Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Pembruneian Brunei Shell

LIMBARUH HIJAU, -  LAWATAN kerja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ke Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP) baru-baru ini sempena sambutan ulangtahun BSP ke 80 tahun diharap akan dapat menjadi sumber semangat jitu yang boleh melonjakkan lagi usaha syarikat gergasi tersebut mencapai kecemerlangan disemua bidang terutama dalam usaha pembruneiannya.

Pembruneian yang dimaksudkan bukan sekadar menyampirkan nama 'Brunei' sebagai kata tambahan kepada nama 'Shell' tetapi dalam erti kata sebenarnya iaitu dari sudut operationalnya semangat 'pembruneian' yang dihasratkan oleh baginda sultan benar-benar terlaksana tanpa dicemari oleh agenda peribadi dan politik mana-mana pihak yang berkepentingan. Hakikatnya BSP masih dikawal 50 peratus oleh Royal Dutch Shell.

Realitinya walaupun dilaporkan program pembruneian BSP telah berjaya dengan penempatan anak-anak tempatan sudah meningkat kepada hampir 90 peratus dalam segenap jabatan syarikat itu di darat dan juga di luar pantai, ramai yang juga mengerutkan dahi terkilan kenapa 'turnover' (kadar pusing ganti) bilangan pegawai-pegawai kakitangan tempatan di BSP menjadi perkara lumrah kebelakangan ini.

Dalam lawatan yang diadakan di Ibu Pejabat Syarikat BSP Sendirian Berhad di Panaga, baginda telah berkenan menerima junjung ziarah daripada lebih 1,000 orang di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada anak-anak tempatan yang bertugas di beberapa jabatan syarikat di ibu pejabat sebelum berangkat untuk lawatan ke Pelantar Champion 7 di luar pantai yang kini juga telah banyak dikendalikan oleh anak-anak tempatan negara ini.

Perubahan membanggakan yang ketara dalam sambutan ulangtahuan Syarikat BSP Sdn Bhd yang ke 80 tahun itu ialah penempatan anak-anak tempatan sudah meningkat kepada hampir 90 peratus dalam segenap jabatan syarikat itu di darat dan juga di luar pantai.

BSP lahir pada 5hb April 1929 di Seria. BSP adalah rakan kongsi  50-50 antara Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dan Royal Dutch Shell.

Sebagai salah sebuah syarikat terbesar di Asia, BSP membekalkan sekitar 350,000 tong minyak dan gas setiap hari ke negara-negara seperti Jepun, Korea, Indonesia, Australia dan lainnya sebagai tambahan, dan BSP menghasilkan lebih 5 billion tong minyak dan gas sehingga hari ini.

Syarikat BSP kini mempunyai lebih 200 struktur penghubung ke luar pantai menggunakan sepanjang 2,000 kilometer talian paip, penemuan semula minyak dan gas daripada lebih 4,500 takungan masing-masing dihasilkan melalui lebih 800 telaga.  Dan untuk menyokong aset-aset tersebut BSP mempunyai tenagakerja yang berkemahiran dan berpengalaman tinggi sekitar seramai 3,500 kakitangan yang terdiri dari anak-anak tempatan dan antarabangsa.

BSP juga turut mempunyai lebih 7,000 kontraktors tempatan dan antarabangsa. 

BSP telah menjadi tulang belakang dalam industri Minyak dan Gas di negara ini, sejak ianya ditemukan. Syarikat itu telah menyumbang 90 peratus sumber minyak dan gas dan ianya menjadi lebih separuh keluaran dalam negeri secara kasar (GDP) dan 90 peratus pula menghasilkan pendapatan eksport.

BSP Dalam Projek Pembangunan Masyarakat

Pemedulian Kesihatan-  Kesihatan orang awam menjadi fokus utama dalam program-program pembangunan masyarakat Syarikat BSP Sdn Bhd. Pada tahun 2007 Royal Dutch Shell telah menyumbangkan sejumlah USD 5 juta ke arah penubuhan Pusat Promosi Kesihatan, dalam membantu Kementerian Kesihatan yang berhasrat untuk mempromosikan dan menanam semangat cara hidup yang sihat di kalangan penduduk di negara ini.

Pemedulian Pembelajaran -  Syarikat BSP dan Shell Exploration and Production International Sdn Bhd (Shell EP) menyumbang sejumlah $1.5 juta setiap tahun bermula daripada 2008 hingga 2011 untuk membantu Institusi Teknikal Brunei (ITB) dalam usaha untuk membangun fakulti dalam Program Kemahiran Petroleum dan Kimia.  BSP menyumbang $750,000 untuk kajian dan pembangunan, sementara Shell EP menyumbang $750,000 untuk penubuhan fakulti kejuruteraan bagi membantu pembangunan industri dalam negara terutama sekali dalam tenaga, sektor minyak dan gas.

