Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

GOSiP Raya - krisis ekonomi

SUASANA kemeriahan Hari Raya masih lagi dapat di rasai di Negara Brunei Darussalam walaupun hari ini (mengikut kiraan kalendar Islam di Brunei) sudah masuk 11 Syawal 1429.

Ramai saudara mara dan sahabat handai masih sibuk 'melanggar' rumah serta ada pula yang masih sibuk mengadakan rumah terbuka untuk bersama-sama kawan sepejabat berhari raya.

Dalam suasana gembira ini terasa risau juga melihat tidak sedikit pun kelihatan di wajah-wajah saudara mara dan kawan-kawan ini tanda-tanda kerisauan akan perkembangan semasa krisis ekonomi yang sedang melanda dunia hari ini.

Krisis ekonomi sejagat yang bermula dari krisis kewangan di Amerika Syarikat dan sekarang sudah merebak teruk ke seluruh dunia semacam satu benda asing bagi masyarakat di negara ini. Seolah-olah ekonomi Brunei dan penduduk di dalamnya kebal dan tidak mungkin turut terjejas.

Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa sehingga ke hari ini banyak ekonomi dunia dan institusi kewangan dunia yang di lihat kukuh dan tidak mungkin tumbang dulunya sekarang kecundang.

Di Amerika senidiri, 31 buah negeri termasuk California yang diakui sebagai lubok emas Amerika terjejas teruk oleh krisis kewangan ini.

Kesemua negeri ini sekarang terpaksa meminta bantuan kewangan dari kerajaan pusat untuk membayar gaji-gaji pekerja di sektor awam dan untuk membiayai keperluan pentadbiran seharian negeri-negeri tersebut.

Iceland pula sebuah negara di utara Eropah yang telah di iktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) sebagai antara negara termaju di dunia yang mempunyai penduduk seramai 320,00, orang minggu lepas di umumkan sudah muflis akibat hambatan krisis kewangan yang sedang melanda dunia hari ini.

Di dunia sebelah sini, Singapura pula menjadi negara Asia pertama mengalami kemelesetan akibat krisis ekonomi dunia tersebut.

Kerajaan Singapura telah mengkaji semula unjuran pertumbuhan ekonomi negaranya dan melonggarkan dasar monetari buat kali pertama dalam beberapa tahun.

Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura mengurangkan unjuran pertumbuhan untuk tempoh setahun kepada kira-kira tiga peratus berikutan kelembapan ekonomi global dan sektor ekonomi utamanya.

Langkah tersebut diambil ketika kementerian itu mengeluarkan data yang menunjukkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar menurun sebanyak 6.3 peratus pada suku ketiga selepas mengecut sebanyak 5.7 peratus pada suku sebelumnya, kata kementerian itu.

Dalam menghadapi kelembapan ekonomi, Lembaga Monetari Singapura (MAS) berkata bahawa ia telah melonggarkan dasar monetari buat pertama kali dalam tempoh lebih daripada empat tahun.

''Ekonomi Singapura telah lemah pada 2008, di samping kadar pantas bencana pasaran kewangan dan kelembapan dalam aktiviti ekonomi global,'' kata MAS.

Perkembangan tersebut bermakna ketidaktentuan baru dalam ekonomi Singapura, manakala pertumbuhan ekonomi Asia yang perlahan akan mengehadkan aktiviti dalam pelbagai industri perkhidmatan seperti pengangkutan dan pelancongan, katanya.

Di Indonesia pihak pemerintah dilaporkan hari ini sedang berusaha meluluskan 'decree' untuk memperkenalkan satu mekanisme untuk melindungi dan menyelamat institusi kewangan negara republik tersebut dari hambatan krisis ekonomi dunia yang teruk ini.

Dalam perkembangan terkini, pasaran minyak dunia juga turut runtuh dan membawa harga minyak dunia mejunam ke tahap US $78 setong, tahap paling rendah sepanjang 13 bulan lalu di mana harga minyak hampir mencecah US $ 150 setong.

Berikutan dengan krisis kewangan yang sedang melanda ekonomi dunia ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuat kenyataan akan kemungkinan krisis ekonomi ini akan menyebabkan lebih ramai penduduk dunia mengalami masalah kesihatan mental dan mungkin juga akan mendorong ramai jatuh miskin dan kehilangan pekerjaan untuk membunuh diri.

Menurut WHO berjuta-juta penduduk dunia sedang mengaalami masalah mental berikutan krisis ekonomi yang sedang melanda dunia ini.

Alhamdullilah, kata seorang teman, kita di Brunei masih ada minyak dan gas untuk bergantung hidup dan nampaknya masih terlindung dari melapetaka kirisis ekonomi ini.

Amin...amin...mudah-mudahan negara kita yang kaya raya ini dan pelaburan-pelaburan asing kita di ekonomi-ekonomi dunia yang turut terjejas di jauhi dari sebarang malapetaka krisis ekonomi yang sedang melanda dunia ini. Bayangkan kalau ianya berlaku semakin bertambahlah bilangan penduduk yang menghidapi masalah mental di negara ini yang sekarang sudah mencapai 30,000 orang. Nauzubillah himinzalik. (MHO)

 
 
 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.