Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

AKHLAK DAN DISIPLIN DALAM BERORGANISASI

Limbaruh Hijau- Selasa- Dalam liku perjuangan penuh dengan ujian dan tribulasi, jesteru itu sebagai seorang pejuang perlu di hiasi dengan keindahan dan diwarnai dengan akhlak Islam supaya sepanjang perjalanan perjuangan akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Ikhlas, Taat, Rasa Persaudaraan,Kerahsiaan, Menunaikan Janji, Tidak Bersifat Melampau, Banyak Bersabar, Bersifat Rendah Diri, Menjauhi Diri Daripada Berburuk Sangka, Menjadikan Diri Sebagai Contoh Tauladan Yang Baik adalah antara yang penting ada di setiap ahli pertubuhan parti terutama sekali di kalangan pemimpinnya.

Demikian antara lain yang di sampaikan oleh Ustaz Haji Idris Haji Ahmad, penceramah bebas yang mengelolakan Program Usrah Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat siri kedua yang di adakan di Limbaruh Hijau Jalan Jerudong hari ini.

Program tersebut merupakan anjuran Biro Hal Ehwal Ugama Parti Pembangunan Bangsa antara lain bertujuan untuk terus menjadikan anggota-anggota parti tersebut bersikap Istiqamah dan menyedari erti sebenar perjuangan mereka dengan niat yang ikhlas demi bangsa dan negara serta agama, bukannya untuk sebarang kepentingan diri sendiri.

Dua kertas kerja telah di bentangkan oleh penceramah yang berpendidikan Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan itu, “Kepimpinan Masyarakat Madani” dan “Ilmu dan Akhlak Dalam Kepimpinan”.

Seramai lebih 50 orang di kalangan Majlis-Majlis Tertinggi, dan kepimpinan daripada peringkat ranting NDP telah menghadiri seminar tersebut yang di adakan selama dua hari dan akan berakhir Rabu 29hb Oktober 2008.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Parti Pembangunan Bangsa Ayahanda Yassin Affendy dan beberapa orang Penasihat Parti dan juga Timbalan Pengerusi Tetap parti.

Ustaz Haji Idris dalam kertas kerjanya menegaskan setiap pejuang itu perlu menpunyai niat yang betul Kerana Allah dan menuntut redhaNya bukannya redha manusia, kerana katanya jika mempunyai matlamat yang lain ia tidak akan terpakai dan musnah di tengah jalan dan akan merosakkan organisi.

“Jangan ada matlamat yang lain, betulkan niat kita kepada perjuangan” katanya.

“Untuk menjadi anggota parti jemaahnya hendaklah mematuhi arahan pimpinan selagi ianya tidak bertentangan dengan dasar parti, selain itu perlu sentiasa menghadiri program-program ilmu untuk menambahkan pengetahuan Islam dan memahami gerak kerja parti, menghadiri program tarbiyyah seperti usrah, tamrin, rehla, mukhayyam untuk membina fikrah dan keperibadian Muslim sejati” beliau menambah.

“Selain itu lebih penting juga ialah mereka perlu menjaga akhlak sebagai anggota parti, menghadiri mesyuarat agung parti setiap tahun, menyeru kaum keluarga, sahabat handai dan orang awam untuk menyertai perjuangan parti, menjawab segala fitnah yang dilemparkan oleh musuh terhadap parti dan menerangkan dasar parti kepada orang ramai adalah juga antaranya yang penting dilaksanakan oleh ahli-ahli parti terutama di kalangan kepimpinan” ujarnya.

Beliau juga seterusnya menyarankan kepada anggota parti supaya terus mengadakan program-program usrah (keluarga) untuk membantu mengeratkan kesepaduan, dan dalam masa yang sama boleh memantu menanamkan sikap Istiqamah di kalangan seluruh anggota parti daripada pusat hinggalah ke cabang dan ranting seluruh negara(HSZ).

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.