etika dan tanggungjawab moral yang murni. Mereka boleh mengamalkannya jika menginsafi mereka berkhidmat untuk negara dan rakyat. Jika tidak, warga mereka akan dituduh mengamalkan birokrasi ala-Nazi yang mengorbankan kepentingan rakyat.

Tetapi, jika penjawat awam hanya mementingkan keselesaan peribadi, mereka akan berleluasa tanpa mengambil kira hak-hak rakyat serta integriti perlembagaan negara.

Oleh itu, rasuah wajar dianggap elemen ancaman keselamatan negara. Mereka yang memberi rasuah dan menerima rasuah perlu diheret ke mahkamah atas tuduhan mengkhianati keselamatan masyarakat, keselamatan insan dan keselamatan ekonomi di sesebuah negara.

Tindakan ini juga serupa dengan apa yang dilakukan terhadap pengedar dadah yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Dengan unsur sekuriti seperti ini dan dengan wujudnya masyarakat antirasuah, pastinya rasuah politik dapat diredakan, rasuah sistemik boleh dikurang sementara rasuah struktural mampu diminimumkan.

(Dipetik daripada Utusan Online) Datuk Ruhanie Ahmad adalah Pelajar Pasca Siswazah Dalam Bidang Strategi dan Keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia

 

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.