Keselamatan Jalan Raya  -  BSP juga tidak ketinggalan dalam menunjukkan tanggungjawab sosial dengan inisiatif memperkuatkan keselamatan di jalanraya di kalangan kakitangan dan kontraktors syarikat mereka.  Kempen “Tell A Friend” bertujuan untuk menyebarluaskan mesej keselamatan melalui mulut ke mulut, dalam mengingatkan dan memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pemakaian tali pinggan keselamatan, memandu dengan had yang ditentukan, tidak menggunakan telepon bimbit semasa memandu dan memakai topi keledar semasa menunggang basikal atau motorsikal setiap kali berada di jalanraya.

Peniaga-peniaga Tempatan (SME)- Sementara itu dalam membantu meningkatkan pembangunan perniagaan pula Syarikat BSP terus membukakan peluang perniagaan bersama dengan pengusaha-pengusaha tempatan terutama sekali dengan syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME).

Alam Sekitar -   Syarikat BSP bekerjasama rapat dengan Kerajaan dalam Projek Nadi Borneo, plan tindakan bioperbezaan iklim, dan menaja salah satu program pemeliharaan alam sekitar yang berterusan bagi sekolah-sekolah menengah di negara ini dikenali sebagai Anugerah Saintis Muda Alam Semulajadi (PRYNSA).

PemBruneian BSP

Program Pembruneian Syarikat BSP Sdn Bhd telah menunjukkan sudah lebih 90 peratus tenaga kerja di syarikat itu adalah di kalangan anak-anak tempatan. Terdapatnya peluang-peluang latihan dan pembangunan telah menyumbang kepada hampir 60 peratus anak-anak tempatan di syarikat itu yang memegang jawatan

Peluang-peluang berkursus dan peningkatan kemahiran serta pembelajaran juga menyumbang kepada hampir 60 peratus berjawatan kepimpinan.

Begitulah serba ringkas perkembangan dan pencapaian BSP sepanjang 80 tahun ini.

Untuk itu Parti Pembangunan Bangsa (NDP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Syarikat BSP Snd Berhad dan juga Kerajaaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam atas pencapaian-pencapaian tersebut.

Dalam perlaksanaan program Pembruneian Syarikat BSP, NDP juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas usaha berterussan tersebut.

Walau bagaimanapun NDP selaku pergerakkan politik yang memikul tanggungjawab politik, ekonomi, keselamatan dan sosial bagi pembangunan negara dan bangsa melihat bahawa usaha tersebut belum begitu dapat dirasakan oleh masyarakat Brunei.

Kenapa dan mengapa?

Ramai berpendapat tenaga kerja dalam syarikat-syarikat usaha sama dengan Syarikat BSP wajar mengutamakan watan Brunei sejajar dengan Polisi Pembruneian 1984 dengan menikmati skim perkhidmatan dan pembangunan kerjaya bertaraf dunia seperti yang dinikmati oleh tenaga kerja mana-mana syarikat petroleum multinasional.

Tetapi perkara dan program pembruneian ini seolah-olah sering menghadapi hambatan sehingga terdapat pegawai eksekutif  Syarikat Shell Brunei yang menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh perkhidmatan mereka berakhir dan ada pula  yang dipindahkan kebahagian yang kurang penting,  sementara terdapat pula aliran pegawai eksptriat yang memasuki dan mengambil tempat  perkhidmatan yang sebelumnya diduduki oleh anak tempatan.

Ini menjadi tanda tanya dan menjadi persoalan ialah keikhlasan pengurus dan pentdabir BSP dalam melaksanakan program yang murni itu.

Justeru Parti Pembangunan Bangsa dalam Kongres Agungnya tahun lalu mengangkat suara akar umbi yang mahu melihat Syarikat BSP sentiasa akan mengutamakan warga tempatan sebagai pemimpin dalam syarikat.

Memandangkan bahawa industri minyak dan gas telah, sedang dan akan terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan, ekonomi negara dan kerajaan, maka sewajarnyalah pengurusan sumber dan industri petroleum di negara ini selayaknya dikuasi dan ditentukan oleh negara sendiri.

Berikut adalah antara kutipan usul yang diangkat oleh Parti Pembangunan Bangsa semasa Kongres Ke 4 Tahun 2009 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Berakas Bandar Seri Begawan.

