LIMBARUH HIJAU JUMAAT 25 OKTOBER 2008 - AYAHNDA Persiden NDP dan beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi serta saudara-saudara seperjuangan yang lain telah berkesudian berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat jalan kepada wakil NDP yang telah di jemput ke Amerika Syarikat untuk memerhati perjalanan pilihanraya Presiden Amerika Syarikat.

Ayahnda Presiden dan rombongan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk majlis serah bendera kepada Malai Hassan Othman sebelum berangkat ke AS
|
Sdr Malai Hassan Othman, Pengerusi Hubungan Antarabangsa dan Keamanan akan berada di Amerika Syarikat selama 2 minggu dari 25 Oktober hingga 10 November ini atas undangan Kerajaan Amerika melalui Kedutaan Amerika di Brunei.
Beliau telah terpilih untuk mewakili NDP dan negara untuk mengikuti International Visitors Leadership Program (IVLP - I- Vote 2008) iaitu Program Kepimpinan Tetamu Antarabangsa yang di anjurkan dan di biayai sepenuhnya oleh Kerajaan Amerika.

Pengerusi Tetap NDP, Awang Haji Abdul Rahman Yusuf menyerahkan bendera negara kepada Malaiu Hassan sambil di perhatikan oleh Ayahnda Yasin Affandy dan Pengiran Mohammad Pengiran Said, Ketua Biro Penerangan NDP.
|
Seramai 100 peserta dari seluruh dunia telah di pilih untuk mengikuti program tersebut.
Sepajang program tersebut sdr Malai akan bersama kumpulan peserta seramai 20 orang dari Algeria, Argentina, Congo, Croatia, Germany, Iraq, Jordan, Latvia, Maldives, Montenegro, Peru, China, Russia, South Korea, Syria, Tanzania, Thailand, Zambia dan Zimbabwe untuk memerhati sambil belajar perjalanan pilihanraya Presiden Amerika Syarikat ke 44 yang sedang menuju ke kemuncaknya pada 4 November akan datang ini.

Bacaan doa agar selamat dan berjaya di adakan sebelum berlepas ke AS
|
Program I-Vote 2008 mempunyai 3 matlamat utama iaitu untuk memberikan kefahaman kepada peserta mengenai proses pemilihan di AS, untuk menyakisikan peringkat terakhir kempen pemilihan presiden 2008 serta mengkaji impak politik tempatan di AS keatas dasar luar AS.
Program tersebut yang akan bermula di Washington DC, di harapkan akan dapat memberikan peluang yang unik kepada peserta-peserta memerhati sambil belajar pusingan terahkir kempen pilihanraya bagi Presiden AS ke 44.
Semasa berada di washington, peserta akan di berikan taklimat mengenai sistem politik dan sistem federal di AS.
Dari washington peserta-peserta akan bergerak ke kawasan-kawasan panas atau 'medan tempur' di beberapa buah negeri-negeri yang di lihat sebagai negeri penentu keputusan akhir pilihanraya tersebut.
Sdr Malai dan rombongan telah di jadualkan untuk membuat lawatan ke Minnesota, dan semasa berada di sana peserta-peserta akan berpeluang berinteraksi dengan petugas-petugas pilihanraya serta pengundi-pengundi selain dari menghadiri kegiatan politik dan melawat ke pusat-pusat kempen.
Porgram akan berakhir di Boston dimana peserta-peserta akan mengikuti sesi penggulungan di Harvard University, Kennedy School of Government.