
Robert Dahl membuat kunjungan muhibbah kepada Presiden, Ayahnda Yasin Affandy. |

Robert Dahl menyampaikan ceramah di Anjung Syura
|
MEREKRUT AHLI
Sekarang mari kita membincangkan topik merekrut keahlian parti.
Sebelum itu perlu diketahui idea mempunyai ahli-ahli parti bukan satu sifat parti-parti politik di Amerika tidak seperti di Eropah dan ditempat-tempat lain.
Di Amerika Syarikat, secara umumnya, parti-parti politik tidak mempunyai keahlian yang formal yang memerlukan kelayakan menjadi ahli atau kewajipan membayar yuran.
Dibawah peraturan dan undang-undang sesetengah negeri di Amerika, seorang rakyat Amerika mungkin ada kaitan secara formal dengan parti politik tetapi tidak semuanya, iaitu dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi Republikan atau Demokrat untuk membolehkan mereka mengundi calun bertanding dalam pemilihan awal parti untuk memilih calun pilihanraya.
Walaupun dengan adanya insentif sedemikian, masih ramai rakyat Amerika yang memilih untuk mengundi sebagai pengundi bebas. Terdapat juga negeri-negeri yang tidak menghendaki pengundi untuk mengisytiharkan kesetiaan mereka kepada mana-mana parti apabila mendaftar diri sebagai pengundi bagi melayakkan pengundi memilih dalam pemilihan awal parti.
Dalam lain perkataan rakyat Amerika lebih selesa dengan idea menjadi penyokong parti dari menjadi ahli-ahli terus parti. Setentunya (dalam suasana ini) tahap sokongan dan penglibatan dikalangan penyokong berbeza-beza. Sebilangan akan memberikan komitmen dengan menggorbankan masa dan wang ringgit untuk menggekalkan parti sebilangan lain pula akan maju kebarisan hadapan sebagai pemimpin-pemimpin parti. Ada pula mungkin yang akan hanya muncul sebagai sukarelawan ketika aktiviti-aktiviti kempen calun diadakan dan yang lainnya pula hanya akan menjadi penyokong dengan memberikan undi kepada calun parti tanpa perlu melibatkan diri dengan parti.
Saya menyentuh perkara ini kerana kamu mungkin mahu mengambil kira sejauh mana kamu menghendaki komitmen dari mereka yang menyokong parti.
Sesetengah orang mungkin mahu masuk parti secara formal dan bersedia mengambil tanggugjawab sebagai ahli formal dan mungkin ada pula yang hanya mahu menyokong parti dengan cara mereka tanpa mahu dikenali sebagai ahli terus parti.
Persoalannya kenapa orang mahu masuk parti politik?
Sebelum menjawab persoalan tersebut mari kita tinjau persoalan kenapa orang tidak mahu masuk parti politik walaupun dalam suasana politik yang lebih selesa berbanding di Brunei?
Ahli-ahli sains politik telah mengenalpasti fenomena yang menarik yang dipanggil ‘masalah tindakan kolektif'.
Kita bertanggapan masyarakat terdiri dari rakyat dan penduduk yang rasional yang berkebolehan mencongak-congak nilai dan harga setiap tindakan mereka masing-masing.
Kalau ramai yang mengetahui sesuatu dasar itu boleh mendatangkan faedah kepada mereka dan pembuatan dasar tersebut perlu penglibatan mereka melalui aktiviti politik, apakah yang selalunya tindakan mereka?
(Mereka maklum) menglibatkan diri akan memerlukan pengorbanan, paling sedikit ialah masa mereka manakala tidak melibatkan diri pula tidak memerlukan mereka mengorbankan apa-apa.
Dalam membuat keputusan (dan tindakan) sama ada untuk melibatkan diri atau tidak, ramai yang akan mengcongak-congak sama ada penglibatan mereka akan memberikan sebarang kesan atau tidak dalam proses membuat keputusan terhadap dasar tersebut - apakah perlu dibuat atau tidak?.
Dalam sebuah masyarakat besar yang didalamnya terdapat banyak peserta dan pelaku politik yang berpotensi, kemungkinan penglibatan individu hingga memberikan kesan yang dihasratkan sangatlah tipis berbanding kos penglibatan individu tersebut.
Justeru selalunya seorang individu itu akan membuat keputusan adalah lebih baik orang lain sahaja melibatkan diri secara aktif manakala mereka tumpang percuma sahaja. Dan apabila semua orang membuat perkiraan yang sama akhirnya tidak seorang pun yang akan bertindak dan akhirnya pembuatan dasar tidak dapat dilaksanakan. Itulah dia yang dikenali sebagai ‘masalah tindakan kolektif’.
