LIMBARUH HIJAU, 24 ZULQAEDAH 1431 (2 NOVEMBER 2010) - Himpunan Wanita Parti Pembangunan Bangsa (HAWA) telah menganjurkan Program Ceramah Motivasi Pengendalian Stress. Program berlangsung di Dewan Syura Limbaruh Hijau pada Sabtu kelmarin.
Program tersebut merupakan kali kedua dianjurkan oleh HAWA dalam usaha berterusan meningkatkan kerjasama dengan pihak-pihak Kerajaan dan badan-badan pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) dibawah inisiatif connectivity dan engagement NDP selaras dengan seranan pucuk kepimpinan parti.
Penceramah undangan bagi program tersebut ialah Pegawai Jururawat Unit Kaunseling Kementerian Kesihatan Pengiran Haji Sabtu bin Pengiran Haji Tuah, yang telah memberikan ceramah kali ini bertajuk “Mental dan Badan Yang Sihat Menjana Produktiviti”
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Timbalan Presiden Parti Pembangunan Bangsa Saudara Malai Hassan bin Malai Haji Othman.
Menghadiri sama ialah di kalangan beberapa orang Ahli-Ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli Badan Perhubungan Daerah Brunei Muara, Tutong dan Belait.
Sementara itu Pengerusi Majlis tersebut Ketua Himpunan Wanita Pusat Parti Pembangunan Bangsa Saudari Hajah Sa’emah binti Haji Kepli ketika berucap merakamkan rasa penghargaan kepada penceramah undangan kerana telah sudi menampilkan diri buat kali keduanya ke markas badan pertubuhan politik untuk menjayakan program yang dikendalikan oleh HAWA NDP.
Menurutnya ianya menunjukkan sokongan beliau ke atas hasrat NDP yang ingin terus menjadi rakan strategi dengan Kerajaan dan juga mahu terus mengeratkan connectivity dan engagement antara keduanya.
Beliau seterusnya menyatakan memandangkan stress bukan perkara yang perlu di pandang ringan, maka program itu dianjurkan sekali lagi dan turut memperluaskannya dengan penglibatan ahli-ahli Majlis Tertinggi dan diharapkan ilmu yang didapatkan supaya dapat di menafaatkan.
Sementara itu Timbalan Presiden Saudara Malai Hassan dalam ucapannya pula berkata, program seperti itu perlu terus diadakan, termasuk yang melibatkan Badan-Badan Perhubungan setiap daerah dalam partai.
Beliau juga menekankan bahawa untuk melahirkan masyarakat yang produktif adalah apabila individu itu mempunyai cara berfikir dan fizikal yang sihat dan positif, tetapi semua itu tidak akan berlaku jika individu tersebut mengalami tekanan atau juga turut dikenali sebagai stress.
Di samping itu beliau juga menekankan bahawa Kerajaan begitu perihatin dalam semua hal untuk rakyat di negeri ini, termasuklah dalam memeduli stress, dengan membelanjakan berjuta-juta ringgin untuk menyediakan kemudahan termasuk memberikan ilmu kepada pegawai-pegawai kaunseling sehingga mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam melaksanakan pengendalian stress kepada semua golongan masyarakat di negara ini.
Beliau juga menekankan bahawa program seperti itu supaya tidak dilihat hanya sebagai untuk mengisikan kekosongan aktiviti tetapi hendaklah dilihat sebagai salah satu sokongan selaku rakan strategi Kerajaan dalam menyampaikan hasrat mengurangkan masyarakat yang mengalami tekanan di negara ini, yang pernah ditekankan oleh Menteri Kesihatan dua tahun lalu negara ini mempunyai statistik yang tinggi dalam mengalami penyakit mental.
Selain itu, katanya, program yang berbentuk ilmu, adalah disarankan dalam agama Islam, supaya kita dapat menyebarluasakan Firman Allah SWT dalam surah Wal-Ash antara lain bermaksud supaya kita selaku kalifah di muka bumi ini, selalu berpesan-pesan.
Pegawai Jururawat Unit Kaunseling Pengiran Haji Sabtu dalam ceramahnya pula menyatakan bahawa setiap organisasi perlu menyediakan sebuah bilik kaunseling, perlu sentiasa bekerjasama, memberikan anugerah sebagai penyuntik semangat berterusan kepada ahli-ahli yang menunjukkan komitmen dan inisiatif memajukan pertubuhan, sering melakukan perjumpaan sosial, perjumpaan mingguan/bulanan bersama ahli-ahli.
Selain itu katanya perlunya di buat penilaian prestasi yang adil dan pemilihan untuk ahli yang berpotensi untuk terus memajukan pertubuhan organisasi dan setiap ahli perlu sentiasa menghormati ketua mereka begitu juga sebagai seorang ketua perlulah banyak bertukar-tukar pandangan dan menerima pandangan yang baik daripada kalangan ahli di bawahnya, kerana ujarnya “ sebaik-baik ketua adalah yang sering mendengar dan perihatin terhadap ahli-ahli di bawahnya”.
Majlis telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Saudara Malai Hassan Malai Haji Ohtman kepada Penceramah Undangan Pengiran Haji Sabtu bin Pengiran Haji Tuah. (HSK)
|