TIDAK dapat di bayangkan apa akan terjadi jika calun presiden dari Parti Demokrat Barack Obama kalah dalam pilihan raya presiden yang akan di adakan beberapa jam lagi.
Pilihan raya kali ini sangat hebat dan tidak pernah di saksikan sebelumnya. Kempen-kempen yang di jalankan oleh kedua-dua Parti Demokrat dan Republikan penuh bersemangat dan banyak memainkan sentimen dan emosi rakyat.
Rata-rata hingga ke saat akhir ini majoriti rakyat Amerika terutama golongan muda dan kumpulan yang berpendapatan sederhana dan rendah mahu calun demokrat, Barack Obama menang dan menjadi Presiden Amerika ke 44.
Rata-rata rakyat Amerika sudah bosan dengan pimpinan ala Presiden George W. Bush yang mereka persalahkan atas kegagalan ekonomi Amerika yang telah merundum sepanjang 8 tahun lalu di bawah pentadbiran Bush.
Justeru mereka dahagakan perubahan dan mereka yakin Barack Obama boleh membawa perubahan yang mereka cita-citakan itu.

Alfranken, calun senator Parti Demokrat berkempen di sebuah kolej di Minneapolis. Kebangkitan penuntut-oenutut universiti dan kolej menjanjikan kemenangan kepada Barack Obama.
|

John Phiri, Pengarah Urusan Global Justice dari Zambia merupakan salah seorang peserta I-Vote sedang menemuramah penuntut kolej mengenai dengan penglibatan mereka dalam pilihanraya presiden AS.
|
Calun Parti Republikan, John Mc Cain pula mereka lihat sebagai pengikut setia Presiden Bush walaupun John Mc Cain dalam kempen-kempennya berusaha sedaya upaya untuk menjarakkan diri dari Bush.
Mereka yakin jika mereka memilih John Mc Cain bererti Amerika akan di pimpin oleh pentadbiran yang sama dan akan terus berada di landasan yang salah.
Namun apa pun pandangan umum terhadap calun Parti Republikan itu, kem John Mc Cain tetap terus berjuang mempertahankan calun mereka sebagai calun yang paling layak berbanding Barack Obama yang mereka tuduh sebagai sosialis yang akan menghancurkan masa depan Amerika.
Tuduhan ini mereka itu berasaskan atas janji Barack Obama untuk menaikkan cukai pendapatan golongan kaya dan mengagihkan pendapatan cukai tersebut kepada golongan masyarakat yang terpinggir dari arus pembangun ekonomi AS.

Bergambar ramai di samping bas kempen calun Demokrat Barack Obama yang berkunjung ke sebuah kolej di Minneapolis
|

Bergambar bersama Al Franken, calun senat Demokrat. Dari Kiri Dr Nassar, Penolong Speaker Dewan Parlimen Jordan. Al Franken, penulis, dan John Phiri, Pengarah Urusan Global Justice Zambia.
|
Bermacam-macam lagi lah tuduhan mereka lemparkan untuk menjejaskan kredibiliti Barak Obama - dari kempen ekonomi nya yang di anggap tidak konsisten, kisah derita makcik nya yang miskin dan tinggal secara haram di Amerika hinggalah mengenai kakinya yang kurus dan kecil.
Pendeknya antara kem Demokrat dan Republikan, kempen kem calun presiden John Mc Cain lebih banyak berkempen secara negatif untuk menjejaskan kredibiliti Barack Obama.
Tapi pemerhati politik dan penganalisa-penganalisa perjalanan pilihanraya rata-rata berpandangan hingga ke saat akhir ini memang agak sukar bagi John Mc Cain mengalahkan Barack Obama.

Ms Jane Mc Clure Hakim Pilihanraya di Henepin County di Minneaplois sedang memberikan taklimat mengenai pengundian yang akan di jalankan di kawasan undi beliua kepada peserta-peserta I-Vote 2008.
|
Tinjauan pendapat menunjukkan sokongan kepada Barack Obama meningkat berbanding pencabar daripada Parti Republikan, John Mc Cain.
Dalam tinjauan kelmarin, Gallup mendapati calon Demokrat itu mendahului dengan 52 peratus sokongan berbanding 42 peratus untuk John Mc Cain.
"Entahlah apa akan terjadi jika Barack Obama kalah. Saya tidak berani membayangkannya", ujar Carina Black, Pengarah Pusat Antarabangsa Northern Nevada (NNIC) yang menjemput kami di lapanganterbang Nevada sebaik kami tiba di Reno untuk menyakiskan proses pengundian esok di kota kecil yang di anggap antara medan tempur penentu nasib Barack Obama dan John Mc Cain.
Menurut nya di Nevada sahaja seramai 600,000 pengundi dari hampir 1.2 juta pengundi yang berdaftar sudah awal lagi membuang undi dan hampir 100 peratus memilih Barack Obama.
Katanya lagi pilihan raya kali ini menyaksikan kebangkitan beratus ribu golongan muda yang dulunya tidak berminat langsung dengan politik dan pilihan raya.
Mereka terus berkerja keras berkempen dari rumah ke rumah dan di universiti-univerisiti untuk mempastikan Barack Obama menang. Mereka menaruh harapan akan masa depan yang lebih cerah dibawah pimpinan Barack Obama.
Apa yang turut membimbangkan banyak pemerhati, pilihan raya kali ini banyak memainkan sentimen rakyat terutama generasi muda dan golongan terpinggir mengenai isu kegawatan ekonomi AS, isu sosial dan perang Iraq yang semuanya berpunca dari dasar pentadbiran Bush, jelasnya lagi.
"Kita berserah kepada tuhan agar semuanya berjalan dengan baik dan tidak kira siapa menang atau kalah tidak ada perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku", keluh Carina Black. MHO

Devin Henry penuntut Universiti Minneasota, baru berumur 19 tahun aktif dalam jurusan kewartawanan sedang memberikan taklimat berhubung peranan akhbar Minnesota Daily yang di kendalikan oleh penuntut-penuntut universiti dalam proses pilihanraya Presiden AS
|
|
|