Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Pandangan pakar politik Amerika mengenai parti politik dan NDP

LIMBARUH HIJAU 20 OKTOBER 2009 - SEBELUM tiba ke Brunei, Robert A' Dahl, seorang konsultan bidang perkembangan politik dan demokrasi dari Yayasan Antarabangsa Sistem Pemilihan (International Foundation for Election Systems -IFES) bimbang dengan gambaran dan persoalan yang bermain dikepalanya. Apakah Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sama seperti beberapa parti-parti politik yang yang berpijak atas kekuatan kewibawaan seorang pemimpinnya?.

Kebimbangan beliau jelas kurang tepat. NDP tidak tidak seperti yang dibayangkannya. Beliau mendapati NDP kuat kerana sokongan kental barisan kepimpinan dan ahli-ahlinya serta struktur organsiasi yang tersusun dan prinsip-prinsip yang tersusun dan terarah.

"Mulanya saya ingin mengongsikan pengetahuan dan pengalaman saya mengenai kaedah menubuhkan sebuah parti politik yang teratur dan lain-lain perkara asas mengenai pengamalan demokrasi dalam parti".

"Tetapi apabila mendapati NDP sudah siap dengan semua itu malahan lebih maju lagi dari banyak parti-parti politik di dunia ini, saya terpaksa membuang separuh kertas kerja saya dan mengubahsuainya dengan perkara-perkara lain yang saya harap dapat membantu dalam sesi ceramah ini", tegas Robert Dahl dalam sesi ceramah awam yang diadakan di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong pada 17 Oktober 2009 lalu.

"Jika tidak menjadi keberatan saya akan menggunakkan NDP sebagai model dalam pembentukkan sebuah parti politik dalam ceramah-ceramah saya akan datang di negara-negara lain", ujarnya dengan disambut tepuk sorak gemuruh ahli-ahli NDP dan peserta-peserta ceramah lain yang hadir.

Berikut adalah bahagian pertama terjemahan kertas kerja Robert Dahl :

Selamat Pagi

Terima kasih atas peluang untuk melawat Brunei dan perjumpaan ini.

Saya pernah bertugas di pulau Borneo. Saya telah membuat lawatan ke Kalimantan Timur dan Barat semasa bertugas di Indonesia dari 1999 hingga 2004. Ketika itu saya bertugas sebagai Perunding Undang-Undang Pemilihan di Indonesia mewakili Yayasan Antarabangsa Sistem Pemilihan (International Foundation for Election Systems – IFES)

Buat masa ini saya masih bertugas dalam jawatan yang sama di IFES Pakistan.

Saya rasa beruntung kerana berpeluang bertugas dan memberikan perkhidmatan dalam bidang perkembangan politik dan demokrasi di seluruh dunia. Ini hasil minat saya dalam bidang politik dari awal hidup saya lagi.

Saya mula melibatkan diri sebagai sukarelawan dalam parti politik dan aktiviti kempen pemilihan di negeri saya di Iowa semasa saya menuntut di maktab lagi. Kemudian saya terlibat dalam pengurusan kempen calun dan seterusnya berkhidmat selaku ahli jawatankuasa sebuah parti politik nasional di Washington, D.C.

Sebelum menduduki pengajian perundangan saya telah mencapai kelulusan Master Degree dalam bidang pangajian 'American Government and Political Behavior'.

Saya pernah berkhidmat selaku Penolong Eksekutif kepada ahli US Federal Election Commission dan saya mengamalkan undang-undang dalam bidang pemilihan dan peraturan pembiayaan politik.

Dalam erti kata lain politik sudah mengalir dalam jiwa saya selama ini. Semua peluang yang terbuka luas kepada saya selama ini adalah hasil penglibatan saya dalam aktiviti politik partai.

Saya berharap untuk menggongsikan pengalaman-pengalaman kerja saya dalam partai politik dan demokrasi hari ini.

Saya mengakui membincangkan tujuan partai politik, organisasi dan pengambilan ahli satu perkara yang sukar tanpa membincangkan institusi pemilihan yang berdemokrasi sebagai latar belakang.

Partai-partai politik secara amnya didefinasikan sebagai sebuah pertumbuhan politik yang cuba mendapatkan dan mempertahankan kuasa dalam kerajaan, (dikaitkan dengan kuasa) selalunya dengan ikut serta dalam kempen-kempen pemilihan.

Partai-partai politik sering membuat pakatan dengan  berbagai-bagai lapisan masyarakat dan dengan mewarwarkan falsafah, idea dan matlamat  parti untuk memenangi pilihan raya.  

