Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Kesalinghubungan ASEAN membina komuniti ASEAN

HUA HIN, THAILAND, Sabtu, 24 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan pentingnya meningkatkan kesalinghubungan ASEAN (ASEAN Connectivity) kerana usaha sedemikian akan dapat memainkan peranan utama dalam membina Komuniti ASEAN.

Baginda berpendapat kesalinghubungan tersebut dapat membantu aliran barang perdagangan, perkhidmatan, modal dan tenaga manusia yang mahir.

Gambar ehsan Pelita Brunei

"Perkara-perkara ini dapat meningkatkan lagi perkembangan ekonomi dan mendatangkan pelbagai peluang,” titah baginda semasa Retreat ASEAN yang dilangsungkan di Hotel Dusit Thani di sini.

Ke arah itu, baginda penuh percaya perkara ini menjadi lebih jelas dengan pencapaian Komuniti Ekonomi ASEAN terutamanya dengan menghapuskan hampir keseluruhannya cukai pada Januari 2010.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menyatakan bahawa kesalinghubungan ini juga akan dapat mengukuhkan usaha-usaha rantau ASEAN dalam menangani cabaran dunia seperti perubahan iklim, bencana alam, keselamatan makanan dan tenaga.

Oleh itu, baginda mahukan agar penyelarasan dan cara memudahkan ‘access’ semasa keadaan kecemasan perlu dipertingkatkan.

Baginda dengan itu melahirkan rasa sukacita bahawa perjanjian pengurusan bencana ASEAN akan dikuatkuasakan tidak lama lagi.

Mengenai ekonomi pula, baginda menggalakkan ASEAN untuk bekerjasama dengan rakan-rakan dialog bagi memastikan Sesi Ke-15 Persidangan (COP) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Perubahan Iklim (15th Session of the Conference of the Parties to the UN Framework Convention on Climate Change - UNFCC) yang akan diadakan di Copenhagen, Denmark pada Disember ini akan mencapai hasil yang bermakna.

Sidang Retreat yang dihadiri oleh kesemua pemimpin ASEAN kecuali Republik Indonesia dan Republik Filipina diwakili oleh Menteri-menteri luar masing-masing itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Abhisit Vejjajiva selaku Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-15 dan sidang-sidang kemuncak yang berkaitan.

Pemimpin ASEAN yang menghadiri Retreat Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Hun Sen, Perdana Menteri Laos, Tuan Yang Terutama Bouasone Bouphavanh, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib, Perdana Menteri Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama Jeneral Thein Sein, Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Nguyen Tan Dung. (Pelita Brunei)

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.