LIMBARUH HIJAU 17 ZULHIJJAH 1431 (24 NOV 2010) - PRESIDEN dan seluruh warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Hj Abidin Orang Kaya Perwira Abd Rashid.
Presiden dan seluruh warga parti berdoa semoga Allah akan mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan menempatkannya dikalangan orang-orang solehin.
Allahyarham merupakan Mantan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berumur 71 tahun, telah kembali ke rahmatullah pagi Isnin kelmarin. Jenazah beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampong Kiarong berdekatan Jame' 'Asr Hassanal Bolkiah.
|