Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

KEHIDUPAN MELEKAKAN
PUNCA DILANDA BENCANA

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menekankan setiap kejadian berlaku dengan kehendak Allah bukan terjadi dengan sendirinya.

"Menurut pendekatan Al-Qur'an terjadinya kerosakan atau bencana di muka bumi ini kerana dosa-dosa manusia," titah baginda sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1431 Hijriah bersamaan 2010 Masihi yang disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei ke seluruh negara.

Baginda bertitah ramai orang melihatnya dari sudut lahir semata-mata tanpa mempedulikan sebarang hikmah di sebalik kejadian. Apabila terjadi satu-satu bencana atau tragedi, orang akan menganggap bahawa ianya adalah kemujuran biasa sahaja, tidak lebih daripada itu.

Titah baginda lagi, dunia sekarang tidak menyediakan lebih banyak ruang untuk manusia dapat bertaqarrub kepada Allah dan Islam, malah adalah sebaliknya. Gejala-gejala kehidupan yang melekakan sahaja sudah cukup untuk memalingkan kita dari mendekati Allah dan kerana itu pula tidaklah heran jika dunia sering menangis dilanda bencana.

Jika seseorang itu titah baginda mendekati Allah sudah tentu dia dapat memahami kedudukan tersebut.

Oleh itu, titah baginda adalah penting mendekatkan diri kepada Allah kerana orang yang dekat dengan Allah imannya subur, keinsafannya tinggi dan akhlaknya luhur.

"Kalaulah ramailah orang-orang macam ini, insya-Allah, negara aman dan dunia pasti akan sentosa. Itulah makanya Allah sendiri telah melatih kita bagaimana hendak mendekatkan diri kepada-Nya. Di antara latihan itu ialah melalui ibadat korban," titah baginda.

Baginda menambah itulah makanya Allah sendiri telah melatih kita bagaimana mendekatkan diri kepada-Nya antaranya latihan melalui ibadat korban.

KOMITED DENGAN IBADAT KORBAN

Dalam titah yang sama Kebawah Duli juga menekankan pentingnya umat Islam komited dengan ibadat korban. Titah baginda bahawa orang yang jauh dari Allah tentu sahaja tidak komited dengan ibadat korban dan setiap pengorbanan itu berat untuk dilakukan kerana ia dilakukan dengan tenaga, masa dan harta benda.

Tetapi jika hati dekat dengan Allah dan dengan Islam, semua yang berat akan menjadi ringan, titah baginda sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1431 Hijriah bersamaan 2010 Masihi yang disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei ke seluruh negara.

Dengan melakukan ibadat korban, titah baginda bererti satu langkah ke hadapan mendekati Allah dan binatang yang disembelih itu adalah untuk Allah, yakni semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintah Allah bagi mengharapkan reda-Nya.

Kita bersyukur titah baginda kerana dapat lagi menyambut Aidiladha yang mulia, hari yang penuh berkat lagi sarat dengan pengajaran ini. Di mana sahaja umat Islam berada akan mengalami getaran takbir mengagungkan Ilahi.

"Takbir pada hari ini, biasanya amat berpengaruh kepada hati, kerana ia diucapkan dengan beramai-ramai dalam suasana yang penuh harmoni. Tempatnya pula di masjid, iaitu Rumah Allah yang suci, suatu faktor yang turut menambah lagi keakraban kita kepada-Nya dan kepada Islam," titah baginda.

Itulah yang sepatutnya berlaku kepada kita, titah baginda iaitu sentiasa hampir kepada Allah dan kepada agama-Nya, Islam.

Dalam hubungan ini, baginda menggesa umat Islam di negara ini supaya lebih mendekatkan diri kepada Allah dan kepada Islam serta berdoa semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa diberkati dengan pemeliharaan Allah, beroleh keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Sempena Hari Raya Aidiladha ini, baginda dan keluarga baginda mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha Al-Mubarak kepada semua lapisan rakyat dan penduduk yang beragama Islam di mana sahaja mereka berada dan mereka yang sedang berada di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah semoga Allah mengurniakan kepada mereka haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air. (Gambar dan teks ihsan Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.