LIMBARUH HIJAU OKTOBER 2009 - MESYUARAT khas Lembaga Pengarah KOPERKASA Berhad telah diadakan di Limbaruh Hijau, markas pusat Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pada hari Selasa 13 Oktober 2009 baru lalu.
Mesyuarat yang bertujuan untuk mengemaskinikan penyata kewangan KOPERKASA dihadiri oleh 13 orang ahli-ahli Lembaga Pengarah dan ahli-ahli biasa KOPERKASA.
"Alhamdullilah beberapa masalah yang dihadapi oleh Ahli-Ahli Lembaga Pengarah terutama mengenai pengemaskinian penyata kewangan KOPERKASA telah dapat diselesaikan dalam suasana mesyuarat yang mesra", jelas Awamg Haji Mohd Kasim Safar yang telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.
"Ahli-Ahli Lembaga juga telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat akan datang kira-kira satu bulan dari tarikh mesyuarat ini", tambah beliau.
Katanya lagi apabila semua penyata kewangan sudah disiapkan dan diodit oleh Odit Dalaman dan Odit Luar (BINA) satu perjumpaan akan diadakan oleh Lembaga Pengarah dengan semua ahli-ahli KOPERKASA.
"Turut dibincangkan dan diluluskan dalam mesyuarat tersebut ialah perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Walau bagaimanapun perkara ini hanya akan diputuskan apabila Lembaga Pengarah sudah selesai mengemaskinikan penyata kewangan KOPERKASA", jelas Awang Haji Mohd Kasim lagi.
|