1. Usul Mengenai Dasar Pembruneian Shell

Menginsafi bahawa Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sebagai organisasi siasah yang memikul tanggungjawab politik, ekonomi, keselamatan dan sosial bagi pembangunan negara dan bangsa,

Menginsafi  bahawa perjanjian usahasama Kerajaan Brunei Darussalam dan Syarikat Shell Brunei adalah suatu yang telah wujud dan termeterai sejak berpuluh-puluh tahun lampau, jauh sebelum Brunei mencapai kemerdekaan,

Menyedari bahawa industri minyak dan gas telah, sedang dan akan terus menjadi menyumbang utama kepada pendapatan, ekonomi negara dan kerajaan, maka sewajarnyalah pengurusan sumber dan industri petroleum di sesebuah negara selayaknya dikuasai dan ditentukan oleh negara itu sendiri,

Menyedari bahawa tenaga kerja dalam syarikat-syarikat usaha sama dengan Syarikat Shell Brunei wajar mengutamakan watan Brunei sejajar dengan Polisi Pembruneian 1984 dengan menikmati skim perkhidmatan dan pembangunan kerjaya bertaraf dunia seperti yang dinikmati oleh tenaga kerja dalam mana-mana syarikat petroleum multinasional,

Menginsafi bahawa Syarikat Shell Brunei meskipun sebuah entiti korporat tetapi harus juga memikul tanggungjawab sosial untuk mempastikan hak dan penglibatan rakyat Brunei dalam pengurusan syarikat adalah sentiasa terjamin dan diutamakan,

Menginsafi bahawa kerajaan mempunyai tanggungjawab dan peranan memikul amanah untuk mempastikan kejayaan Dasar Pembruneian Shell ini demi kesejahteraan negara,

1. Mengingati akan usul mengenai Dasar Pembruneian Syarikat  Shell Brunei yang dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan (Penubuhan) Pertama Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 29 - 30 April 2006;

2. Mengingati akan usul mengenai Dasar Pembruneian Syarikat  Shell Brunei yang dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-3 Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 20 - 22 Jun 2008;

3. Mengesali bahawa masih terdapat pegawai eksekutif  Syarikat Shell Brunei yang menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh perkhidmatan mereka berakhir dan ada pula  yang dipindahkan kebahagian yang kurang penting,  sementara terdapat pula aliran pegawai eksptriat yang memasuki dan mengambil tempat  perkhidmatan yang sebelumnya diduduki oleh anak tempatan;

4. Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ke-4 yang bersidang  pada hari ini 21 Jun 2009 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Bandar Seri Begawan, mengambil maklum dan memperakui semula usul mengenai  Dasar Pembruneian Syarikat  Shell Brunei yang telah di luluskan dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan (Penubuhan) Pertama Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 19 April 2006 di mana pada Kongres tersebut telah diambil  persetujuan dan ketetapan mendesak Kerajaan Kebawah DYMM khususnya Unit Petroleum Jabatan Perdana Menteri dan Syarikat Shell Brunei agar mengambil langkah-langkah berkesan dan segera ke arah pelaksanaan Polisi Pembruneian 1984;  dan bahawa Kongres Agung Tahunan Ke-4 ini juga mengambil maklum dan memperakui semula usul mengenai Dasar Pembruneian Syarikat Shell Brunei yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-3 Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 20 - 22 Jun 2008 yang mengambil persetujuan dan ketetapan, serta menarik perhatian bahawa terdapat kes sebilangan pegawai eksekutif yang meletak jawatan, justeru Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menggesa Unit Petroleum Jabatan Perdana Menteri supaya lebih telus dan terbuka mendedahkan kepada umum sebab-sebab mengapa berlakunya kes-kes perletakan jawatan tersebut sedangkan mereka berpotensi untuk dinaikkan ke jawatan yang lebih tinggi dan mempunyai kuasa eksekutif, dan seterusnya mendedahkan sebab-sebab sebilangan pegawai eksekutif yang telah dipindah atau ditukarkan ke posisi yang kurang penting; dan bahawa mencadangkan supaya semua perjanjian yang telah dimeterai antara pihak kerajaan dengan Syarikat Shell Brunei didedahkan kepada umum supaya rakyat dapat memberikan teguran, pandangan dan penilaian mengenainya sesuai dengan hasrat majoriti rakyat yang inginkan ketelusan di dalam semua urustadbir negara demi sama-sama menjaga kepentingan nasional; dan bahawa Kongres Agung Tahunan Ke-4 ini mengambil persetujuan dan ketetapan menggesa kerajaan supaya mengambil langkah-langkah konkrit untuk melaksanakan Dasar Pembruneian Shell sebagai satu langkah strategik yang mempunyai implikasi besar ke atas keselamatan dan pembangunan negara.(HSZ)

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.