Penyertaan dalam pemilihan yang berdemokrasi untuk mendapatkan kedudukkan dalam kerajaan, walau bagaimanapun, bukanlah semestinya satu-satunya matlamat sesebuah partai politik itu.

Terdapat juga partai-partai politik yang hanya diwujudkan semata-mata untuk memperjuangkan isu-isu dan bukan untuk mendapatkan undi.

Saya menyedari kedudukan politik yang berbeza di Brunei ini dan cabaran yang dihadapi oleh Parti Pembangunan Bangsa (NDP).

Perlembangan Parti Pembangunan jelas menyatakan sokongan kamu yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan KDYMM dan kepada KDYMM selaku Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kamu berhasrat untuk membantu kerajaan dalam usaha menjadikan negara ini lebih baik.

Kamu bukan parti pembangkang tetapi rakan dalam mendekati dan membawa rakyat untuk bersama memeduli hal ehwal kemasyarakatan.

Kewujudan kamu bukanlah satu ancaman tetapi satu cabaran kepada cara pemikiran lama.

Ini menimbulkan suasana yang agak rumit bagi sebuah parti politik untuk berperanan dan susah untuk merekrut  ahli.

Untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan seterusnya  memerlukan kamu memahami siapa kamu, apa yang kamu boleh lakukan dan apa pula yang kamu mahu capai.

Pengalaman semasa bertugas dibanyak negara mengajar saya bahawa masing-masing negara mempunyai keunikan sejarah, budaya dan suasana politik nya yang tersendiri.

Sebab itulah tidak ada satu pendekatan politik dan perkembangan demokrasi yang boleh digunapakai dimana-mana saja.

Tetapi terdapat sebilangan prinsip dan amalan baik yang diperolehi melalui pengalaman yang boleh diadaptasikan.

Kita perlu mencoba cara pemikiran yang kreatif dalam perbincangan kita terutama dalam sesi soal jawab nanti. Dan kita perlu mulakan dengan pemikiran yang positif.

NDP wajar diberikan ucapan tahniah atas  prinsip dan cita-cita tingginya serta kejayaan dan pencapaiannya sejauh ini.

Marilah kita berbincang mengenai sifat-sifat partai-partai politik yang berbeza-beza di dunia dan melalui masa silam.

Mempelajari bagaimana partai politik lain melaluinya boleh membantu kita membuat keputusan bijak dimana titik tolak kita sepatutnya, matlamat yang praktikal yang harus ditetapkan dan strategi baru yang perlu dilaksanakan.

Tetapi saya pasti kamu tidak dapat cuba mengikut dengan sertamerta cara-cara parti-parti politik di negara lain, apatah lagi parti-parti politik di Amerika yang mana agak unik dan mencerminkan sejarah dan budaya Amerika Syarikat. Kamu perlu mensesuaikan dengan keadaan kamu yang tersendiri.

Dalam mana-mana negara moden sangat sukar untuk membayangkan adanya politik tanpa parti-parti politik. Ini tidak bermakna parti-parti politik itu merupakan institusi yang selalunya dihormati dan sayangi.

Dibanyak negara terdapat kecurigaan berpanjangan terhadap parti-parti politik.

Justeru sebarang kecurigaan yang ditunjukkan terhadap parti politik di Brunei bukanlah satu perkara yang luar biasa.

Ketika Amerika Syarikat ditubuhkan pada abad ke-18 sentimen anti-parti sangat kuat.

Presiden pertama Amerika, George Washington, sentiasa mencurigai penubuhan parti-parti politik.

Pendapat George Washington dikongsikan oleh rakan pengasas Amerika Syarikat . Mereka bimbang akan adanya dua pihak yang berlawanan dalam usaha membangun negara, dengan pemimpin-pemimpin parti-parti poliitk didorong oleh cita-cita dan permusuhan. Setentunya mereka yang mengetuai revolusi demi membela penubuhan sebuah negara dan bangsa, serta mahu menggubal perlembagaan mempunyai perjuangan hebat untuk menyatukan mereka.

Sebaik negara ditubuhkan, perbezaan pendapat mengenai peranan kerajaan dan kebijaksanaan polisi yang berbeza-beza pasti tidak dapat dielakkan.

Lantas menjadi jelas bahawa untuk berjaya mempengaruhi kerajaan dan memenangi pilihan raya, perlu rakyat diurus.

Pada tahun 1830an, parti-parti politik di Amerika Syarikat telah diakui sebagai pelantar suara rakyat yang mempunyai persamaan pendapat mengenai isu-isu kontemporari untuk disalurkannya kedalam sistem pemerintahan negara.

