Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

KHABAR DARI WASHINGTON

WASHINGTON D.C 27 OKTOBER 2008 - WALAPUN ramai kami tidak cukup tidur dan keletihan melalui perjalanan yang panjang untuk sampai ke Washington namun ianya bukan alasan untuk tidak hadir di sesi taklimat program IVLP I-Vote 2008 yang telah di adakan kelmarin Ahad iaitu kurang 24 jam setelah kami melapor diri di Marriott Wardman Park Hotel yang terletak tidak jauh dari Rumah Puteh.

Pegawai-pegawai petugas yang mengendalikan program memberikan taklimat kepada kumpulan Minessota

Sesi taklimat di adakan di hotel tempat kami menginap buat beberapa hari akan datang ini sebelum kami bertolak ke medan-medan tempur untuk menyaksikan peringkat terakhir calun presiden Barack Obama dan John Mc Cain berkempen di kawasan-kawasan panas ini.

Di sesi taklimat tersebut peserta-peserta berbincang mengenai kegiatan-kegiatan dan aktiviti-aktiviti yang akan di adakan sepanjang musim program.

Semuanya sudah diatur dengan rapi bagi memastikan program 2 minggu itu mencapai matlamatnya.

Peserta program seramai 93 orang yang mewakili negara-negara dari seluruh dunia di bahagikan kepada 5 kumpulan.

Kumpulan kami di kenali sebagai kumpulan Minnesota manakala kumpulan lain di kenali dengan nama-nama negeri atau kawasan panas seperti, kumpulan Florida, Ohio dan lain-lain.

Di sepanjang musim program ini nanti kami akan di dedahkan kepada proses pemilihan di AS dengan menyaksikan peringkat akhir kempen pilihanraya sambil mengkaji impak politik tempatan keatas dasar luar AS.

Kelmarin juga peserta-peserta di bawa melawat sekeliling kota Washington, kota pengurusan dan pentadbiran kerajaan AS.

Semasa berada hadapan Rumah Puteh, rumah kediaman rasmi Presiden AS, kami berpeluang menyaksikan satu demonstrasi kecil sedang berlangsung dan Capitol Hill pula kerja-kerja pembaikkan sedang di jalankan sebagai persediaan untuk acara rasmi pertabalan Presiden AS yang baru nanti.

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.