Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

KHABAR DARI WASHINGTON

WASHINGTON D.C 29 OKTOBER 2008 - RAMALAN cendrung menunjukkan calun presiden Barack Obama pasti memenangi pilihanraya presiden kali ke 55 dan John Mc Cain akan kalah teruk.

Peserta-peserta IVLP - I-Vote 2008 menghadiri seminar membincangkan sistem federal dan sistem politik AS di bilek persidangan State Department AS di Washington

Wakil NDP di seminar antarabangsa yang di hadiri oleh hampir 100 peserta yang mewakili 150 buah negara dari seluruh dunia

Walaupun ramai pemerhati politik tempatan dan di arena antarabangsa termasuk kita di Brunei yakin ianya akan menjadi kenyataan namun memandangkan sistem politik dan sistem pemilihan di AS yang agak rumit (complicated) keputusan akhir boleh sahaja menghampakan harapan untuk melihat buat pertama kali dalam sejarah AS calun kulit hitam menjadi presiden ke 44 AS.

Perkara ini di dedahkan oleh Arkan Elias, Presiden dan CEO Capital Communications Group Inc di seminar bertajuk 'The U.S System of Government yang di hadiri oleh peserta-peserta IVLP - I-Vote 2008 kelmarin.

Menurut beliau walaupun jelas di lihat beratus ribu rakyat AS memberikan sokongan kepada calun presiden Barack Obama berbanding John Mc Cain yang sejauh ini hanya dapat mengumpulkan puluhan ribu penyokong namun pengalaman menunjukkan tidak semua akhirnya membuang undi untuk calun presiden yang nampak lebih popular.

Banyak elemen-elemen penentu yang lain yang akan menentukan nasib Barack Obama termasuk perkara yang melibatkan sistem federal yang menghadkan kuasa kerajaan pusat dan presiden keatas kerajaan negeri, penguasa-penguasa provinsi dan daerah-daerah kecil yang mempunyai kuasa autonomi mentadbir dan mengurus kawasan masing-masing.

Di sesi seminar tersebut peserta-peserta juga di berikan taklimat terperinci mengenai sistem kerajaan AS serta proses membuat keputusan (decision making) dalam sistem yang 'decentralized' dan sisstem kerajaan terhad (Limited Government) yang di amalkan di AS.

Juga turut dibentangkan ialah sistem politik AS dan isu-isu pilihanraya 2008 oleh Professor David King, pensyarah dari John F. Kennedy School of Government, Harvard University.

Professor David King dari Harvard University memberikan taklimat mengenai pilihanraya AS di seminar antarabangsa yang di hadiri hampir 100 peserta IVLP - I-Vote 2008

Seminar di adakan di dewan konferensi U.S Department of State di Washington.

Peserta-peserta IVLP - I-Vote 2008 kelmarin juga di rayakan di satu majlis makan tengah hari di tempat yang sama.

Majlis makan tengah hari di State Department

James K. Glassman, Under Secretary, Public Diplomacy and Public Affairs di U.S Department of State menjadi tuan rumah di majlis makan tengah hari tersebut.

Di sebalah malamnya peserta-peserta di rayakan di satu majlis makan malam oleh Ambasador Stuart Holliday, Presiden Merridian International Center, rakan strategik program IVLP - I-Vote 2008.

Bergambar ramai bersama peserta-peserta IVLP - I-Vote 2008 di majlis makan malam yang di adakan di pejabat Merridean International Center di washington D.C

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.