Hari ini sangat mustahil untuk membayangkan kerajaan di Amerika Syarikat boleh berfungsi tanpa kehadiran parti-parti politik. Perbahasan bertenaga mengenai dasar awam memperbaiki lagi kehidupan dan ini dimudahcara lagi oleh parti-parti politik.

Rakyat Amerika menghormati prinsip-prinsip yang telah diasaskan oleh pengasas-pengasas demokrasi dan seperti kamu juga, kami tidak mencabar sistem fundamental kerajaan.

Tetapi kami mempunyai banyak pandangan mengenai bagaimana kerajaan boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada negara dan bangsa. Akan tetapi ianya tidaklah boleh menyebabkan perpecahan apabila rakyat berbincang secara terbuka mengenai keperluan serta kebimbangan mereka.

Perbincanga tidak melemahkan perpaduan dan stabiliti negara. Tetapi, dalam jangka panjang, memberikan tekanan kepada penentang idea baru lebih membahaykan kesejahteraan negara.

Parti politik merupakan pelantar yang memberikan peluang bagi perbahasan dan perbincangan yang patut mengenai masa depan dan apa yang dikehendaki rakyat dari kerajaan mereka.

Kita akan membincangkan perlunya parti mempunyai prinsip yang teratur dan terarah untuk memandu tujuan dan menjelaskan mesej yang mereka ingin sampaikan.

Mungkin prinsip terarah NDP ialah hak untuk ikut sama menyusun dan mengatur (dalam proses membangun bangsa dan negara).

Memandangkan pemilihan berdemokrasi tidak kita jadikan latar belakang perbincangan kita hari ini, jadinya menghormati hak asasi sejagat cukuplah kita jadikan sebagai latar belakang perbincangan.

Ianya merangkumi kebebasan berpersatuan dan berkumpul, hak seseorang untuk bersatu mempromosikan kepentingan bersama dan kebebasan bersuara.

Kebebasan bersuara bukan sahaja bermaksud hak seseorang untuk bersuara dan meluahkan pendapat tetapi juga hak untuk dilayani, diberikan pendapat, kebebasan orang lain untuk meluahkan pendapat mereka kepada parti politik dan kebebasan mereka meminta pertolongan dari parti politik.

Selalunya termasuk juga dalam hak asasi sejagat ialah kebebasan media massa. Inilah kebebasan yang mesti juga diperjuangkan oleh media massa. Media massa berhak terhadap kebebasan sedemikian jika ianya boleh memudahkan perbincangan yang jujur mengenai hal ehwal dan kepentingan  pablik.

Nilai hak asasi sejagat difahami oleh semua. Semua memahami ianya bukan satu konsep yang abstrak tetapi boleh memberikan kesan kepada kompetensi bagaimana negara dan bangsa ditadbir.

Kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara bukan isu politik. Ianya merupakan asas dalam menggemukakan isu-isu politik dengan berhemah sambil menghormati pendapat dan pandangan lain.

Dari itu apabila kita nanti membincangkan mengenai mesj parti dan tema, kita mestilah mengambil kira keadilan proses membuat keputusan berkaitan dasar awam sebagai panduan dan pengaturan prinsip.

Lantas, apakah parti politik itu?

Soalan ini bukan mudah untuk dijawab kerana kesukaran untuk menjelaskan perbezaan antara parti politik dengan badan-badan kesmasyarakatan, sivik dan institusi politik yang lain.

Parti politik selalunya bermula sebagai pergerakan atau pertumbuhan sivik. Takrifan yang kurang disenangi ialah ianya merupakan ‘pressure group’ yang berusaha mempengaruhi institusi kerajaan tanpa berhasrat untuk bertanding dalam pilihanraya.

Akan tetapi parti politik bukanlah semata-mata merupakan  ‘pressure group’ yang hanya menggemukakan satu isu sivik dan politik yang sempit sahaja. Parti politik menggemukakan lebih dari satu kepentingan masyarakat dan tidak terhad kepada satu isu yang sempit sahaja.

Parti politik memberikan perhatian kepada semua kepentingan masyarakat yang berkongsi nilai-nilai asas yang sama.

Sebilangan parti politik ditubuhkan dengan menyatukan badan-badan yang ada. Parti Buruh di Great Britain, contohnya,  pada asalnya adalah gabungan persatuan perdaggangan dan kooperasi.

Seperti yang dinyatakan awal tadi parti politik dilihat sebagai sebuah institusi yang menggembeling dan menyatukan rakyat bagi tujuan menggunakan kuasa dalam sesebuah negara.

Saya fikir kita semua bersetuju ini bukanlah matlamat NDP. Tetapi NDP mempunyai idea untuk membawa rakyat dan menyediakan pelantar untuk politik sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan sangat penting.

