LIMBARUH HIJAU 11 OKTOBER 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) telah menubuhkan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Indonesia dan Ribut Filipina bagi sama-sama meringankan kesengsaraan dan beban penderitaan mangsa-mangsa akibat gempa bumi dan ribut yang melanda beberapa kawasan kedua buah negara tersebut baru-baru ini.
Gempa bumi yang melanda di beberapa kawasan di Indonesia bermula pada 2 September lepas dengan kekuatan 7.6 skala rektar, menyebabkan lebih 700 orang terkorban, beribu-ribu lagi cedera, lebih 3000 orang hilang dan lebih 87,000 buah rumah musnah.

Pelancaran Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Indonesia dan Ribut Filipina pada 06 Oktober 2009
|
Beberapa gegaran gempa bumi seterusnya menyusul dan dijangkakan angka kematian akan bertambah melebihi 1,000 orang.
Sementara itu pada 26 September lepas, Ribut Tropika Ketsana telah melanda utara Filipina dan angka korban akibat ribut itu telah meningkat kepada lebih 300 orang, berpuluh orang dilaporkan masih hilang manakala hampir 375,000 orang berlindung di lebih 600 pusat perpindahan. Manakala kediaman hampir tiga juta penduduk negara ini juga terjejas akibat banjir, Filipina juga ditimpa kemusnahan berterusan akibat ribut Parna dan ribut Melor yang melanda sebahagian negara tersebut pada 4 Oktober lepas.
Berikutan kejadian-kejadian bencana alam tersebut dan kesengsaraan yang dialami oleh mangsa-mangsa serta penduduk-penduduk yang terjejas di kedua-dua buah negara NDP berhasrat untuk turut sama dalam memberikan apa jua bantuan yang terdaya demi meringankan kepayahaan yang mereka sedang alami sekarang.
Penubuhan Tabung Kemanusiaan dan Gempa Bumi telah diluluskan dalam Mesyuarat MajlisTertinggi Parti kali ke 37 yang bersidang pada 6 Oktober baru lalu. Biro Keselamatan dan Kecemasan yangd diketuai oleh sdra Abdullah Peter bin Abdullah Saging telah diberikan mandat untuk mengendalikan tabung tersebut.
Ayahnda Presiden NDP, Yasin Affandy semasa melancarkan tabung kemanusiaan tersebut meluahkan rasa simpati kepada keluarga mangsa-mangsa dan penduduk-penduduk yang terjejas dan sedang mengalami kesengasaraan akibat bencana alam yang melanda.
|