TEMBURONG, 23 OKTOBER 2008 - Rombongan Himpunan Wanita (HAWA) Pusat bersama Presiden Parti Pembangunan Bangsa Ayahnda Yassin Affendy telah berangkat ke Temburong Selasa, untuk melawat beberapa orang mangsa bot penumpang yang terlibat dalam kemalangan di perairan Temburong yang berlaku pada Ahad lalu 19hb Oktober 2008.
Kunjungan tersebut yang diketuai oleh Ketua Himpunan Wanita Pusat Dyg Hjh Saemah turut di sertai oleh beberapa orang jawatankuasa Biro Penyelidikan dan Organisi serta Pengerusi Bersama Jawatankuasa Perhubungan Kaum Awg Peter Saging.
Dayang Eli Mastura Anak Thomas, 22 tahun, ahli jawatankuasa Pergerakkan Puteri Pembangunan (3P) NDP yang masih di rawat di Hospital Bangar, merupakan mangsa terbabit yang di kunjungi terlebih dahulu oleh rombongan tersebut. |
|
Rombongan telah disambut oleh Ketua Himpunan Wanita Daerah Temburong Dyg Rasiah binti Burut dan suami Ketua Himpunan Non Muslim Awg Serudin bin Pungut serta beberapa ahli jawatankuasa Badan Perhubungan Daerah itu.
Dyg Eli anak kepada salah seorang ahli jawatankuasa penggerak HAWA Pusat masih terlantar di wad tempatnya di rawat kerana masih menunggu keputusan pemeriksaan x-raynya daripada Hospital RIPAS Bandar Seri Begawan.
Ketika ditemui Dyg Eli menceritakan bahawa bot yang mereka tumpangi itu dikemudi dengan laju, dan kejadian berlaku begitu pantas sehingga dia tidak sedarkan diri buat beberapa saat kemudian setelah sedarkan diri dia mendapati semua penumpang dalam keadaan kelam kabut dan bertimpa-timpa antara satu sama lain.
 |
Menurutnya setelah melihat keadaan itu tanpa menghiraukan kesakitannya dia terus membantu mengeluarkan beberapa orang penumpang termasuk dua orang warga emas yang juga di kalangan ahli NDP, dengan memecahkan cermin bot dia juga sesegeranya membuang beberapa buah jaket keselamatan ke dalam air untuk digunakan oleh |
penumpang yang sudah berada dalam air.
“Saya juga cuba untuk duduk di atas depan perahu, dengan harapan perahu tidak tenggelam tetapi saya gagal, saya terus menjerit ke arah pengemudi untuk turut memberikan bantuan kepada penumpang, manakala saya turut terlihat tiga orang penumpang lelaki muda (bukan ahli NDP) berenang ke tebing tanpa menghiraukan untuk memberikan bantuan” ceritanya.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 5:00 petang di kawasan selekoh Tanjung Kampung Menengah Temburong, apabila bot penumpang melanggar kapal, untuk mengelak daripada bot masuk ke bawah kapal pengemudi melencongkan tajam botnya lalu bahagian belakangnya menghentam baj yang membawa batu kerikil yang melalui perairan itu.
Turut di kunjungi ialah empat orang lagi ahli NDP yang terlibat dalam kemalangan itu di rumah mereka di Kampung Sumbiling Temburong.
Salah seorang daripada mereka yang di lawat ialah warga emas yang mengalami kecederaan patah bahagian tangan dan cedera di kepalanya, sementara anak buahnya juga mengalami cedera di sebelah tangan serta seorang lagi ahli puteri juga turut cedera ringan dalam kejadian itu.
Sementara itu melalui siasatan pihak jabatan berkenaan mendapati dalam kejadian berlaku pada 19hb Oktober lalu, kira-kira 80 peratus punca kemalangan itu diakibatkan oleh kecuaian manusia, manakala 15 peratus di akibatkan oleh mesin atau peralatan dan lima peratus lagi adalah diakibatkan alam semulajadi.
Empat kesalahan yang didapati menyumbang kepada berlakunya kemalangan itu iaitu tiada pencaruk, tidak memakai jaket keselamatan, tidak mematuhi peraturan yang dipelajari dan tidak memaklumkan kepada Jabatan Laut apabila berlakunya kemalangan.
Pegawai Jurutera Laut Haji Rosman Haji Untung disiarkan ke dalam media tempatan sebagai berkata kegagalan memaklumkan kemalangan adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 23, peraturan-peraturan Perkapalan Pedagang (Kapal Pelabuhan dan Pelesiran) 1986 kerana peraturan itu menghendaki pengemudi kapal memaklumkan mengenai kemalangan dalam tempoh 24 jam selepas berlaku kemalangan.
Sementara itu Pegawai Jenayah Polis Temburong ASP Sabut Adi pula berkata melalui pemantauan dan pengalamannya sendiri mendapati pengemudi baj membawa batu kerikil yang melalui perairan Temburoang tidak mempunyaia masalah dan sentiasa patuh kepada peraturan sedangkan pengemudi bot pen8umpang pula di dapati sering berlumba dengan penumpangnya pula tidak memakai jaket keselamatan (HSZ).
|