LIMBARUH HIJAU : BRUNEI dan rakan-rakan negara ahli ASEAN telah melancarkan badan hak asasi manusia di sidang kemuncak ASEAN yang berlangsung di Hua Hin Thailand Jumaat kelmarin ditengah-tengah kritikan sesetengah pihak bahawa badan tersebut tidak memberikan apa-makna selagi isu hak asasi manusia di Myanmar yang berterusan menghantui semangat ASEAN belum diselesaikan.
Badan tersebut yang dikenali sebagai ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) juga dilancarkan ditengah-tengah desakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar badan baru tersebut benar-benar berwibawa dalam menangani isu hak asasi manusia di rantau ini yang sepanjang 42 tahun penubuhannya, jelas tidak diberikan perhatian sewajarnya.
Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva, selaku tuan rumah sidang kemuncak ASEAN tahun ini berkata penandatanganan AICHR menandakan satu pencapaian dalam usaha ASEAN sejak 15 tahun lalu untuk menubuhkan badan tersebut.
"Prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam ASEAN, termasuk menghormati hak asasi manusia dan kebebasan asas mestilah diterjemahkan melalui tindakan-tindakan yang konkrit", tegasnya lagi dalam ucapannya kepada rakan sejawat ASEAN.
"Penubuhan AICHR ini akan menggerakkan 'momentum' dalam usaha mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia di rantau ini", tambah Perdana Menteri Thailand.
Apapun yang retorik yang ditekankan oleh Abhisit Vejjajiva, nampaknya belum dapat menyakinkan sesetengah pemerhati ASEAN dan hak asasi manusia yang berterusan lantang mengkritik bahawa Suruhanjaya Hak Asasi ASEAN yang baru ditubuhkan itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghukum anggota-anggota ASEAN yang engkar. Pandangan mereka fungsi suruhanjaya tersebut hanya cendrung kepada usaha memperomosikan hak asasi manusia bukannya untuk melindungi rakyat-rakyat dan penduduk-penduduk yang teraniaya.
Ia setentunya satu permulaan, tetapi masih banyak kekurangan dari segi mekanisma yang boleh menggambarkan negara-negara anggota ASEAN benar-benar serious menyokongnya. Pandangan ini diutarakan oleh Bridget Welsh, seorang pakar Southeast Asia di Singapore Management University.
Myanmar akan terus diberikan perhatian oleh masyarakat antarabangsa atas tindakannya secara berterusan menahan Aung San Suu Kyi dan begitu juga dengan isu-isu hak asasi manusia yang lain termasuklah masalah hak asasi yang dihadapi oleh masyarakat etnik di Tahiland.
Mengambil kira cara ASEAN bergerak dengan perlahan saya tidak menjangkakan perubahan akan berlaku dengan cepatnya, Bridget Welsh dilaporkan sebagai berkata.
Sementara itu menurut Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya Myanmar telah mengesahkan AICHR dan akan melantik wakilnya. Tetapi apabila ditanya mengenai isu Myanmar dan pembebasan Suu Kyi, beliau menggelak untuk memberikan sebarang kenyataan.
Dalam perkembangan lain Himpunan Parlimen ASEAN (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly-AIPA) mengucapkan tahniah kepada Brunei yang telah menjadi ahli pada 05 Ogos 2009 baru lalu di sesi plenari AIPA yang ke 30 di Pattaya, Thailand.
AIPA dianggotai oleh 9 ahli yang terdiri dari: Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Philippines, Vietnam, Singapore and Thailand. Phillipines belum lagi menjadi ahli AIPA.
(Sumber berita AP)
|