Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Negara perlu lakar pelan komprehensif, adil basmi kemiskinan

LIMBARUH HIJAU 09 OKTOBER 2009 : NEGARA pada Rabu 07 Oktober 2009 baru lalu telah membuka lembaran baru dalam usaha membasmi masalah kemiskinan yang sebelum itu jelas semakin meruncing.

Berpandukan maklumat terdahulu seramai 16,186 orang fakir miskin telah pun ditentukan sebagai penerima agihan wang zakat bagi tahun 2007..

Jumlah yang telah diagihkan ialah sebanyak $9,722,310.00 ($9.72 juta). Lebih 98% daripada 3,747 keluarga telah menerimanya menerusi akaun bank masing-masing pada ketika itu.

Aspirasi NDP masih cuba mendapatkan maklumat terkini mengenai kedudukkan jumlah fakir miskin pada 2008. Aapakah ia sudah menurun atau semakin meningkat dikalangan umat islam di negara ini? Bagai mana pula hal nya dengan fakir miskin dari golongan rakyat Non-Muslim di negara ini? Aapakh ia sudah di tangani dengan sebaiknya atau ianya juga semakin meningkat? Jika belum susah juga untuk Brunei menjadi negara sifar miskin.

Jelas statistik fakir miskin dan kurang upaya yang dicatatkan oleh Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei hanya menggambarkan sebilangan dari kumpulan orang fakir miskin dan kurang upaya di negara ini yang berdaftar dengan Baitul Mal sebagai penerima zakat.

Walau bagaimanapun Parti Pembangunan Bangsa (NDP) turut gembira dengan langkah kehadapan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Majlis Ugama Islam dan Baitul Mal mengagihkan baki wang zakat yang tertunggak yang sepatutnya telah diberikan kepada yang berhak di tahun-tahun yang lalu.

Masalah kemiskinan dikalangan rakyat Brunei yang beragama Islam sepatutnya sudah dapat dibendung awal-awal lagi jika sekiranya wang zakat dapat diurus, ditadbir pengutipannya dan pengagihannya dengan sesempurnanya.

NDP bukan berhasrat untuk menoleh kebelakang dan sibuk mempersalahkan sistem pengurusan zakat sebagai antara punca masalah kemiskinan semakin meningkat. Hanya sekadar mengajak kita semua memuhasabah diri belajar dari kesilapan lampau untuk maju kehadapan.

Seperti yang dititahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam, "pada hari ini, lembaran sejarah negara sedang ditulis dengan tinta emas, bahawa kita sekarang sedang bergerak ke arah pembebasan diri dari kemiskinan".

"Beta berpendapat, sekiranya apa yang akan dilaksanakan sebentar lagi benar-benar menepati senarai rasmi Asnaf Fakir Miskin, maka apabila beta telah menyempurnakan penyerahan dokumen agihan baki wang zakat kepada mereka itu, maka negara, dari saat tersebut adalah wajar untuk dilabel sebagai bebas dari kemiskinan", titah Baginda lagi.

Itulah harapan Baginda Sultan dan itulah juga menjadi harapan seluruh warga NDP dan rakyat serta penduduk di negara tercinta ini.

Memang tugas dan tanggunjawab yang diamanahkan kepada kementerian Hal Ehwal Ugama, Majlis Ugama Islam dan Baitul Mal sangat berat dan mencabar, kerana dalam hal membasmi kemiskinan ini kita bukan sahaja berhadapan dengan masalah kurang keupayaan menyara diri dikalangan golongan masyarakat yang hidup dalam keadaan daif tetapi dalam masa sama berhadapan dengan masalah sikap sesetengah golongan masyarakat yang sudah terbiasa dengan kehidupan yang bergantung kepada bantuan tanpa perlu memerah tenaga.

Makanya tugas dan tanggunjawab ini tidak adil jika sepenuhnya diletakkan dibahu pihak kerajaan sahaja. Kita selaku rakyat dan penduduk perlu sama-sama mara kehadapan membantu dan menyokong apa jua usaha kerajaan dalam menangani isu kemsikinan ini.

NDP dalam hal ini dan dengan kepuayaan yang ada akan terus berusaha mendekati semua lapisan masyarakat yang susah tidak kira peggangan ugamanya atau bangsanya dengan tujuan memanjangkan permasalahan mereka ini kepada yang berwajib. NDP juga akan terus mengongsikan aspirasi, pandangan dan cadangan masyarakat akar umbi dalam menangani isu kemiskinan.

