Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Formula Pencak Silat untuk pertahanan negara

LIMBARUH HIJAU 20 OKTOBER 2008 - PESRERTA-PESERTA seminar Pencak Silat Melayu yakin generasi muda Brunei boleh di bentuk menjadi wira bangsa yang punya jati diri dan bersemangat waja yang kukuh melalui latihan seni bela diri pencak silat.

Seni bela diri pencak silat yang merupakan warisan budaya Melayu bukan sahaja boleh melatih murid persilatan itu kepakaran dalam seni mempertahankan diri tapi dalam masa sama boleh membentuk keperibadian murid persilatan menjadi individu yang bersemangat waja, berdisiplin dan ta'at kepada guru, pemimpin dan saling hormat menghormati sesama kawan dan lawan.

Perkara ini di tekankan oleh sdr Mahmud Morshdi Othman, Timbalan Presiden NDP yang ikut serta di seminar Pencak Silat Melayu anjuran NDP.

Seminar berlangsung di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong membentangkan 2 kertas kerja yang di sampaikan oleh penceramah undangan Imran Razenberg dari Belanda dan juga dari Awang Haji Md. Zapar Shamsuddin.

Menurut sdr Morshidi seminar tersebut telah

Naib Presiden NDP Tutong Awang haj Hanafi Daud, walaupun sudah berumur lebih 80 tahun masih tangkas bersilat

melihatkan bahawa dalam dunia persilatan Melayu setiap murid dan pengamal seni pencak silat terikat dengan Piagam Persilat.

Ini bermaksud setiap individu itu bukan sahaja di latih dengan kepakaran seni bela diri tetapi dalam masa sama juga di bentuk dengan menanamkan sifat-sifat mulia seperti yang tertara dalam Piagam Persilat seperti berikut:

1 - Persilat merupakan individu yang mempunyai minda dan keperibadian yang mulia

2- Persilat merupakan individu yang memuliakan kawan seperjuangan, cintakan persahabatan dan kedamaian

Awang Mantar Perayam, Ketua Ranting NDP Bebuloh, Brunei-Muara masih gagah mempertunjukkan kebolehan bersilat

3- Persilat merupakan individu yang sentiasa berfikir dan bertindak positif, kreatif dan dinamik

4- Persilat ialah seorang wira yang memperjuangkan kebenaran, jujur dan memperjuangkan keadilan

5- Persilat merupakan individu yang bertanggunjawab keata segala perkataan dan perbuatannya.

Walaupun sudah lama meninggalkan dunia persilatan namun Awang Mahdi Suhaili masih boleh menunjukkan gerak silat yang tangkas

"Saya melihat Piagam Persilat ini boleh di perluaskan lagi meliputi kesetiaan persilat kepada raja, bangsa dan agama. Justeru seminar tersebut telah memberikan keyakinan kepada kita bahawa warisan budaya ini sebenarnya menyimpan satu formula membina bangsa yang kuat dan bersemangat patriotik yang waja".

"Makanya seminar telah mencapai kata sepakat agar di kembalikan semula kegemilangan Pencak Silat Melayu di negara ini serta berseru agar langakah-langkah segera di ambil untuk memperluaskannya melalui institusi pendidikkan di negara ini",ujar sr Morshidi.

Katanya lagi NDP penuh yakin formula Pencak Silat ini sangat relevan untuk di jadikan antara strategi keselamatan negara justeru perlu diserapkannya dalam sistem pertahanan nasional.

Awang Mamud Basiuni Othman masih menggerunkan dalam persemahan Pencak Silat

 

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.