Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan penting

LIMBARUH HIJAU 2 NOV 2008 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) telah menerima kunjungan muhibbah dari Prof. Raduan Othman, Timbalan Dekan Fakulti Sastera, Universiti Malaya dan Sdra. Ishak Haron, Setiausaha, Bahagian UMNO Kuala Selangor pada 1 Nobember 2008.

Ketibaan mereka di markas dialu-alukan oleh ayahanda Presiden, Timbalan Presiden, Ahli Jemaah Penasihat Pg.Dr. Haji Amir Md.Yusof, Ketua Biro Penyelidikan dan Organisasi serta pegawai-pegawai JASA.

Turut hadir dikunjungan itu ialah seorang ahli politik veteran Sdr Haji Zaini bin Haji Ahmad.

Kunjungan seorang ahli akademik dari sebuah universiti yang terkenal di Malaysia serta seorang ahli politik kepada parti pemerintah itu merupakan satu penghormatan kepada NDP, malah ianya merupakan satu jaringan awal ke arah membena jambatan kerjasama antara NDP dengan negara sahabat terutama dalam bidang pendidikan dan politik.

Dipertemuan singkat itu mereka sempat berbincang beberapa perkara antaranya betapa pentingnya penulisan sejarah terutama sejarah kemerdekaan Brunei supaya ianya dapat diketahui oleh generasi masa kini dan yang penting generasi akan datang.

Sekarang masih terdapat pelaku-pelaku yang terlibat secara langsung dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Jika tidak di dokumentasikan dengan teliti dan adil sekarang generasi mendatang tidak akan tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Penulisan riwayat hidup pejuang-pejuang kemerdekaan umpamanya sesuatu yang penting. Penulisan itu akan dapat menangkis segala tohmahan dan pembohongan yang ditulis oleh penulis upahan mengenai sejarah 8 Disember yang banyak menyumbang kepada perjuangan kemerdekaan yang bermula hampir setengah abad yang lalu.

Diakhir pertemuan kedua pelawat dihadiahkan dengan bahan-bahan terbitan NDP yang disampaikan oleh Presiden dan Sdra. Haji Zaini Hj. Ahmad.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.