Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

KERJASAMA PERTAHANAN  BRUNEI-MALAYSIA

Perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini menunjukkan bahawa semakin banyak kemajuan telah dicapai dalam hubungan diplomatik antara dua buah negara berjiran iaitu Brunei dan Malaysia.

Pada bulan Ogos 2008 yang lalu kita menyaksikan berlangsungnya Rundingan Tahunan Brunei-Malaysia ke-12 di mana kedua-dua negara nampaknya semakin mempamirkan komitmen serta persefahaman ke arah menyelesaikan segera semua masalah yang timbul, di samping dalam masa yang sama, berikrar untuk meningkatkan hubungan erat di antara satu sama lain.

Resolusi Rundingan Tahunan Brunei-Malaysia ke-12 itu, memperlihatkan kesungguhan kedua-dua negara bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang yang dianggap kritikal bagi Brunei dan Malaysia, termasuklah membabitkan isu-isu persempadanan, pertahanan dan keselamatan.

Dari aspek pertahanan dan keselamatan ini, terdapat beberapa siri kerjasama sebenarnya telah dilakukan.

Penglibatan pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersama-sama pegawai-pegawai kanan tentera Libya dalam Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Mindanao, Filipina yang berada di bawah tajaan Malaysia mungkin boleh dijadikan contoh satu unsur kerjasama pertahanan yang sudahpun terjalin antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

Demikian juga halnya dengan penyertaan anggota tentera kita dalam misi pengaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – Malcon West 1 di Lubnan baru-baru ini yang dilihat amat tepat pada waktunya dalam keadaan negara-negara Islam berada dalam kemelut dan ketegangan yang memerlukan bantuan dari negara lain. 

Selain daripada usaha yang dianggap penting dalam membina hubungan baik antara kedua-dua negara, sinergi dari usaha kerjasama ini juga adalah amat kritikal dalam konteks yang lebih luas di peringkat global mutakhir ini.

Tidak dapat dinafikan, manfaat daripada kerjasama seperti ini amat banyak samada kepada individu terbabit, kepada pasukan tentera dan juga negara.

Penyertaan tentera Brunei dalam kedua-dua misi di atas sudah tentunya akan memberikan manfaat yang banyak kepada negara, khususnya dari sudut pendedahan tentera kita kepada hal-hal berkaitan pengurusan keamanan di negara-negara atau kawasan-kawasan yang dikenal pasti menghadapi konflik keselamatan.

Di Mindanao, tentera kita  berpeluang mempelajari banyak perkara baru dalam persekitaran keselamatan yang amat mencabar di sana terutama sekali selok belok dan peranan mereka dalam “misi pengaman” dan juga selok belok perundingan keamanan yang cuba diusahakan oleh Malaysia selaku penaja kepada Jawatankuasa Koordinasi Pemberhentian Keganasan sebaik sahaja kedua-dua pihak, tentera Filipina dan MILF, bersetuju melaksanakan gencatan senjata antara satu sama lain.

Peranan serta pengalaman Malaysia yang begitu banyak dalam membantu mencari perdamaian di wilayah selatan Filipina yang bergolak sejak tahun-tahun 1990an lagi sudah pastinya akan  dapat dikongsi bersama dengan tentera kita yang beroperasi di sana.

Di Lubnan pula, pengalaman Malaysia dalam mengendalikan tugas-tugas pengaman di rantau Asia Barat dengan ragam manusia serta bentuk geografi yang begitu asing berbanding dengan apa yang wujud di rantau kita sudah pastinya akan dapat membantu memberikan pengalaman yang cukup berharga kepada anggota-anggota tentera kita yang menyertai misi berkenaan.

Di satu sudut yang lain pula, penglibatan tentera kita dalam misi keamanan di negara saudara seagama kita itu sudah pasti dapat membantu mengharumkan nama negara Brunei Darussalam, khususnya di kalangan saudara-saudara kita di rantau Timur Tengah yang sebelum ini mungkin tidak begitu mengenali kita.

Di sebalik manfaat-manfaat dari sudut strategik dan pertahanan yang boleh kita ambil melalui penglibatan tentera kita dalam pasukan tentera pengaman yang diterajui oleh Malaysia itu, terdapat beberapa manfaat lain yang mungkin turut terhasil dari kerjasama yang terjalin sejauh ini.

Paling jelas ialah peluang bagi kita untuk mendedahkan tentera kita kepada peranan kontemporari ketenteraan masa kini yang tidak lagi terbatas kepada tanggung jawab mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah daripada ancaman pencerobohan pihak luar semata-mata.

Sebaliknya, dalam konteks semasa perana itu perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas mencakupi penglibatan dalam membantu penyelesaian konflik dan krisis, kawalan persenjataan, perlucutan senjata, dan penyertaan dalam misi-misi pengaman antarabangsa.

