Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Mendepanai isu kemiskinan

LIMBARUH HIJAU 14 OKTOBER 2008 - WALAUPUN isu kemiskinan di Negara Brunei Darussalam tidak seteruk mana berbanding dengan negara-negara lain namun pihak-pihak tertentu semacam belum berjaya mendepani isu sosial tersebut dari terus berleluasa.

Tidak di sangkalkan sejauh ini pihak-pihak berwajib dan anggota masyarakat yang lain termasuk orang awam dan golongan koporat memang peka dan perihatin akan nasib individu dan keluarga yang miskin ini.

Berbagai macam program bantuan telah di ungkayahkan oleh agensi-agensi kerajaan dan tidak kurang pula derma bantuan dari orang-orang persendirian, persatuan-persatuan dan syarikat-syarikat di negara ini yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan anggota masyarakat yang daif ini.

Namun kebanyakkan usaha dan inisiatif yang berkebajikkan tersebut sejauh ini adalah tindakan reaktif bukan proaktif justeru belum berjaya membawa golongan yang kurang bernasib baik ini keluar dari lembah kemsikinan.

Perkara ini di bayangkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddi Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah Baginda di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas kelmarin.

"Pada hemat Beta isu kemiskinan di negara ini belumlah separah di tempat lain di luar negara".

"Ia mungkin dapat dikendalikan dengan lebih efektif melalui kaedah praktikal yang bersesuaian dengan keadaan di negara ini"

"Cuma saja barang kali kita belum lagi menemukan atau belum mahu mencuba kaedah berkenaan," titah Baginda Sultan.

Baginda Sultan berpandangan lagi salah satu cara yang dikenal pasti untuk menangani masalah itu adalah menerusi penggunaan sumber alam oleh manusia kerana anggota masyarakat yang miskin adalah sebahagian kelompok berkenaan.

"Dalam konteks ini, Beta tertarik membaca The World Bank's Development Report 2007 yang menyatakan bidang pertanian mampu mengurangkan kadar kemiskinan secara efektif sebanyak empat kali ganda berbanding sektor ekonomi lain.

"Ini, tentu saja boleh menyuntik minda kita sebagai salah satu kaedah yang dapat dikembangkan bagi mengatasi masalah kemiskinan, di samping kaedah lain".

"Tinggal saja kita ini, mahu atau pun belum mahu lagi mencubanya," titah baginda.

Baginda Sultan juga bertitah remaja dan belia perlu didedahkan pada sikap kesukarelawanan kerana perkara itu akan memberi suntikan kesedaran kepada mereka untuk lebih peka dengan nasib anak bangsa yang memerlukan bantuan dan juga akan menipiskan sikap mementingkan diri mereka sendiri.

Baginda menekankan pembentukan sikap yang besar itu sangat mustahak terutama pada zaman yang amat pesat dengan pembangunan ini dan tidak mahu pembangunan itu melemahkan budaya masyarakat.

"Budaya orang Brunei ialah budaya muafakat dan budaya tolong-menolong dan perlu kuat serta terus diamalkan, tidak seperti di kebanyakan negara dunia hari ini yang agak lemah budaya itu dan digantikan oleh budaya berlepas tangan dan budaya nafsu-nafsi," titah Baginda

Baginda bertitah berdasarkan perkara itu Baginda memperkenankan penubuhan Majlis Kebangsaan Isu Sosial, bagi menangani masalah dan isu yang amat merunsingkan serta turut berperanan untuk menyelaraskan program yang dirancang oleh agensi yang terlibat supaya lebih berkesan dan teratur.

Sementara itu Baginda Sultan menyambut baik inisiatif Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menubuhkan Unit Sukarelawan pada 2005 yang pada masa ini mempunyai seramai 564 anggota yang terdiri daripada belia pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

Baginda juga bertitah Yayasan sebagai sebuah institusi sosial tidak dapat bergerak tanpa sokongan agensi kerajaan, swasta serta badan-badan luar kerajaan dengan Yayasan memerlukan kerjasama menerusi pendekatan rangkaian strategik dengan agensi dan badan berkenaan dalam memastikan keberkesanan pengurusan dan penyaluran bantuan sosial kepada masyarakat.

Baginda Sultan bertitah: "Apa yang kita buat ini, menepati tradisi kebanyakan institusi sosial di seluruh dunia kerana mereka mengendalikan program kemasyarakatan mereka melalui pendekatan yang dipanggil pendekatan strategik atau Strategic Alliances.".

Melalui pendekatan itulah kepakaran, sumber tenaga manusia dan sumber kewangan boleh digunakan secara maksimum untuk pembangunan yang berkesan, tegas Baginda Sultan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.