Parti politik mempelajari aspirasi dan kemahuan masyarakat bagi tujuan membentuk dasar awam dan memperkenalkan program-program politik. 

Inilah yang mempastikan terdapatnya berbagai pilihan di arena politik – bukan sahaja dari aspek calun-calun tetapi juga dari aspek idea-idea yang dikemukakan. Itulah initipati politik – saingan idea.

Apabila parti politik melibatkan diri dalam  hal ehwal kerajaan, ianya akan cuba melaksanakan idea-idea baru.

Pada tahun 1770, seorang ahli falsafah politik bernama Edmund Burke mentakrifkan parti politik sebagai satu badan manusia yang bersatu untuk mempromosikan prinsip perjuangan yang mereka persetujui bersma demi kepentingan bangsa dan negara.

Definisai ini mencerminkan parti politik sebagai sebuah badan yang mendakwahkan pendapat yang tersusun.

Penyokong parti mungkin tidak akan sependapat dengan semua isu politik yang dikemukakan oleh parti tetapi dalam masa sama mereka masih meyakini dan menyokong nilai-nilai dan pegangan yang sama.

Seperti yang saya kemukakan awal tadi,  semangat kesatuan parti politik berlegar disekeliling prinsip yang tersusun dan isu-isu pokok yang dikemukakan.

Parti politik berbeza-beza pendapat dan pandangan dari satu dengan yang lainnya begitu juga dengan pendekatan dan strategi mereka mendekati rakyat dan berinteraksi dengan pihak kerajaan.

Makanya parti politik umumnya dikenali secara rasmi dan tidak rasmi sebagai sebuah badan yang membawa bersama rakyat yang berkongsi pandangan dan pendapat  politik atau ideologi.

Saya tidak akan menggunakan terminologi ideologi itu kerana ianya selalu memberikan konotasi yang negatif, seolah-olah menggambarkan pandangan ektremis politik itu ada yang haluan kiri dan ada yang haluan kanan.

Kita perlu menggunakan terminologi yang memberikan inspirasi, seperti falsafah, nilai dan pegangan.

Aspirasi dan kemahuan masyarakat terlalu banyak dan berkonflik. Parti politik memberikan ruang dan peluang bagi perbincangan dan penilaian jujur mengenai perkara ini yang akhirnya menghasilkan satu alternatif kepada penggubalan dasar awam.

Akhirnya parti mesti membuat pilihan mengenai dasar-dasar alternatif ini, bersandarkan prinsip yang menyatukan parti. Walau bagaimanapun membuat pilihan juga membawa bersamanya risiko yang perlu dihadapi.

Mungkin ramai yang tidak akan bersetuju dengan idea-idea yang dikemukakan dan tidak akan menyokong parti.

Dalam konteks ini, mungkin perlu bagi parti mendidik dan mendekati rakyat dengan mengwarwarkan idea ini ataupun perlu parti mensesuaikan cara berfikirnya.

Malangnya banyak parti politik yang gagal memainkan peranan ini dan ada pula yang kurang meyakinkan dan berwibawa. Sebilangan lain pula lemah dan terlalu bersandar kepada kewibawaan dan karisma pemimpinnya.

Ada pula parti yang sering bertelengkah dan tidak bersependapat dengan pergerakkan dan program parti yang mereka sokong. Ada juga parti politik yang terlalu taksub dengan ideologi walaupun idea mereka kadang-kadang tidak praktikal dan tidak popular dikalangan masyarakat.

Pada amnya parti politik yang bersaing untuk memenagi undi dalam pilihanraya akan berkompormi dengan ideologi asal mereka demi untuk memancing lebih banyak undi dan ini menyebabkan penyokong kuat mereka kecewa.

Inilah yang menjadi satu cabaran rumit bagi parti dalam masa ia mara kehadapan – sejauh mana parti boleh mensesuaikan dan meluaskan pandangan, pegangan dan program politiknya dalam usaha mendapatkan lebih banyak undi dan sokongan dalam menuju kearah matlamat yang dicita-citakan.

Sebuah parti yang tidak teragak-agak untuk melupakan pegangan asalnya sudah pasti akan tumbang dan kehilangan sokongan politik dari massa.

Dalam hal ini NDP sangat beruntung kerana tidak terlibat dengan saigan dalam pemilihan. NDP bebas mendakwahkan nilai-nilai dan pegangannya. NDP mahu mendapatkan sokongan yang meluas dari rakyat dan penduduk dan perlu mendengar mereka dalam masa sama kekal dengan pegagangannya tanpa hirau akan kalah dalam pemilihan.(bersambung)

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.