Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan pada malam hari?

LIMBARUH HIJAU 24 OKTOBER 2008 - Negara Brunei Darussalam akan merayakan ulang tahun Hari Kebangsaan Negara kali ke 25 pada 23 Februari 2009 akan datang ini.

Menurut cerita memandangkan perayaan tahun hadapan ini bersempena Jubli Perak Hari Kebangsaan maka perancangan telah di buat untuk meraikannya pada sebelah malam.

Untuk membawa kelainan dalam sambutan tersebut acara warna warni persembahan padang dengan permainan bunga api akan di adakan pada malam Jubli Perak Hari Kebangsaan tersebut.

Di jangkakan berbelasan ribu peserta termasuk kanak-kanak sekolah akan menjayakan perayaan sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan ala karnival itu.

Wallahu wa'alam sama ada cerita ini benar atau hanya cerita rekaan sahaja.

Dalam hal ini Parti Pembangunan Bangsa (NDP) percaya ianya adalah cerita rekaan sahaja.

Ini kerana NDP melihat acara malam yang melibatkan berbelasan ribu peserta termasuk muda remaja dan kanak-kanak sangat tidak sesuai kerana boleh membawa banyak keburukkan dari kebaikkan.

Dalam acara sambutan perayaan yang di adakan di sebelah malam setentunya tidak mudah mengawal pergaulan antara lelaki dan perempuan tambahan lagi suasana malam biasanya sangat kondusif untuk berlakunya perbuatan-perbuatan maksiat.

Juga menjadi kerisauan ialah tentang keselamatan peserta-peserta yang terdiri dari kanak-kanak sekolah.

Selain itu jika acara sambutan diadakan di sebelah malam keselamatan awam juga akan terdedah kepada elemen-elemen jenayah seperti kes-kes pecah rumah, pecah kereta dan jenayah samun, curi dan rompak yang lain kerana ketika itu setentunya banyak kawasan-kawasan perumahan yang akan sunyi senyap apabila orang ramai berduyun-duyun ke tempat di mana sambutan perayaan akan di adakan.

Lagi yang membuatkan NDP yakin cerita tersebut hanya rekaan ialah acara sambutan perayaan jika di adakan di sebelah malam dengan pesta besar-besaran sangat bercanggah dengan hasrat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadikan Brunei sebagai sebuah 'Negara Zikir'.

Sebagai sebuah Negara Zikir, sebaiknya hari bersejarah tersebut di sambut pada malamnya dengan laungan takbir dan bermunajat kepada Allah S.W.T. oleh pulohan ribu rakyat yang berkumpul di suatu tempat dengan kumpulan lelaki dan perempuan berasingan bukannya di sambut dengan mercun dan bunga api yang hanya membazir wang kerajaan atau penderma-penderma.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.