Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Pandangan pakar politik Amerika mengenai parti politik dan NDP - Part lll

Bergambar ramai dengan beberapa peserta ceramah

PROGRAM DAN MESEJ PARTI

Seperti yang tercatat dalam Artikel 5 Perlembagaan Parti Pembangunan Bangsa, objektif utama NDP antara lain ialah:

  • Mendidik dan menyemai semangat patriotik, cintakan negara, dan kesedaran berpolitik secara aman dalam suasana madani di kalangan rakyat.

  • Berusaha membantu Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mewujudkan sistem pemerintahan, pentadbiran dan pengurusan yang adil dan saksama, telus, bersih, cekap, amanah, penuh ihsan dan kebajikan.

  • Bekerjasama dengan mana mana jua pihak yang menghormati visi, misi dan objektif utama Parti Pembangunan dalam menjayakan wawasan Parti, selagi ia tidak bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara.

Perlembagaan parti jelas merangka dan menentukan lebih awal halatuju program parti.

Usaha kamu memajukan dan mempromosikan  dasar-dasar di Brunei melalui Manifesto (politik parti) menggambarkan komitmen parti kearah menggembangmajukan program-program parti. Ini merupakan fungsi yang penting dan tujuan utama sesebuah parti politik ditubuhkan. 

Untuk terus berkembang dan bertahan, kamu tepat dengan hasrat untuk mempelawa kesepakatan dengan individu-individu atau kumpulan-kumpulan yang menghormati visi, misi dan objektif utama parti.

Perjumpaan saya dengan Majlis Tertinggi parti kelmarin jelas menunjukkan bahawa NDP mampu menggembangmajukan dasar-dasar alternatif dalam banyak isu dan kebimbangan-kebimbangan yang dihadapi oleh negara.

Kamu (perihatin dan) mendengarkan masalah rakyat dan menggunakan bakat yang ada serta kerja keras untuk membentuk dan menghasilkan penyelesaian polisi yang praktikal dan komprehensif.

Semua ini menunjukkan NDP mempunyai program parti (yang tersusun) dan platform yang sepatutnya boleh membuatkan rakyat tertarik dan memberikan sokongan.

Dan sehubungan dengan itu, semalam saya terpaksa membuang separuh kertas kerja saya yang sudah saya siapkan untuk disampaikan hari ini mengenai bagai mana membuat penyeledikkan, mendapatkan maklumbalas pablik dan membentuk program parti yang jitu.

Saya juga difahamkan bagaimana sebilangan idea NDP mendapat penghormatan dan perhatian dalam kerajaan, walaupun kamu tidak mendapat pujian (secara terbuka). Kamu telah berjaya membantu masyarakat dengan cara kamu. Program kamu menunjukkan kamu sangat serious untuk menjadikan negara ini lebih baik dengan mempromosikan idea-idea kamu.

Kamu boleh berterusan mencadangkan idea-idea yang baik dan kadang-kadang idea-idea tersebut ‘diambil’ – di ko-opt oleh pihak-pihak dalam kerajaan. Walau bagaimanapun NDP adalah sebuah parti politik bukannya ‘pressure group’ atau ‘think tank’.

Saya bukan bermaksud untuk melemahkan semangat kamu untuk terus mendengarkan masalah dan kebimbangan rakyat, menganalisanya, dan menyumbangkan idea kearah pengurusan yang baik (good governance).

Tetapi kamu mestilah memikirkan mesej yang akan disampaikan kepada rakan senegara selaku parti politik dan apa tema mesej yang hendak disampaikan itu.

Prinsip utmama parti  bukanlah untuk menggenegahkan solusi kepada dasar secara terpisah. Prinsip utama kamu ialah bagaimana polisi dibentuk, dibahaskan, diambil keputusan dan dilaksanakan dalam masyarakat.

Kamu selaku parti politik berusaha memperbaiki proses politik untuk kepentingan semua termasuklah kerajaan.

Sering parti-parti politik gagal menyatukan pendapat-pendapat dan cadangan-cadangan mengenai sesuatu polisi untuk dijadikan satu mesej yang koheren, walaupun sudah terdapat perbahasan terbuka dan jujur mengenainya, dan semasa persaingan dalam pemilihan untuk kedudukan awam. Ini bukan satu masalah yang kamu hadapi sekarang.

Masalah kamu ialah bagaimana kamu menyampaikan dan menjelaskan satu tema politik dalam lingkaran hak dan kebebasan berorganisasi, untuk menyatakan pendapat dan pandangan dan cuba mempengaruhi kerajaan secara berhemah, aman dan hormat .

Komitmen kamu dan keupayaan kamu atau oleh mana-mana organisasi lain untuk membentuk dan mempersembahkan polisi yang baik merupakan satu aset yang berharga tetapi (malangnya) tidak digunapakai dengan baiknya dibawah sistem politik yang sedia ada. Ia bukan sahaja tidak adil tetapi ia menggambarkan satu masyarakat yang kurang efisyen.

Rakyat akan respon kepada parti politik yang mempunyai identiti yang berdasarkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang jitu. Dalam hubungan ini, pegangan kamu ialah proses pemerintahan memerlukan ketelusan, akauntabiliti dan penglibatan sebenar pablik.

Ini memberikan satu tema kepada program dasar awam parti (NDP) yang merupakan contoh bersinar mengenai perkara yang telah diabaikan dalam suasana politik sekarang.

Kamu mahu hak asasi sejagat seperti hak untuk berkumpul dan kebebasan bersuara diakui (dan dihormati) bukan sebagai satu ideal yang abstrak tetapi sebagai asas kepada satu sistem politik yang berkeyakinan,  terbuka dan matang. Ia (NDP) sepatutnya menjadi kebanggaan kepada negara. Bersambung....

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.