Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Obama menang pilihanraya AS

CHICAGO: RAKYAT Amerika Syarikat dahagakan perubahan dan mereka telah bersuara dengan lantang dan jelas mahukan perubahan ini melalui peti undi dengan memilih calun Presiden dari Parti Demokrat, Barrack Obama menjadi Presiden AS ke 44.

Kemenangan Barack Obama dan kejayaannya mengalahkan calun presiden dari Parti Republikan, John McCain untuk memegang tampuk kuasa di Rumah Putih merupakan satu sejarah kepada AS yang buat pertama kali mempunyai presiden dari warga berkulit hitam.

Barack Obama akan mengangkat sumpah sebagai presiden AS ke 44 pada 20 Januari 2009 dan selaku presiden beliau akan berhadapan dengan cabaran-cabaran yang hebat antaranya krisis ekonomi yang sedang melanda AS, perang Iraq dan sistem perkhidmatan kesihatan yang perlu di perbaiki selain dari mengembalikan reputasi AS di arena antarabangsa yang menurun di bawah pentadbiran Bush.

Kemenangan Obama juga merupakan satu kemenangan besar kepada Parti Demokrat, Dan undi besar yang di berikan rakyat Amerika kepada Obama dan Parti Demokrat mengambarkan kekecewaan mereka terhadap pentadbiran Presiden George W. Bush sepanjang 8 tahun yang lalu.

Mengimbau kembali perjalanan kempennya sepanjang 2 tahun lalu Obama berkata, “Ia satu perjalanan yang jauh. Tapi malam ini, tiba hari nya dalam pilihan raya saat yang bermakna, perubahan sudah tiba bagi Amerika," katanya di hadapan lebih 125,000 penyokongnya.

Beliau turut berterima kasih kepada pasukan kempennya, iaitu isteri, anak dan mendiang neneknya yang meninggal sehari sebelum pembuangan undi, semalam.

Beliau berkata: “Saya tidak pernah bayangkan untuk ke Rumah Putih. Kami tidak bermula dengan banyak wang atau cadangan.

"Kempen kami tidak bermula di Washington, ia bermula di lorong belakang di Des Moines, bilik tetamu atau ruang depan Charleston.”

Sementara itu jika McCain menang beliau akan merupakan presiden tertua pernah berkuasa di Rumah Putih dalam penggal pertama menakala calun naib presiden Sarah Palin pula merupakan naib presiden wanita pertama dalam sejarah AS.

Kemenangan Obama terjamin semalam apabila Ohio, Florida, Virginia, Iowa, New Mexico, Nevada dan Colorado yang telah menyokong Bush dalam pilihanraya 2004 memberikan undi kepada Obama.

Kekalahan McCain menjadi lebih teruk apabila beliau gagal merebut undi di Pennsylvania yang merupakan kubu kuat Parti Demokrat.

Keputusan mutakhir menunjukkan Obama dengan selesa memenangi undi dari lebih 380 undi perwakilan (Electoral College) walaupun beliau hanya perlu 270 undi. Dalam undi popular pula atau undi majoriti dari rakyat Amerika beliau mendahului McCain dengan 51 peratus atau lebih 5 juta undi berbanding McCain yang hanya mendapat 48 peratus undi.

John McCain akur dengan keputusan pilihanraya tersebut dan berkata rakyat Amerika telah bersuara dan sambil mengucapkan tahniah kepada Obama beliau berjanji akan membantu Obama menghadapi cabaran-cabaran yang bakal di hadapinya sebagai presiden nanti.

"Kita sudah samapi ke

penghujung perjalanan yang jauh. Warga Amerika telah bersuara dan mereka telah bersuara dengan jelasnya".

"Senator Obama telah mencapai kemuncak yang di harapkannya untuk negara ini. Saya menyanjung tinggi Obama atas kejayaannya", ujar John McCain sambil menyeru penyokong-penyokongnya agar sama-sama memberikan sokongan kepada Obama walaupun mereka kecewa dengan kekalahan mereka. (MHO)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.