LIMBARUH HIJAU 21 OKTOBER 2008 - BIRO Penyeledikkan dan Organisasi sedang menjalankan penyiasatan ke atas kemalangan bot di Temburong pada petang hari Ahad baru ini.
22 orang penumpang termasuk beberapa orang kanak-kanak terselamat dengan hanya mengalami cedera dalam kemalangan yang di katakan berlaku kurang lebih pada jam 5.30 petang.
Kesemua mereka di hantar ke hospital Bangar untuk rawatan sementara seorang lagi Awang Ilan bin Aguk, telah di kejarkan pada petang itu juga ke Hospital RIPAS di Bandar Seri Begawan untuk rawatan selanjutnya. Di beritakan Awang Ilan bin Aguk sudah mula sembuh dari kecederaannya.
Menurut Awang Ahmad Timpus, Pengerusi Bersama Biro Penyeledikkan dan Organisasi seramai lebih 10 orang dari yang terlibat merupakan ahli-ahli NDP.
Menurutnya mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Temburong setelah menghadiri majlis ramah mesra Hari Raya di Rumah Terbuka NDP di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.
"Kita belum pasti apa yang sebenarnya menyebabkan kemalangan tersebut. Ada laporan mengatakan bot tersebut terlanggar batang dan menghambat ke tepi sebuah tongkang sebelum ianya karam. Ada juga laporan mengatakan bot tersebut terbabas dan melanggar tepi tongkang tersebut sebelum ianya karam".
"Saya telah meminta bantuan beberapa orang ahli jawatankuasa biro untuk membuat penyeledikkan", jelas Awang Ahmad Timpus sambil menambah beliau mendapat tahu beberapa ahli NDP yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah banyak membantu menyelamatkan mangsa-mangsa dari mengalami musibah yang lebih buruk.
Sementara itu Timbalan Presiden NDP dan beberapa orang ahli-ahli NDP yang lain telah berkunjung melawat Awang Ilan bin Aguk di Hospital RIPAS pada malam Ahad sebaik sahaja mendengar berita kejadian tersebut.
Kelmarin petang Ayahnda Presiden NDP ke hospital RIPAS untuk melihat keadaan Awang Ilan bin Aguk.
Sdr Mahmud Morshidi Othman dan beberapa orang ahli-ahli Majlis tertinggi NDP dari Brunei-Muara, Tutong dan Belait pula berlepas ke Temburong untuk melawat ahli-ahli NDP yang terlibat yang masa ini masih menjalani rawatan di Hospital Bangar, Temburong.
Awang Ahmad Timpus yang juga turut melawat mangsa-mangsa kemalangan bot tersebut melaporakan mereka semua sejauh ini berada dalam keadaan baik.