Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

ISU PERUMAHAN

Masa depan lebih cerah bagi pemohon rumah

LIMBARUH HIJAU 15 OKTOBER 2008 - MASA depan 40,000 pemohon-pemohon rumah di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) dan Rancangan Perumahan Negara (RPN) nampak lebih cerah berikutan kenyataan yang di keluarkan oleh dua buah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Isnin lalu.

Menurut kenyataan berasingan dari Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Kerja Raya, usaha sekarang sedang di giatkan dan di gandakan untuk mempercepat lagi perlaksanaan projek-projek perumahan di kedua-dua skim tersebut.

Sasaran sekarang ialah sejumlah 2400 buah rumah setahun atau 12000 buah dalam jangka masa 5 tahun mendatang ini.

Sasaran terbaru ini menunjukkan tambahan sejumlah 600 unit atau sepertiga lebih dari jumlah awal iaitu 1,800 unit setahun (9000 unit dalam masa 5 tahun mendatang) seperti yang di sasarkan dalam rangka Rancangan Kemajuan Negara ke 9 di bawah Rangka Strategi dan Dasar Bagi Pembangunan (OSPD) 2007 - 2017.

Sasaran terbaru ini kurang jelas apakah ianya sudah mengambil kira rancangan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) untuk membina sejumlah 1000 buah rumah setahun di bawah skim 'fast track project management system'.

Projek perintis tersebut akan di laksanakan di sebuah tapak skim perumahan di daerah Belait. Akan tetapi sehingga kini belum dapat di sahkan laporan yang mengatakan sebuah kontraktor perumahan telah di tawarkan untuk mengendali projek tersebut.

Jika projek BEDB ini berjaya bermakna kerajaan akan mampu membina sejumlah lebih 3000 unit rumah setahun iaitu dua pertiga dari jumlah sasaran sebanyak 5,000 unit setahun yang di cadangkan oleh Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dalam 3 Kongres Agong parti pada 2006, 2007 dan 2008.

Walaupun sasaran terbaru ini belum menepati harapan NDP namun usaha mempercepatkan projek perumahan yang sedang di laksanakan sekarang cukup memberangsangkan dan selaras dengan harapan yang di suarakan oleh Ayahnda Presiden NDP semasa Kongres Agong NDP ke-3 Jun lepas.

Ayahnda Yasin Affandy dalam ucapatama Presiden NDP di kongres tersebut mengesyorkan agar kerajaan bertekad dalam tempoh OSPD pertama 2007 - 2012 ini untuk menyelesaikan semua masalah perumahan rakyat yang tertangguh sejak sekian lama.

Ini berhajat kepada satu pendekatan dan tindakan yang berani, tegas Ayahnda Presiden NDP.

Alhamdullilah syor NDP nampaknya di sambut baik dan tahniah di ucapkan kepada agensi-agensi bekenaan atas tindakan berani yang pasti akan mendatangkan hasil dalam usaha menangani masalah perumahan dalam masa 'injury time' yang memerlukan tindakan tegas dan cepat sebelum ianya menruncing dan susah untuk di tangani.

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Kemajuan Perumahan, Pengiran Haji Mohidin Pengiran Md Daud dalam persidangan media di pejabatnya tiga buah lagi kawasan RPN yang baru selain dua kawasan tambahan bagi RPN yang sedia ada akan di majukan dengan segera.

Kawasan RPN yang baru itu ialah RPN Mengkubau seluas 600 hektar dan RPN Kampung Salambigar di Daerah Brunei dan Muara seluas 105 hektar serta RPN Kampung Keriam, Tutong seluas 30 hektar.

Menurutnya lagi kawasan RPN tambahan pula adalah tambahan seluas 60 hektar bagi RPN Kampung Rimba dan tambahan seluas 8 hektar bagi RPN Kampung Lambak Kanan.

Dalam persidangan media berasingan pula, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Marzuke Haji Mohsen berkata bagi menampung keperluan rakyat yang dijangka mencecah setengah juta menjelang 2025, Kementerian Pembangunan akan meningkatkan pembinaan rumah.

