Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Pandangan pakar politik Amerika mengenai parti politik dan NDP - Part 4

ORGANISASI PARTI POLITIK

Tidak kira rupa bentuk sumber-sumber yang ia ada - (sama ada) masa, kewangan dan tenaga manusia - sebuah parti politik perlu ada struktur dan organisasi (yang tersusun kemas) untuk (mengurus) dan menggunakan sumber-sumber ini dengan berkesan bagi mencapai matlamat yang dicita-citakan.

Pertumbuhan struktur parti politik yang ektensif adalah antara perkembangan-perkembangan dalam proses demokrasi dalam masyarakat moden.

Dalam perjumpaan dengan Majlis Tertinggi NDP kelmarin, saya difahamkan NDP sudah mempunyai struktur politik yang komprehensif, berkoordinasi dan paling penting diperkukuh dari peringkat akarumbi.

Kamu telah membentuk hierarki (susunan) organisasi yang diasaskan kepada (peringkat) negara, daerah dan organisasi politik tempatan (ranting). Kamu membuat pemilihan barisan kepimpinan melalui kaedah yang merupakan model demokrasi dalaman.

Kamu mempunyai jawatankuasa yang diberikan tugas dan tanggungjawab dibidang-bidang khusus yang berkaitan dengan dasar awam dan kamu mempunyai think tank (badan pemikir) sendiri.

Kamu menggalakkan komunikasi dalaman dan perkongsian idea disemua peringkat dalam struktur parti.

Semalam setelah mendengar (taklimat) mengenai struktur dan organisasi parti yang telah dibentuk dengan baik, saya membuang separuh lagi kertas kerja yang saya sudah siapkan untuk disampaikan hari ini.

Mungkin sebilangan kamu ada yang merungut atau mempunyai idea baru mengenai struktur dan organisasi parti (NDP). Dan kita mengetahui masalah-masalah yang dihadapi dalam merekrut ahli-ahli barisan kepimpinan  diperingkat tempatan (ranting).

Tetapi saya tidak mempunyai sebarang nasihat yang praktikal untuk kamu mengenai organisasi parti politik berasaskan pengalaman antarabangsa saya.

Malahan saya akan menggunakan struktur dan organisasi politik NDP di Brunei sebagai model dalam kerja saya nanti di negara-negara lain yang saya akan ditigaskan.

Walau bagaimanapun, mungkin dengan melihat organisasi parti politik melalui sudut pandang sejarah dan akademik boleh membantu kita memahami politik di Brunei. Marilah bersama saya kerana saya percaya kamu akan mendapati (topik) ini menarik.

(Dari sudut pandang) Maurice Duverger, seorang ahli saintis politik yang sangat dihormati terdapat dua bentuk organisasi parti politik yang berbeza – parti kokus–kader (caucus-cadre party atau mungkin boleh juga digelar parti elit) dan parti massa (atau parti pergerakkan massa)

Corak elemen parti tertua dipanggil kokus (caucus). Ianya merupakan satu bentuk organisasi politik yang sangat dominan di era sebelum demokrasi.

Struktur parti kokus berasaskan kumpulan ahli-ahli politik dari kalangan elit. Elit-elit ini menguasai hal ehwal parti dalam kawasan mereka masing-masing dan berkerjasama dengan elit-elit dalam parti yang sama diperingkat nasional.

Prinsip perjalanan parti politik massa pula ialah ianya merekrut ahli-ahli – iaitu sebagai imbalan kepada masa dan tenaga serta pembayaran yuran keahlian  yang mereka hulurkan – diberikan peluang untuk (sama-sama) mengendalikan parti.

Secara teori, mereka dari kalangan ahli-ahli mengawal objektif dan strategi parti. Parti-parti politik seperti ini secara dalaman adalah berdemokrasi.

(Sementara itu), dalam suasana pemilihan yang kompetitif, elit-elit politik dalam parti politik kader akan berusaha mempastikan calun-calun mereka menang dengan menggunakan semua sumber-sumber yang dibawah kuasa mereka.

Kalau sistem politik tidak membenarkan pemilihan, elit-elit akan berkerjasama untuk mengekalkan kuasa. Jika parti politik kader ini perlu bantuan tenaga untuk menggerakkan pengundi-pengundi atau untuk mematahkan semangat pembangkang yang menentang monopoli kuasa mereka, parti kader ini akan ‘mengupah’ orang atau akan mendapatkan pertolongan dari mereka yang telah ditawarkan kerja atau projek-projek kerajaan.  Mereka akan mendapatkan sokongan dari mereka yang tidak mengharapkan untuk berperanan mempengaruhi perjalanan dan hal ehwal parti sebagai ganjaran hasil bantuan yang dihulurkan.

