Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

USRAH MENGERATKAN HUBUNGAN SILATULRAHIM

LIMBARUH HIJAU, Rabu- Tonggak kepada gerakan dakwah ialah usrah, tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapis, dan tanpa usrah yang betul maka tidak akan dapat mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana
jamaah.

Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja jamaah.

Ustaz Haji Idris Haji Ahmad menekankan perkara itu ketika menyampaikan kertas kerjanya pada seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi hari yang kedua diadakan hari ini di Dewan Syura Limbaruh Hijau Jalan Jerudong.

Program Usrah siri kedua anjuran Biro Hal Ehwal Ugama Parti Pembangunan Bangsa itu dihasratkan untuk meningkatkan komitmen perjuangan dan kecintaan pada parti di kalangan anggota parti terutama sekali di peringkat kepimpinannya.

Ustaz Haji Idris menambah bahawa Usrah bukanlah majlis ilmu semata-mata tetapi ianya merupakan satu program mempertingkatkan kekuatan pegangan terhadap agama Islam dan memperjuangkan Islam di atas muka bumi ini, di samping ianya merupakan program untuk membincangkan masalah organisasi dalam jamaah.

“Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanan usrah menjadi lesu dan tidak bermaya dan tidak memberikan apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakkan jamaah” jelas beliau.

Menurut beliau antara tujuan Usrah adalah untuk mendidik anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah swt, menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran Al-quran dan Al-sunnah, mengiltizamkan anggota dengan Al-quran supaya dapat mematuhi perintah Allah dan larangannya, menjadikan Rasul dan para sahabat ikutan dalam kehidupan seharian, supaya berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang di ajar oleh Allah dan Rasul, sentiasa dapat bermulazamah dengan Al-quran dan Hadis, melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam Setiap amalan dan sebagainya.

Dan yang lebih penting ialah untuk menghidupkan budaya nasihat menasihati di kalangan anggota, merapatkan persaudaraan dan kasih sayang, membuka saluran komunikasi dalam sebuah organisasi, yang mana sistem Usrah boleh di gunakan untuk mewujudkan satu sistem komunikasi yang baik di samping mewujudkan arahan sebutang (one button mobilisation) serta dapat menguji bakat dan kebolehan anggota masing-masing.

Dalam seminar hari kedua dan juga terakhir bagi program Usrah NDP kali ini, Ustaz Haji Idris juga telah menjelaskan mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Naqib( ketua dalam program Usrah).

Menurut beliau antaranya mereka perlu menyedari bahawa mereka adalah pemimpin dan pendidik kepada kumpulan Usrah, dengan itu mereka perlu menunjukkan suri teladan yang baik kepada ahli-ahli usrah, selain itu Naqib juga berkewajipan menyalurkan ilmu dan mendidik anggota usrah dalam bidang agama dan fikrah jamaah.

“Memastikan kandungan usrah di sampaikan mengikut kehendak usrah dan jamaah, memupuk ukhwah di kalangan anggota samada di dalam usrah ataupun di luar dan yang paling penting Naqib itu mestilah juga mahir dalam organisasi jamaah supaya ia dapat menyelesaikan konflik organisasi dengan cepat serta menyelesaikan dengan segera permasalahan yang berlaku tanpa bertangguh, kerana masalah yang kecil jika tidak di selesaikan dengan segera akan mendatangkan masalah yang lebih besar” ujar beliau.

Seramai hampir 30 orang menghadiri seminar di hari kedua ini termasuk beberapa orang jamaah di kalangan anggota Hawa NDP.

Susulan daripada seminar itu nanti, Jabatan JASA NDP akan menghantar seramai 12 orang yang terpilih untuk mengikuti kursus Naqib dan mereka ini nanti akan menjadi penggerak kepada program-program Usrah di adakan di peringkat Pusat, Cabang dan Ranting parti.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Presiden Parti Pembangunan Bangsa Ayahanda Yassin Affendy yang juga telah menyempurnakan penyampaian cenderahati kenangan kepada penceramah undangan Ustaz Haji Idris Haji Ahmad dan juga kepada isteri beliau Ustazah Kamariah yang bersama beliau sepanjang selama tiga hari di negara ini(HSZ)

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.