Parti politik selalu menghadapi masalah ini terutama dalam usaha mendapatkan orang-orang yang mahu parti politik mencapai matlamatnya dan mereka bersedia menglibatkan diri untuk menjadikannya satu kenyataan.
Tugas kamu ialah untuk meyakinkan rakyat perlunya mereka bertindak dengan tidak perlu menunggu orang lain dulu bertindak bagi pihak mereka. Saya maklum kamu di Brunei mempunyai banyak kekhuatiran antaranya takut untuk menonjolkan diri dan dilihat sebagai pengiat politik.
Kamu perlu membantu rakyat memahami penglibatan mereka sangat diperlukan dan kos atau nilai tidak melibatkan diri lebih tinggi dari melibatkan diri.
Tetapi, apakah perkara-perkara yang boleh kamu buat untuk memotivasi mereka?
Kadang-kadang parti politik digerakkan oleh golongan elit yang boleh memberikan bayaran untuk rakyat melibatkan diri atau menawarkan kontrak dan projek-projek kerajaan.
Tetapi kamu (NDP) tidak mempunyai keupayaan untuk menawarkan insentif sedemikian, Walaupun demikian ia tidak menghalang kamu untuk menubuhkan parti politik.
Satu lagi faktor yang boleh menggalakan orang masuk parti ialah apa yang dipanggil ‘insentif komunal’.
Kamu mahu orang masuk parti kerana mereka akan mendapat kepuasan dengan berada disekeliling orang yang ‘sewaktu dengannya’ yang menggongsikan pandangan sama dan bersedia menglibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti politik.
Parti politik bukan sahaja perlu membuatkan orang merasakan mereka memberikan sumbangan kepada matlamat yang baik tetapi perlu membuatkannya satu penglibatan yang menyeronokkan.
Jika ini dapat dilakukan pasti ramai yang akan ingin menjadi anggota.
Parti politik di negara-negara lain, terutama dimasa lalu, banyak yang menganjurkan berbagai-bagai aktiviti sosial dan rekreasi. Pendekatan ini mungkin tidak semudah itu dapat dilaksanakan disini, tetapi tidak mustahil untuk menganjurkan acara-acara yang menyeronokkan dan tidak terlalu serious.
(Saranan saya) berusahalah untuk merasakan kenikmatannya. Selalulah bergembira. Tunjukkan keyakinan walaupun berhadapan dengan intimidasi yang kerap dan halus. Cara ini akan dapat meraih banyak lagi sokongan.
Cara memotivasi ketiga pula digelar ‘insentif berazam’ yang mana saya fikir kamu lebih mengenali dan selesa dengannya.
Parti politik merekrut ahli atas dasar mendapatkan sokongan kepada pegangan dan program dasar awamnya.
Ahli-ahli ini ikut berkongsi dengan pegangan dan dasar parti dan mahu membantu parti merealisasikannya melalui tindakan kolektif mereka. Kita akan berbincang nanti mengenai cara membentuk program-program.
Perlu diingat insentif berazam ini ialah ia boleh menggalakkan interaksi (antara ahli-ahli dan bukan ahli). Seseorang yang menerimapakai dan menyokong program parti boleh mengenali rakannya dan boleh menghayati dan seronok bergiat bersama rakannya itu. Ini boleh digalakkan lagi dengan menyediakan lebih banyak peluang-peluang bersosial dan berhibur.
Boleh jadi satu lagi cara efektif untuk mempastikan matlamat parti boleh diterima secara lebih meluas ialah dengan mengadakan forum-forum yang berkala.
Melalui forum-forum, peserta-peserta yang berminat dengan parti dan pegangan parti berpeluang berinteraksi dikalangan mereka. Cara ini boleh membantu memberangsangkan lagi semangat mereka yang sedia komited kepada parti selain menjadi pelantar untuk mempromosikan pandangan parti kepada masyarakat dan membantu memperkenalkan lagi parti dan pegangan parti kepada umum. Dari kaca mata pablik, sebuah parti politik yang dilihat ada penyokong lebih sah dan boleh dipercayai.
Hanya kamu yang mengetahui apakah cara-cara sedemikian boleh dilakukan disini.
Saya memahami terdapatnya kekangan-kekangan yang sering menghambat keupayaan kamu untuk mengadakan aktiviti-aktiviti (politik dan bukan politik) – satu petanda terdapatnya penafian terhadap hak dan kebebasan berpersatuan (disini).