Dalam masa sama NDP juga berharap kerajaan, jika belum di buat, merencanakan dan melaksanakan pendekatan baru dan mengambil langkah berani dengan mengenengahkan sistem jaminan sosial yang dianjurkan oleh Islam sebagai langkah yang praktikal dan pragmatik dalam mengangani isu kemiskinan. Sistem jaminan sosial yang dianjurkan Islam ini setentunya lebih adil kerana ianya akan menagmbil kira pembelaan diberikan bukan sahaja kepada umat islam tetapi juga kepada golongan Non-Muslim atau 'Ahlul Zimmi" yang bernaung di bawah sebuah negara Islam.

NDP seterusnya berharap pihak kerajaan akan mengenegahkan satu pelan pembangunan raksaksa meliputi jangka pendek dan jangka panjang yang boleh mewujudkan peluang peningkatan pendapatan rakyat dan sekali gus membasmi kemiskinan di kalangan rakyat

NDP juga menggesa kerajaan supaya membuat satu kajian yang komprehensif dan seterusnya mengambil langkah-langkah strategik dan proaktif bagi membasminya serta mendedahkan secara telus indeks kemiskinan rasmi dan menetapkan objektif agar masalah kemiskinan dibasmi sepenuhnya menjelang akhir Rangka Strategi dan Dasar Bagi Pembangunan (OSPD 1).

Untuk selanjutnya diperturunkan usul yang diangkat dan diluluskan oleh perwakilan-perwakilan di Kongres Agung Tahunan NDP ke-4 yang berlangsung di Dewan Utama ICC pada 21 Jun 2009 yang lalu.

Mudah-mudahan apa yang dikongsikan ini dapat dimenafaatkan sebagai sumbangan buah fikiran rakyat dalam proses membuat keputusan berkaitan isu kemiskinan yang sangat penting ditangani dengan baiknya demi kepentingan keselamatan dan survival bangsa dan negara. Insya Allah:

Usul Mengenai Kemiskinan

Menginsafi bahawa kadar kemiskinan yang tinggi dan sekiranya tidak dibendung boleh memudaratkan kesejahteraan, kestabilan dan keselamatan negara,

Menginsafi bahawa meskipun pendapatan per kapita KDNK adalah setinggi BND 47,964 (2006), dengan KDNK negara berjumlah BND 15.9 bilion pada akhir RKN 8, namun negara Brunei Darussalam masih belum berupaya membebaskan diri dari isu dan permasalahan kemiskinan,

Menginsafi bahawa isu dan masalah kemiskinan yang ditokok pula oleh masalah pengangguran yang tinggi di kalangan para belia dan siswazah mempunyai impak sampingan yang luas yang boleh menjejaskan pencapaian Wawasan Brunei 2035 dan masalah-masalah sosial yang lain,

Menyedari bahawa sekarang ini dianggarkan lebih  20 ribu orang yang tersenarai dalam asnaf fakir dan miskin yang layak menerima bantuan daripada Baitulmal dan bantuan Kebajikan Masyarakat, dan dipercayai bahawa bilangan tersebut terus meningkat dari tahun ke setahun,

Menyedari bahawa Kerajaan Kebawah DYMM sentiasa memandang serius mengenai isu kemiskinan, dan pelbagai usaha dan strategi telah dibuat bagi menangani masalah ini, namun kadar kemiskinan belum berjaya dikurangkan,

Demi Menjunjung Dan Menyokong titah Kebawah DYMM  Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 12 November 2005 yang menyentuh persoalan kemiskinan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang berbunyi “kumpulan-kumpulan atau pertubuhan-pertubuhan akar umbi, tidak syak lagi, adalah komponen yang penting dalam struktur kepimpinan sesuatu masyarakat. Mereka boleh berperanan menciptakan kesejahteraan di kalangan rakyat dan penduduk, khasnya siapa-siapa yang sememangnya menjadi sasaran khidmat yang terdiri daripada orang-orang yang susah atau yang bermasalah.”,

Demi Menjunjung Dan Menyokong titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam pada  Majlis pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Ke-4 Majlis Mesyuarat Negara pada 4 Mac 2008 yang melontarkan sindiran berbunyi, “Semenjak Negara mencapai kemerdekaannya, pendapatan per kapita penduduk adalah memberangsangkan. Sepuluh tahun selepas merdeka, ianya terus meningkat. Ini, tidak diragukan lagi, dengan sendirinya menyumbang kepada peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat. Sebagai contoh: Pada tahun 1994, pendapatan per kapita adalah sebanyak BND 23,502 dan naik lagi pada tahun-tahun berikutnya sehingga mencecah kepada BND 47,964 pada tahun 2006. Bertolak dari sini, sepatutnya kadar kemiskinan dengan sendirinya adalah menurun. Maka berdasarkan ini, apakah tidak terlintas di ingatan kita untuk menetapkan salah satu matlamat Wawasan ialah, untuk menjadikan kadar kemiskinan di Negara ke tahap sifar?”,

