MINNESOTA 31 OKTOBER 2008 - BEKAS Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton semalam berkempen bagi pihak calun presiden Barack Obama di Minneapolis dan St Paul, negeri yang di kenali sebagai kota kembar Minnesota dan secara tradisi merupakan kubu kuat kem republikan.

Dengan hanya tinggal 4 hari lagi pilihanraya bersejarah AS akan berlangsung iaitu pada 4 November ini, Bill Clinton dan orang-orang kuat demokrat yang lain tidak membuang peluang untuk membangkitkan semangat penduduk Minneapolis dan St. Paul terutama dari kalangan generasi muda untuk memastikan kemenangan Barack Obama dan demokrat.


Lebih 2000 penyokong-penyokong parti demokrat hadir di rapat umum tersebut.
Walaupun rapat hanya bermula pada 7.30 malam namun ramai penyokong yang sudah hadir sejak jam 3 pertang lagi.
Peserat-peserta IVLP - I-Vote 2008 termasuk wakil NDP dari Brunei yang baru tiba di Minnesota setelah 5 hari berada di washington D.C juga turut di bawa ke pusat persidangan untuk menyakiskan rapat umum tersebut.
Semangat penyokong-penyokong Barack Obama dan demokrat berkobar-kobar mendengarkan pidato Bill Clinton dan rakan-rakan yang lain.

Mesej yang cuba di sampaikan ialah Barack Obama sebagai pembawa perubahan dan peluang tersebut boleh sahaja terlepas jika penduduk Minnessota tidak memastikan Barack Obama menjadi presiden dan memastikan calun-calun demokrat di Minnesota juga turut berjaya memenangi kerusi-kerusi senat yang juga turut di pertandingkan.

Laporan terkini menunjukkan persaingan antara Barack Obama calun demokrat dengan John Mc Cain calun republikan semakin sengit.
Di pusingan akhir menuju 4 November ini kem demokrat dan republikan melipatgandakan usaha untuk merebut undi dari medan-medan tempur atau kawasan-kawasan panas seperti di Minneapolis (Minnesota), Denver (Colorado), Miami (Florida), Columbus (Ohio) dan St Louis (Missouri).
Semua kawasan medan tempur ini di katakan sebagai kawasan penentu akan kalah menang calun demokrat dan republikan walaupun keputusan akhir tinjauan-tinjauan badan-badan kaji selidik sejauh ini menunjukkan Barack Obama jauh mendahului John Mc Cain. |