LIMBARUH HIJAU 18 OKTOBER 2008 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) akan terus berusaha membantu menyelamatkan seni Pencak Silat sebagai warisan budaya orang Brunei dari terus pupus di telan zaman.
Dalam konteks ini NDP akan bersedia berkerjasama dengan mana-mana organisasi terutama Persatuan-Persatuan Silat Brunei dalam usaha mepertahankan dan mengangkat Pencak Silat kearah kedudukkan dan landasan yang lebih tinggi dan di hormati dari seni-seni mempertahankan diri yang lain di negara ini.
Kearah mengangkat semula martabat Pencak Silat ini, NDP berpendapat sudah tiba masanya Silat Cekak Asli Brunei yang telah di isitiharkan dan di gemilangkan sebagai pencak silat nasional di zaman pemerintahan Al Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien di perkasa dan di popularkan semula.
|

Major (B) Haji Jafar, Pengerusi Seminar menymapiak kata-kata aluan di awal seminar tersebut
|
NDP mensyorkan langkah permulaan ke arah matlamat tersebut ialah mengembalikan semula kegemilangan Pencak Silat di negara ini di mana pada satu ketika dulu ianya di pertandingkan dan di persembakan di perkarangan atau lapangan istan di hadapan Raja, Kerabatnya dan pembesar-pembesar negara.
NDP juga mensyorkan agar usaha dapat di ambil dalam kadar segera untuk menghidupkan semula program pendidikkan Silat Cekak Brunei sebagai co-curricullum atau kegiatan sampingan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikkan yang lain yang telah di perkenalkan satu ketika dulu.
NDP juga mensyorkan agar latihan seni Silat Cekak Brunei di perluaskan di kalangan belia-belia dan masyarakat umum serta di kalangan warga institusi-institusi keselamatan seperti polis, tentera dan pekerja-pekerja keselamatan yang lain yang pada masa ini telah di latih dengan seni bela diri yang bukan asal warisan Melayu.
NDP yakin dengan usaha sedemikian bukan sahaja warisan budaya Melayu ini dapat di pertahankan dan di mertabatkan lebih dari itu ianya akan dapat membantu usaha memperkukuh jati diri bangsa serta menjadi penyumbang kearah usasa memantapkan lagi sistem keselamatan dan pertahanan negara.
Begitulah atara lain resolusi yang di capai di 'Seminar Pencak Silat Melayu' anjuran NDP kelmarin.
Seminar ke arah memertabatkan Pencak Silat Melayu di adakan di Anjung Syura Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.
Lebih 30 orang peminat perislatan Melayu dari kalangan ahli-ahli NDP menghadiri seminar
|

Imran Razenberg, penceramah undangan dari Belanda mempersembahkan kebolehan beliau dalam ilum persilatan Melayu.
|
yang disampaikan oleh Peter Razenberg atau nama Islamnya Imran Razenberg dari Belanda.
Beliau yang telah mempelajari ilmu persilatan Melayu selama hampir 10 tahun dari perguruan persilatan Indonesia menyampaikan kertsa kerja bertajuk 'Persilatan Melayu Dari Prespektif Luaran'.
Beliau juga turut mempersembahkan kebolehannya dalam seni silat.
Awang Haji Md Zapar bin Haji Shmsuddin, ahli NDP yang memeggang jawatan Setiausaha Pehubungan NDP Brunei-Muara, Setiausaha Biro Hal Ehwal Ugama Pusat dan Ketua Jabatan Penerbitan dan Pencetakkan JASA Juga turut membentangkan kertas kerja.
|
|
|
Beliau, yang mempunyai pengalaman panjang dalam dunia persilatan Melayu Brunei, antara lain mengongsikan pengalaman dan pengetahuan beliau mengenai seni Silat Cekak Asli Brunei dan sejarah bermulanya persilatan sebagai seni bela diri di Brunei.
Seminar tersebut di adakan bagi tujuan mendokong cita-cita dan tujuan badan persilatan negara dalam memelihara dan mempertahankan silat sebagai satu sen budaya warisan orang-orang Brunei.
Ianya juag bertujuan untuk memberikan kefahaman yang luas serta memupuk semangat cintakan Pencak Silat kepada generasi muda di negara ini selain untuk memertabatkan dan memperkasakan Pencak Silat yang ada di negara ini berbanding dengan seni bela diri yang lain.
|
|