Demi Menjunjung Dan Menyokong titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Keberangkatan Baginda Ke Persidangan Majlis Ugama Islam pada 13hb Januari 2009 yang menegaskan, “Kita semua sedia maklum, bahawa di antara fungsi zakat itu ialah untuk mengeluarkan asnaf-asnaf fakir miskin daripada kepompong kefakiran dan kemiskinan. Mereka ini telah diletakkan paling depan sekali dalam susunan asnaf-asnaf, suatu isyarat tentang kelebihutamaan mereka itu untuk ditangani dengan zakat. Begitu juga untuk menolong asnaf penanggung hutang keluar daripada cengkaman hutang yang menyusahkan yang dianggap menyamai kesusahan yang dirasai oleh fakir miskin. Maka berasaskan inilah, beta telah terpanggil untuk mengetahui kedudukan beberapa perkara yang bersangkutan dengan asnaf fakir miskin dan orang-orang penanggung hutang (al-gharimin). Siapakah sebenarnya mereka itu? Di mana kedudukan mereka di segi hukum zakat? Bilakah mereka benar-benar berhak menerima zakat? Adakah zakat itu disegerakan pengagihannya atau boleh ditangguh-tangguh atau ditahan-tahan, sedangkan asnaf yang berhak adalah wujud dan masih memerlukan?”,

Menginsafi bahawa meskipun kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah kemiskinan, namun langkah-langkah tersebut masih tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di negara ini,

Menginsafi bahawa kerajaan perlu mencari pendekatan baru dan mengambil langkah berani dengan mengenengahkan sistem jaminan sosial yang dianjurkan oleh Islam sebagai langkah yang praktikal dan pragmatik dalam mengangani isu kemiskinan,

1. Mengingati akan usul mengenai Kemiskinan yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan (Penubuhan) Pertama Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 29 - 30 April 2006;

2. Mengingati akan usul mengenai Kemiskinan yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-2 Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 23 - 24 Jun 2007;

3. Mengingati akan usul mengenai Kemiskinan yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-3 Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 20 - 22 Jun 2008;

4.Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ke-4 yang bersidang  pada hari ini 21 Jun 2009 di International Convention Centre (ICC), Berakas, Bandar Seri Begawan, mengambil maklum dan memperakui semula usul mengenai Kemiskinan yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan (Penubuhan) Pertama Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 29 - 30 April 2006 di mana pada Kongres tersebut telah mengambil persetujuan dan ketetapan menyeru pihak-pihak berkenaan supaya melancarkan pelan pembangunan raksaksa meliputi jangka pendek dan jangka panjang yang boleh mewujudkan peluang peningkatan pendapatan rakyat dan sekali gus membasmi kemiskinan di kalangan rakyat; dan bahawa Kongres Agung Tahunan Ke-4 ini juga mengambil maklum dan mengulangi sekali lagi akan usul Kemiskinan yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-2 Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 23 - 24 Jun 2007 yang mengambil persetujuan dan ketetapan meminta Kerajaan Kebawah DYMM mengklasifikasikan kemiskinan sebagai isu nasional dan menggesa kerajaan supaya membuat satu kajian yang komprehensif dan seterusnya mengambil langkah-langkah strategik dan proaktif bagi membasminya; dan bahawa Kongres Agung Tahunan Ke-4 ini juga mengambil maklum dan memperakui semula usul Kemiskinan yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-3 Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 20 - 22 Jun 2008 yang mengambil persetujuan dan ketetapan supaya kerajaan mendedahkan indeks kemiskinan rasmi dan menetapkan objektif agar masalah kemiskinan dibasmi sepenuhnya menjelang akhir Rangka Strategi dan Dasar Bagi Pembangunan (OSPD 1) pada 2017 dengan menaikkan pendapatan serta taraf hidup individu dan keluarga dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi mengatasi masalah pengangguran melalui pendekatan pembangunan ekonomi rakyat yang berpegang kepada falsafah dan prinsip-prinsip rajin dan kuat berusaha, berdikari dan tidak bergantung kepada subsidi kerajaan sahaja dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sederhana, melalui perencanaan projek dan program kemajuan RKN9 dan RKN10 yang memberi kesan yang besar dan langsung serta mempastikan sistem penyampaian awam dibuat penambahbaikan untuk mempertingkatkan keberkesanannya; dan bahawa Kongres Agung Tahunan Ke-4 ini mengambil persetujuan dan ketetapan menggesa kerajaan supaya mengkaji dengan mendalam pendekatan dan aplikasi sistem jaminan sosial Islam untuk mengatasi masalah kemisikinan di negara ini secara menyeluruh dan saksama di mana setiap rakyat yang miskin, tanpa mengira agama atau bangsa akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Berikut artikel-artikel terdahulu suara NDP mengenai masalah kemiskinan:

 

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.