Justeru kamu mestilah menimbangkan dengan penuh berhemah risiko dan manafaat yang akan dihadapi dan diperolehi dalam usaha kamu mendapatkan publisit melalui kaedah yang disebutkan.
Apakah terdapat sebarang peraturan-peraturan yang menyulitkan kamu (parti politik dan ahli-ahli politik) mengadakan piknik atau konsert dikawasan dan bangunan persendirian?
Majlis Tertinggi kamu memaklumkan kelmarin kamu menghadapi sedikit kesukaran melantik ahli kedalam barisan kepimpinan diperingkat akar umbi (ranting).
Sebilangan ahli belum bersedia mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin di ranting-ranting dan ada pula yang kurang selesa untuk menonjolkan diri sebagai orang parti yang aktif dikalangan masyarakat mereka.
Ini masalah yang bekaitrapat dengan pengambilan ahli-ahli baru. Ini satu hakikat dimana orang tidak mahu mara kehadapan dan kesannya ialah kelemahan dalam mendapatkan sokongan dan pengambilan ahli baru diperingkat ranting-ranting.
Saya maklum kamu sudah mengetahui masalah ini tetapi saya ingin menekankan ianya adalah satu masalah yang mesti kamu berikan tumpuan perhatian yang serious dan berusaha sebaik mungkin untuk mengatasinya.
Ketua-Ketua Ranting kamu merupakan penghubung terbaik antara parti dengan masyarakat diperingkat akar umbi. Mereka mestilah menerangkan nilai-nilai, pegangan dan kebimbangan parti dikalangan masyarakat mereka. Mereka mestilah mencari peluang untuk mendakwahkan ideal dan idea parti yang menggambarkan sifat parti yang patriotik.
NDP pusat telah menggembangkan dan menggenegahkan banyak dasar alternatif yang cemerlang dan sebilangannya mungkin sudah diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
Tetapi kamu tidak mendapat pujian dari media massa dan ketua-ketua ranting pula kurang mempromosikannya.
Situasi ini dipanggil ‘vicious circle’. Orang takut mara kehadapan dan akan terus takut bila melihat orang lain juga takut. Ini menyulitkan lagi usaha melibatkan lebih ramai anggota masyarakat dalam parti. Kamu perlu memecahkan putaran ini.
Satu cadangan saya ialah memperkenalkan satu kaedah yang lebih baik yang boleh menggalakkan lagi ketua-ketua ranting secara langsung bertukar-tukar pandangan dan pengalaman serta sokong menyokong antara satu dengan yang lain.
Kembangkan lagi kaedah atau mekanisma berkomunikasi antara ranting-ranting untuk mengukuhkan lagi mekanisma yang sedia ada (yang sejauh ini berjaya memudahcara) komunikasi dari bawah keatas (dari peringkat ranting keperingkat daerah dan seterusnya keperingkat pusat)
Parti politik akan berterusan melalui proses perubahan. Justeru parti politik perlu menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan sosial, ekonomi dan teknologi yang dibawa bersama oleh revolusi (infokomunikasi) seperti media elektronik, Internet dan telefon bimbit.
Saya difahamkan oleh Majlis Tertinggi parti kelmarin kamu sudah mengambil kesempatan dari perubahan-perubahan ini dengan menggunakan laman web dan kaedah-kaedah terbaru yang lain untuk menyampaikan mesej-mesej dan mendapatkan maklumbalas dari ahli-ahli (dan mungkin dari penyokong-penyokong baru)
Dengan adanya teknologi moden (terutama iklan melalui televisyen) dan akses kepada penyumbang peribadi telah mendorong parti-parti politik di Amerika kepada kempen pemilihan yang jati dan parti politik yang berorientasikan calun sejak lima puluh tahun yang lalu iaitu satu perubahan tradisi parti politik.
Kebelakangan ini lagi, teknologi infokomunikasi yang membolehkan pengundi berkomunikasi secara langsung mencorakkan lagi perubahan baru ini. Terdapat kebangkitan semula kecendrungan kepada aktivis politik diperingkat akarumbi pertubuhan-pertubuhan politik di Amerika.
Melalui laman web calun dan parti dan melalui rangkaian sosial seperti Facebook, parti-parti politik meningkatkan upaya mendapatkan sokongan untuk membawa masyarakat bersama mereka dalam perkumpulan dan aktiviti sosial, perjumpaan serta perhimpunan dan juga uuntuk menrekrut sukarelawan.
Saya pasti kamu akan lebih kreatif menggunakan kaedah-kaedah baru ini. Bersambung....