Perubahan paradigm ini sewajarnya dilakukan selari dengan perubahan senario politik antarabangsa pasca Perang Dingin yang memerlukan pasukan keselamatan generasi baru yang dilengkapi bukan saja dengan skil serta kemahiran mengenai persenjataan tetapi juga berkemampuan melakukan pelbagai tugasan seperti pengaman dan bantuan kecemasan.

Pandangan yang diutarakan oleh Leftenan Jeneral Datuk Mohd Salleh Ismail, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu artikel berjudul “Tentera pertingkat keselamatan nasional” mungkin boleh kita perhalusi terutama bagi menjelaskan keperluan penglibatan tentera di dalam misi-misi pengaman antarabangsa kontemporari.

Dalam menjelaskan mengenai peranan tentera mutakhir ini, beliau antara lain menjelaskan bahawa kuasa ketenteraan adalah merupakan instrumen utama dalam membolehkan sesebuah negara menyedari matlamat polisi luar negara, mempertahankan keselamatan negara dan kestabilan politiknya dari ancaman samada berbentuk tradisional mahupun bukan tradisional serta menyokong peranan dan pembabitan negara di arena antarabangsa.

Peranan tentera di dalam peperangan pada zaman sekarang juga menurut beliau sudah menjadi semakin terhad dengan kebiasaan hanya dihalakan bagi mencapai objektif politik sahaja. Kebanyakan negara cenderung untuk mencari penyelesaian politik kepada pertikaian dan konflik yang berlaku dengan peranan tentera sekadar diguna pakai sebagai kaedah bagi membantu mencapai penyelesaiannya.

Walaupun peranan dilihat terbatas kepada usaha mencapai penyelesaian konflik, tidak dapat dinafikan bahawa tentera masih lagi menjadi elemen pemangkin kepada pencapaian objektif proses penyelesaian konflik yang ingin dicapai. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan aktiviti pengamanan di seluruh dunia pasca Perang Dingin yang berlaku dengan ketara.

Jika pada tahun In 1988 hanya terdapat 5 misi pengaman PBB di seluruh dunia, angka tersebut telah meningkat ketara kepada 18 pada tahun 1993. Angka ini terus meningkat dari masa ke semasa mengikut kepada keperluan di setiap negara.

Pandangan-pandangan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Malaysia di atas nampaknya seakan-akan mengesahkan langkah bijak Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dalam menyediakan tentera kita dengan peranan kontemporari ketenteraan yang semakin banyak menjurus kepada peranan dan kaedah menangani ancaman dan kegawatan yang kita perkatakan itu.

Dalam hal inilah juga, kita menaruh harapan serta keyakinan agar melalui penyertaan tentera kita dalam pasukan pengaman antarabangsa di bawah pimpinan tentera Malaysia itu, tentera kita nanti akan berupaya mempelajari aspek-aspek baru dalam konteks pengurusan konflik dan keamanan di peringkat antarabangsa – suatu aliran semasa yang nampaknya semakin menuntut.

Angkatan Tentera Malaysia sebagaimana yang kita maklum, sedia mempunyai pengalaman yang cukup banyak dalam pelbagai misi pengaman di peringkat antarabangsa.  Justeru melalui pengalaman serta kemahiran yang bakal digarap oleh tentera kita itu nanti, kita mengharapkan agar peranan, pendekatan serta konsep permodenan ketenteraan tentera kita juga akan turut bergerak selari dengan kebanyakan negara lain di dunia yang kini nampaknya semakin banyak terlibat dengan misi keamanan dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

Tidak lupa juga kita merakamkan kegembiraan diatas kecemerlangan pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang pernah menunjukkan komitmen dan prestasi cemerlang sebagai pasukan pengaman di Kembodia ditahun-tahun 1986-1987 dan  bantuan kemanusiaan yang dihulurkan di Acheh dan Yogyakatra beberapa tahun kebelakangan ini. 

Semua ini telah meletakkan Brunei Daraussalam didalam peta Negara-negara pencinta keamanan, justeru melaluinya  ABDB telah membuktikan betapa  dasar pertahanan Negara kita yang dinamik, maju dan bertenaga itu berupaya membantu menjayakan objektif dasar luar Negara dan meningkatkan prestij Brunei di peringkat rantau dan antarabangsa.

Untuk itu, tabek hormat NDP kepada ABDB yang dinamik dan yang jauh pandangan strategik. Kini rakyat Brunei Darussalam seluruhnya boleh melangkah kehadapan dengan penuh yakin bahawa dengan bantuan Allah SWT, strategi berkesan serta tahap profesionalisma AMDB yang tinggi bahawa AMDB akan berupaya  melindungi Institusi Kesultanan Brunei, Rakyat dan watan dari sebarang ancaman keselamatan samada yang datang dari luar atau dalam negeri sendiri, sama ada dalam bentuk tradisional atau non-tradisional.

Wallahu  a’alam (mmo)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.