Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Brunei sentiasa menyokong usaha tangani perubahan iklim

JERUDONG, Khamis, 29 Oktober. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mempunyai aspirasi untuk menuju pembangunan yang dinamik dan lebih berdaya tahan.

Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud berucap demikian di Majlis Forum Mengenai ‘Perubahan Iklim Ekonomi-ekonomi di Asia Tenggara : Apakah Yang Menjadi Taruhan?’ (The Economics of Climate Change in Southeast Asia : What is at Stake?) berlangsung di Empire Hotel and Country Club di sini.

Yang Berhormat berkata, atas sebab itulah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa menyokong setiap usaha yang dibuat untuk menyumbang kepada penyelesaian global terhadap perubahan iklim yang mendatangkan faedah signifikan.

Apa yang penting jelas Yang Berhormat, kita mesti terlibat dan saling berinteraksi antara satu sama lain dan sebab itulah forum seumpamanya amat penting kepada semua.

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, sebagai sebuah negara yang berkongsi impak dari fenomena sejagat, kita hendaklah bersiap sedia membuat sumbangan serius untuk melindungi perubahan iklim global melalui pelaksanaan penyesuaian perubahan iklim dan langkah-langkah pengurangan yang berkesan.

Antara langkah-langkah yang dicadangkan jelas Yang Berhormat lagi ialah perlunya meningkatkan usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap perubahan iklim dan kesannya.

Selain dari itu kata Yang Berhormat, lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan, di samping memajukan langkah-langkah yang lebih proaktif dan bersistematik yang dapat memberikan penyelesaian jangka panjang.
Yang Berhormat juga menjelaskan, kita perlu meningkatkan keupayaan adaptif dan dasar dalam menangani akibat-akibat perubahan iklim pada semua skala, tahap dan sektor selain perlu merangsang inovasi dan menggalakkan pelaburan dalam teknologi lebih bersih untuk bergerak ke arah laluan yang berdaya tahan.

Tambah Yang Berhormat, kesan-kesan perubahan iklim secara serius dilihat menghalang perkembangan ke arah mencapai matlamat pembangunan ekonomi.

“Ketika kesan-kesan perubahan iklim mula menjadi ancaman utama kita, satu pendekatan holistik ke arah pembangunan berdaya tahan hendaklah dilakukan dan dilaksanakan dengan segera, berkesan dan cekap.

Kita oleh itu melihat seruan segera bagi tindakan untuk menangani pemanasan global dan mengurangkan kesan-kesan buruk bencananya,” ujar Yang Berhormat.

Yang Berhormat berkata, Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali berdepan dengan impak-impak perubahan iklim, di mana negara ini baru-baru ini melihat perubahan-perubahan iklim tersebut.

Banjir dan tanah runtuh katanya, pernah menjadi ancaman terbesar negara ini dan mungkin mempunyai akibat-akibat mendalam kepada sektor-sektor sosioekonomi negara ini termasuk kesihatan, pengeluaran makanan, penggunaan tenaga dan keselamatan serta pengurusan sumber alam.

Kerosakan yang disebabkan oleh cuaca buruk, jelas Yang Berhormat lagi, telah menyebabkan kemusnahan terhadap tanam-tanaman, produk-produk pertanian dan ternakan di negara ini yang hanya akan membawa kerugian ekonomi kepada negara.

Jadi kata Yang Berhormat, adalah penting forum yang diadakan itu untuk membincangkan cabaran-cabaran dan berikhtiar bagaimana menjadikan cabaran-cabaran tersebut kepada peluang-peluang.

Kata Yang Berhormat lagi, kita semua tahu bahawa menangani perubahan iklim akan memerlukan kepimpinan, dinamisme dan komitmen selain perlunya penyelesaian yang inovatif, perkembangan teknologi dan penyertaan orang awam, di samping kesedaran dan kerjasama dari pelbagai pihak.

Forum antara lain bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai isu-isu yang berhubung kait dengan perubahan iklim dan menyediakan panduan dalam melaksanakan pembangunan yang berdaya tahan.

Forum dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi British dan Bank Pembangunan Asia (ADB) bersempena kajian serantau pertama ABD mengenai perubahan iklim ekonomi-ekonomi, menumpukan pada impak-impak, kelemahan-kelemahan, kos-kos, peluang-peluang dan pilihan-pilihan dasar bagi Asia Tenggara.

Kajian yang dibiayai oleh Kerajaan United Kingdom itu memberikan perspektif-perspektif penting mengenai impak-impak dan dasar-dasar perubahan iklim yang saling bergantung di peringkat serantau yang boleh membantu sumber-sumber serantau untuk mengemukakan cabaran-cabaran yang dikongsi bersama.

Panel forum terbuka mengenai ‘Towards a Strategy on Climate Change : How Can Brunei Darussalam Contribute?’ terdiri dari Pensyarah Universiti Brunei Darussalam, Dr. Hajah Sainah binti Haji Saim; Manager Corporare Sustainability of HSBC, Lim Boon Teck dan Pakar Ekonomi ABD, Suphachol Suphachalasi.

Forum dihadiri oleh para pegawai kanan kerajaan, para perwakilan dari sektor swasta dan para penuntut dari beberapa buah institusi pendidikan. (Dipetik dari Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.