LIMBARUH HIJAU 18 OKTOBER 2008 - HARI ini Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Guru yang lazimnya jatuh pada setiap 23 September.
Memandangkan 23 september yang lalu jatuh pada bulan Ramadhan sambutan perayaan pada tarikh tersebut di tunda kepada hari ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di jangka akan berangkat merasmikan perayaan sambutan hari yang penuh bermakna ini.
Negara Brunei Darussalam telah mula menyambut Hari Guru pada 23 September 1991 iaitu mengambil sempena ulang tahun Hari Keputeraan Al-Mahrum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien bagi mengenang jasa dan bakti baginda terhadap kemajuan bidang pendidikan di Negara Brunei Darussalam .
Pada tahun ini Hari Guru di sambut buat kali ke-18. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Pembentuk Tunas Bangsa"
Tema tersebut sesuai dengan hasrat titah KDYMM sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 24 tahun "agar Tunas Bangsa mempunyai nilai yang tersendiri, menjadi tunas yang sihat, yang turut berusaha menwujudkan Negara yang bebas jenayah, mempunyai jati diri dan patriotik, mejadi pemimpin unggul dan menjadi modal insan berkualiti"
Dalam konteks titah tersebut jelas guru memainkan peranan dalam usaha membentuk tunas bangsa menjadi warga yang berpendidikan, matang, berdaya saing, prihatin, penyayang, hormat, siapsiaga, berdikari, berkeyakinan diri, bertakwa.
Mengambil kesempatan sambutan Hari Guru tahun ini NDP sukacita merakamkan mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru-guru dan pendidik tanah air atas sgala jasa bakti yang di curahkan untuk membina pelajar atau warga muda menjadi hamba Allah yang berilmu, bertakwa, patuh dan taat demi memenuhi cita-cita negara, bangsa dan agama.
Dan dalam sama-sama memperingati hari bersejarah ini seluruh warga NDP berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala agar mereka yang telah mendidik kita baik dari kalangan ibu bapa mahupun para guru mendapat rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wataala, kerana jasa merekalah kita menjadi pandai dan berilmu dan menjadi manusia yang berguna. Amin