Beliau berkata kementerian telah membuat perancangan bagi membina lebih daripada 12,000 buah rumah untuk disiapkan dalam RPN dan STKRJ di Rancangan Kemajuan Negara 2007-2012 dan juga baki rumah yang perlu disiapkan di bawah Rancangan Kemajuan Negara sebelumnya.

Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Pengarah Kemajuan telah diberi tanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan projek-projek perumahan di bawah STKRJ.

Pengiran Haji Mohidin menambah demi memenuhi keperluan perumahan yang meningkat dari setahun ke setahun, Jabatan Kemajuan Perumahan berharap akan dapat menghasilkan sejumlah 7,076 buah rumah dalam tempoh empat tahun di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) 2007-2012.

Daripada jumlah itu, 2,040 buah di RPN Kampung Meragang, 2,250 buah di RPN Kampung Tanah Jambu, 200 buah di RPN Kampung Lambak Kanan, 317 buah di RPN Kampung Bukit Beruang, 1857 buah di RPN Kampung Lumut/Sungai Liang, 288 buah di RPN Lorong Tengah Seria dan sebanyak 105 buah rumah di RPN Kampung Rataie Temburong.

Beliau berkata jabatan sedang menyediakan 962 reka bentuk baru teres dua tingkat di bawah RKN Ke-8 yang dijangka siap pada tahun ini dan tahun 2009/2010.

Jabatan juga sedang melaksanakan beberapa projek bagi kerja tanah dan infrastruktur di bawah RPN seperti di RPN Kampung Meragang, RPN Kampung Bukit Beruang Tutong, RPN Kampung Lumut/Sungai Liang, RPN Lorong Tengah Seria dan RPN Kampung Rataie Temburong, katanya.

Beliau berkata sejumlah $1.2 bilion telah diperuntukkan di bawah RKN 2007-2012 khusus bagi pelaksanaan projek RPN berkenaan termasuk lebih $438 juta di bawah RKN Ke-8 yang ditunda ke RKN 2007-2012.

Awang Marzuke pula berkata penyediaan tanah untuk perumahan awam adalah terhad disebabkan faktor geografi yang semakin susut dan perkembangan perbandaran.

Katanya projek-projek STKRJ di bawah RKN Ke 8 telah dilaksanakan dengan penyediaan lebih 1,400 lot tanah dan pembinaan 530 buah rumah.

Dengan peruntukkan yang diluluskan dalam RKN 2007-2012 ini, jabatan merancang pembinaan 2,263 unit perumahan lagi.

Menurutnya lima tapak perumahan STKRJ akan dimajukan iaitu kawasan perumahan STKRJ Kampung Sungai Buloh dengan 227 unit, kawasan Perumahan STKRJ Kg Tanah Jambu (339 unit), kawasan Perumahan STKRJ Kampung Katok B (908 unit), kawasan Perumahan STKRJ Kampung Mumong (113 unit) dan kawasan Perumahan STKRJ Kampung Lugu bagi sejumlah 676 unit.

Di bawah program pelaksanaan projek-projek ini, beberapa kaedah baru akan dilaksanakan bagi meningkatkan lagi prestasi penyerahan dan penggunaan aset tanah yang lebih efisien dan berdaya tahan, jelasnya.

Antaranya ialah pelaksanaan kerja dengan percantuman kerja infrastruktur dan perumahan secara serentak iaitu dalam satu kontrak sahaja dan pembahagian pakej kontrak lebih besar yang akan memberi peluang kepada pemborong-pemborong yang lebih berkeupayaan melaksanakan kontrak berkenaan.

Dengan adanya pakej-pakej yang lebih besar, ia juga memberi peluang bagi penggunaan teknologi pembinaan baru seperti sistem tuang siap, yang secara langsung akan mempercepatkan lagi pembinaan dan meningkatkan kualiti bangunan perumahan.

Selain dari itu, JKR dan Jabatan Kemajuan Perumahan juga sedang meneliti konsep-konsep baru perumahan yang bersesuaian untuk meningkatkan jumlah unit perumahan di estet-estet perumahan yang ada pada masa ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.