LIMBARUH HIJAU, Rabu- Ketua Biro Hal Ehwal Ugama Parti Pembangunan Bangsa Awang Haji Mohd Yunus bin Haji Mohd Suhaili, ketika ini terlantar di wad 20 Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Beliau berada di hospital tersebut setelah dipindahkan daripada wad sepuluh Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait dua hari lalu.
Majlis Program Usrah hari ini juga telah di akhiri dengan bacaan doa selamat bagi mendoakan semoga beliau cepat sembuh seperti sedia kala yang telah dibacakan oleh Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad, penceramah undangan.
Beberapa orang di kalangan Majlis-Majlis Tertinggi NDP dan juga peserta-peserta program hari ini yang berakhir setengah hari sahaja juga telah pergi untuk melawat Haji Mohd Yunus di wad tempatnya di rawat.
Sebelum itu Pengerusi Biro Penyelidikan dan Organisasi Awang Ahmad Timpus beserta Naib Presiden NDP Daerah Belait Awang Sulaiman Metarshad dan Ketua Biro Disiplin Dan Hisbah Haji Mohd Ali Haji Mohd Yusof serta Pengerusi Bersama Biro Hal Ehwal Pengguna Pengiran Ismail Pengiran Haji Ali serta beberapa orang jawatankuasa Badan Perhubungan Daerah Belait telah membuat kunjungan lawatan ke wad 10 di Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait sehari sebelum dia dipindahkan ke Bandar Seri Begawan.
Awang Haji Mohd Yunus ketika ini menjalani rawatan kerana masalaha kesesakan nafas yang di alaminya.
Anggota NDP keseluruhannya mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas dalam memperjuangkan bangsa dan negara bersama-sama NDP. Amin....(HSZ) |