Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

KHABAR DARI WASHINGTON

WASHINGTON D.C 29 OKTOBER 2008 - Di takdirkan calun presiden Barack Obama kalah dalam perlumbaan ke Rumah Puteh yang sedang rancak berjalan sekarang, kekalahan nya itu bukan kerana ia berkulit hitam tetapi mungkin kerana ia di lihat masih hijau untuk memimpin AS yang sedang menghadapi krisis ekonomi yang paling teruk dalam sejarah.

2 ahli panel memberikan taklimat bertajuk 'Role of Political Parties and Trends in Election 2008'

Secara umumnya isu warna kulit bukan lagi merupakan isu besar bagi rakyat Amerika yang di katakan sudah mencapai kematangan yang tinggi dalam hidup berbangsa dan bernegara dalam masyarakat liberal yang berbilang kaum, bangsa, agama dan pegangan politik.

Dalam pilihanraya kali ini isu ekonomi merupakan antara isu pilihanraya besar dan teratas. Kemampuan calun-calun presiden menyakinkan pengundi akan kebolehan mereka menyelamatkan rakyat dan negara dari kemelut ekonomi ini jika menjadi presiden akan menjadi penentu nasib mereka dalam pilihanraya bersejarah yang akan berlansgung pada 4 November ini.

Dalam hal ini ramai cendrung melihat John Mc Cain sebagai sudah masak dan berpengalaman untuk menjadi presiden AS berbanding dengan Barack Obama yang di lihat masih hijau dan kurang pengalaman.

Namun demikian ramai juga yang kurang menaruh kepercayaan kepada calun republikan John Mc Cain yang dilihat sebagai kesinamubnagan dasar pengurusan dan pentadbiran Presiden George W. Bush yang telah di persalahkan atas masalah ekonomi yang sedang melanda AS hari ini.

Bagi Senator Barack Obama pula walaupun ia di pandang belum cukup pengalaman namun kehadirannya dalam perlubaan ke Rumah Puteh kali ini sahaja sudah cukup untuk menjanjikan perubahan kepada rakyat Amerika yang secara umumnya sudah cukup bosan dengan pimpinan Presiden Bush.

Rakyat Amerika, terutama generasi muda dahagakan perubahan justeru kehadiran Obama di lihat sebagai simbol perubahan yang menjanjikan masa depan yang lebih baik kepada AS, tegas 2 ahli panel, Mr Frank Fahrenkopf Jr, Co-chariman, Commission on Presidental debates dan Governor James Blanchard di sesi taklimat bertajuk 'Role of Political Parties and Trends in Election 2008' kelmarin Selasa.

Wakil NDP menghadiri seminar 'Campaign Strategy' di Tylers Room di Mariott Hotel Washington.

Sesi taklimat yang di hadiri oleh hampir 100 peserta-peserta IVLP - I-Vote 2008 termasuk Malai Hassan Othman, wakil NDP dari Brunei di adakan di bilek persidangan Thurgood Marshall Ballroom South di Marriot Hotel Washington.

Sesi taklimat di sebelah pagi itu di ikuti dengan sesi taklimat mengenai strategi kempen pilihanraya oleh Ms Nancy Bocskor, seorang pakar perunding bidang politik beraliran demokrat.

Peranan media terutama peranan media blogs dan internet dalam pilihanray juga di taklimatkan sambil peserta-peserta menikmati jamuan tengah hari. Sesi taklimat tersebut di sampaikan oleh Bill Nichols, Pengarah Urusan Politico, media berita internet paling berpengaruh di AS.

Di sebelah petang peserta-peserta IVLP - I-Vote 2008 mengahdiri taklimat lagi mengenai peranan institusi kaji selidik seperti Gallup Poll dalam perjalanan pilihanraya presiden AS 2008.

Seminar bertajuk 'Polling and Political Campaigns' di adakan di bangunan Gallup, badan kaji selidik terbesar di AS.

Seminar bertajuk 'Polling dan Political Campaigns' di adakan di bangunan Gallup, institusi kaji selidik terunggul di AS

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.