Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Keharmonian politik mendorong keutuhan ukhuwah

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
bhagama@bharian.com.my

ISLAM diutuskan ke alam semesta untuk membentuk umat manusia yang bersatu padu, bertoleransi serta saling berganding bahu meneruskan kehidupan ke arah kesejahteraan dan keamanan sejagat.

Oleh sebab itu antara misi utama Rasulullah SAW sebaik menjejakkan kaki di Madinah ialah mempersaudarakan masyarakat Ansar Madinah dengan Muhajirin dari Makkah yang memerlukan perlindungan selepas mereka berhijrah ke sana sehelai sepinggang.

Mesej tersurat dan tersirat di sebalik misi itu ialah memupuk ikatan persaudaraan kukuh lagi unik berdasarkan ketakwaan yang kudus kepada Allah. Pendek kata, ketundukan dan pengabdian terhadap perintah Allah menjadi keutamaan dan mengatasi kepentingan lain.

Hasilnya, lahir generasi Rabbani di bawah pimpinan Rasulullah SAW, mengorak langkah gemilang mencipta kejayaan demi kejayaan dalam segala lapangan hidup. Dari sini jelas Islam bukan al-din yang menganjurkan persaudaraan kepada satu kaum saja, sebaliknya bersifat sejagat melewati sempadan kaum, bangsa, bahasa dan negara.

Sifat kesejagatan itu dapat dilihat dengan jelas menerusi layanan sama rata oleh Rasulullah SAW kepada sahabatnya yang berasal daripada pelbagai bangsa, keturunan dan warna kulit. Perbezaan yang wujud tidak menghalang Rasulullah SAW melahirkan masyarakat madani yang kuat dan mampu memikul amanah Islam ke seluruh pelosok bumi Allah ini.

Sejurus selepas Rasulullah SAW menubuhkan negara Islam di Madinah, Baginda merangka Piagam Madinah bermatlamat mencipta keharmonian politik dengan kesejahteraan hidup bermasyarakat majmuk.

Masyarakat Madinah adalah contoh terbaik kerukunan hidup bernegara mahupun beragama. Piagam Madinah bertindak sebagai medium konkrit yang menyatukan pelbagai golongan, ras, suku dan agama sebagai masyarakat majmuk yang harmoni sepanjang sejarah.

Dalam konteks ini, Islam memainkan peranan penting membangun peradaban yang terbilang seperti dibuktikan Rasulullah SAW dan sahabat selepasnya. Dalam Islam, iman, amal dan akhlak adalah ramuan utama melonjakkan generasi terdahulu ke arah kegemilangan dan kesejahteraan.

Muslim yang mantap iman dan terpuji akhlaknya pantang berbuat sesuatu yang mengeruhkan keharmonian masyarakatnya kerana menginsafi segala gerak geri dan perbuatannya dipantau Tuhan Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Sedangkan amalan jenayah, rasuah, sikap prejudis dan penindasan yang berleluasa dalam masyarakat berpunca daripada ketiadaan iman yang mapan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan.” (Surah al-A’raf, ayat 96)

Tegaknya sesebuah peradaban kerana tonggak iman, amal dan akhlak bertapak kukuh dalam kehidupannya. Hancur sesebuah peradaban kerana masyarakatnya menghadapi krisis iman, amal dan akhlak yang meruncing.

Oleh itu, Islam melarang sebarang penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan akidah dan kepercayaannya. Islam ialah al-din yang bersifat rahmat kepada sekalian alam

Firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107)

Rasulullah SAW berjaya mencipta masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Islam, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin untuk hidup bersatu serta bermuafakat di bawah naungan pemerintahan Baginda.

Baginda SAW kerap menziarahi orang sakit dan mengunjungi orang yang meninggal biarpun berlainan agama. Perbezaan akidah tidak menyebabkan permusuhan dan pertelagahan antara kaum, sebaliknya mereka saling bekerja sama membangunkan Madinah dalam sektor ekonomi, sosial, pertahanan dan keamanan negara.

Tindakan ini selaras firman Allah yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahinah, ayat 8)

Jelas di sini Islam tidak melarang umatnya mengadakan hubungan intim dan diplomasi dengan kaum lain dalam perkara yang membawa kebaikan serta manfaat kepada umat manusia sejagat asalkan mereka bukanlah daripada kalangan orang yang memusuhi Islam.

Di samping itu, Islam memerintahkan umatnya menonjolkan ketrampilan akhlak terpuji dan terbaik kepada kaum lain supaya dapat diserlahkan sebagai agama bersifat toleransi di samping membuka pintu hati bukan Islam terhadap keindahan agama itu.

Seterusnya, sudah menjadi tradisi umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW sebagai umat yang terbaik dilahirkan Allah di bumi untuk menghembuskan roh kedamaian dan kerahmatan supaya dapat dihirup penghuni alam semesta ini.

Keadaan ini tidak bermakna Islam memerintahkan umatnya memaksa seluruh manusia menganut Islam dalam kehidupan mereka, sedangkan Allah menegaskan tidak ada paksaan dalam Islam.

Inilah rahsia kejayaan Rasulullah SAW dan generasi selepasnya membentuk masyarakat majmuk yang bermuafakat dan bersatu padu dalam mengharungi cabaran hidup penuh pancaroba. (BHM)

 
 
 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.