Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Buku 'Ilmu Politik Dalam Islam' di lancar

LIMBARUH HIJAU 22 OKTOBER 2008 - ISLAM tidak pernah memisahkan antara agama dan politik. Malah politik yang bersandarkan pada pegangan agama lebih selamat dan terarah.

Itulah antara lain kenyataan yang di buat oleh Dr Hajah Raiyah, Ketua Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ketika berucap di pelancaran cetakkan kedua buku bertajuk 'Ilmu Politik Dalam Islam - Orientasi NDP'.

Buku setebal 72 muka surat itu di tulis oleh Dr Haji Antin Ahad, Naib Presiden NDP Brunei-Muara.

"Sejauh ini Dr haji Antin telah menghasilkan banyak penulisan termasuk berbagai kertas kerja pada beberapa seminar baik dalam mahupun luar negeri, termasuk sajak-sajak dalam beberapa buah koleksi buku antaranya dalam buku 'Titipan Limbaruh Hijau' terbitan NDP yang telah di lancarkan dua

tahun lalu", ujar Dr Hajah Raiyah.

Usaha yang tidak kendur-kendur ini, jelas Dr Hajah Raiyah lagi, membawa makna kepada peningkatan ilmu kerana sesuatu ilmu itu tidak akan tersebar jika ianya di simpan di dalam dada oleh seseorang tanpa di sebar luaskan memlalui penulisan.

Tambahnya usaha sedemikian wajar di berikan penghargaan dan pujian serta bertepatan dengan hasrat titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlsi sambutan Hari Raya Aidil Fitri oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kali ke 5 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Katanya Baginda antara lain menegaskan bahawa ilmuwan adalah penjana modal insan yang mana mereka masing-masing mempunyai peranan berbeza dalam membangunkan negara.

"Orang-orang berilmu lagi beriman mendapat pujian dari Allah. mereka boleh menfalahkan ahli ibadat, kerana ahli ibadat beribadat untuk diri mereka sendiri sedang ahli ilmu menyumbangkan ilmu mereka untuk kesejahteraan bersama", Dr Hajah Raiyah memetik titah Baginda.

Tegasnya lagi dengan terbitnya buku tersebut akan menyerlahkan lagi nama NDP bukan saja kepada masyarakat tempatan malah masyarakat antarabangsa.

Buku 'Ilmu Politik Dalam Islam' di sempurnakan pelancarannya oleh Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP sambil di saksikan oleh Sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP dan sdr Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait.

Majlis pelancaran di sempenakan dengan majlis ramah mesra Hari raya di Rumah Terbuka NDP pada Ahad 19 Oktober baru lalu.

 

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.