Berbeza dari parti kader, parti massa akan cuba merekrut sebanyak mungkin ahli-ahli. Ahli-ahli akan meluangkan masa dan menawarkan kebolehan dan mungkin bantuan kewangan. Mereka merupakan asas (penggerak) dalam mendakwahkan falsafah parti. Dalam kerja-kerja sukarelawan ini, ahli-ahli parti politik massa mengharapkan agar mereka juga ada peranan dalam mengawal aktiviti-aktiviti dan matlamat parti.

Parti politik massa menggunakan bentuk baru penubuhan organisasi parti, dengan membentuk cabang-cabang dan ranting-ranting dalam struktur dan organisasi parti. Struktur cabang berbeza dengan struktur kokus dalam dua sudut. Cabang akan merekrut ahli-ahli bagi tujuan memperluaskan sumber-sumber dalam memajukan matlamat mereka – iaitu rakyat bukannya kumpulan-kumpulan elit-elit politik. Parti-parti berasaskan cabang dan ranting membentuk organisasi peringkat nasional yang akan menyelaraskan aktiviti-aktiviti merekrut ahli dan memperbaiki proses dalam memberikan makna dan nilai kepada program-program dan polisi-polisi parti.  

Parti kokus pula berusaha mempertahankan kuasa diperingkat tempatan yang dibawah kuasa elit-elit diperingkat nasional, sementara cabang-cabang cuba menyatukan organisasi-organisasi tempatan untuk menjadi sebuah organisasi nasional yang kuat. Pengurusan dan pentadbiran Parti Kader Kokus  (Cadre-caucus parties) diurus dari atas kebawah. Parti politik massa pula diurus dari bawah keatas, selalunya melalui pemilihan pimpinan  disemua peringkat bermula dari perwakilan diperingkat bawah sekali.Parti Pembangunan Bangsa adalah sebuah parti poltik massa. Dan saya boleh mengatakan Majlis Perundingan Mukim dan Kampong adalah contoh jelas parti ala kader- kokus (cadre-caucus), satu style parti politik yang diorganise oleh elit-elit politik.

Cuba fikirkan bagai mana Majlis Perundingan ini dilantik, dan dari kumpulan mana ahli-ahlinya?. Cuba juga fikirkan siapa diatas - Menteri Dalam Negeri.  Inilah contoh parti bentuk lama, tetapi biasa dalam sejarah. Maklumbalas dari pablik dikawal dan ditapis oleh elit-elit tempatan, siapa yang 'dihutangi' dengan (disampirkan) jawatan oleh elit-elit peringkat nasional. Bentuk parti ini boleh berjaya selagi pablik besikap apati (tidak berminat, endah tak endah - malas ingau) dan takut.

Dari itu saya boleh mengatakan Brunei sudah mempunyai sistem dua parti, dengan parti memerintah yang terlalu dominan.  Saya yakin pemimpin-pemimpin parti tersebut sayangkan negara dan mahu berkhidmat kepada Kebawah Duli yang maha Mulia seperti mana juga dengan parti kamu (NDP).

Perbezaan disini ialah bukan berhubung menghormati penguasa atau semangat patriotisma atau keinginan untuk mempertahankan stabiliti sosial dan kejayaan ekonomi. Pertbezaan antara parti-parti politik di Brunei ialah berkaitan ketahanan dan keterbukaan dalam proses politik.

Demokrasi terdiri daripada penyusunan keinstitusian yang mengikat keputusan politik yang responsif kepada pandangan pablik. Ia tidak semestinya memerlukan persaingan dalam pemilihan atau berta sebelah (partisanship). Ia memerlukan satu proses politik yang telus, accountable dan wujud penyertaan meluas didalamnya.  Itulah sebenarnya prinsip dan pegangan yang memandu Parti Pembangunan Bangsa (NDP). Ia mestilah menjadi tema mesej kamu kepada rakyat Brunei. Semua  elemen dalam program politik parti kamu perlu disesuaikan dengan tema tersebut.

Kembali kepada isu-isu pokok dengan tindakan kolektif. Walaupun terdapat sesuatu yang menjadi kepentingan kolektif ramai orang, tidak seorang individu harus melihat ianya sebagai kepentingan peribadinya yang mendorong ia ikut serta dalam usaha mencapai matlamat yang dicita-citakan.

Misi Parti pembangunan Bangsa ialah untuk menembusi sikap apati (tidak berminat, endah tak endah – malas ingau) dan kekhuatiran rakyat Brunei dengan mesej yang menyentuh hati rakyat. Bantulah mereka memahami bahawa bantuan mereka kepada parti sangat penting untuk mereka dan negara.

Saya mengucapkan semoga kamu berjaya dalam usaha ini.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.